Penyokong Serbia Menganjing Ronaldo Dengan Menggunakan Keraian ‘Sii’

Para penyokong Serbia telah melakukan satu hal yang tidak disenangi oleh para pencinta Cristiano Ronaldo, dengan mereka seolah-olah menganjing pemain terhebat dunia itu selepas tamat aksi kemenangan Serbia menewaskan Portugal.

Sekumpulan penyokong Serbia melakukan keraian ‘sii’ dihadapan stadium di Estadio da Luz selepas tamat aksi perlawanan terakhir peringkat kumpulan A, pusingan kelayakan Piala Dunia.

Ia jelas satu kejayaan yang sungguh luar biasa menakjubkan untuk para penyokong Serbia menyaksikan pasukan kesayangan mereka berjaya layak secara automatik ke Qatar tahun hadapan.

Serbia bukanlah pasukan kegemaran untuk layak secara automatik, dengan mereka dianggap hanya calon yang akan beraksi di pusingan play-off sahaja.

Portugal jelas sekali dianggap pasukan pilihan untuk layak secara automatik, namun sayangnya mereka gagal untuk menyekat kemaraan Serbia.

Portugal sebenarnya lebih dominan dalam perlawanan ini dengan mereka turut terlebih dahulu membuka tirai jaringan seawal minit ke-2 menerusi Renato Sanches.

Malang untuk Portugal, Serbia berjaya melakukan comeback dengan menjaringkan dua gol menerusi Dusan Tadic dan Aleksandar Mitrovic untuk mencatatkan kemenangan 2-1.

Selepas tamat perlawanan, para penyokong Serbia berpesta di hadapan stadium dengan mereka meraikan keraian Sii secara beramai-ramai.

Tidak cukup dengan itu, para penyokong di Serbia sendiri turut sama melakukan hal yang sama, dengan mereka beramai-ramai melakukan keraian ‘sii’.

Ia tentu sangat menyakitkan untuk Cristiano Ronaldo, melihat keraian ‘sii’ digunakan ketika beliau sedang menangis dan berdua.

Tambah sedih lagi, Ronaldo mungkin makan hati melihat Aleksandar Mitrovic menganjing beliau dengan meminum Coca-Cola sambil berjoget-joget dalam stadium kosong di Portugal.

Mitrovic Menganjing Cristiano Ronaldo

Aleksandar Mitrovic telah dituduh menganjing Cristiano Ronaldo dengan menggunakan tin Coca-Cola, selepas penyerang Serbia itu berjaya jaringkan gol yang menghalang Portugal layak secara automatik ke Qatar.

Beliau dilihat menjulang tin Coca-Cola sambil meminumnya dan membawanya berlari masuk ke padang dengan stadium ketika itu sudah kosong.

Selain dari kekalahan, Coca-Cola merupakan hal yang paling dibenci oleh Cristiano Ronaldo dengan pemenang lima kali gelaran Ballon D’or itu pernah menegaskan yang beliau tidak gemar dengan semua jenis minuman tidak sihat.

Beliau bahkan turut menghalang anaknya dari meminum minuman tidak sihat terutama Coca-cola dan Fanta dan Romaldo mengakui hal tersebut secara terang-terangan.

Pada musim panas lalu, bintang handalan Portugal itu mencetuskan sensasi di internet selepas beliau mencari gaduh dengan dua botol Coca-Cola ketika sedang menjalani sesi sidang media.

Tindakan beliau mencari gaduh dengan dua botol Coca-Cola itu telah menyebabkan syarikat gergasi minuman itu menanggung kerugian bernilai $5.2 juta.

Mitrovic kini tampil membalas dendam untuk Coca-Cola dengan beliau mempromosikan minuman tersebut, di dalam Stadium di Portugal, selepas menewaskan Cristiano Ronaldo.

Pemain penyerang Fulham itu berjaya menjaringkan gol kedua untuk Serbia, seterusnya ia juga merupakan gol kemenangan untuk membantu skuadnya layak secara automatik ke Qatar 2022.

Sementara Cristiano Ronaldo pula, kekalahan ini telah menyebabkan beliau bersama rakan sepasukannya perlu beraksi di pusingan play-off terlebih dahulu, dalam usaha untuk memburu dua tiket tambahan untuk ke Qatar.

Selepas tamat perlawanan tersebut, Mitrovic dirakam meraikan kemenangan beliau dan ramai yang percaya beliau sebenarnya menganjing Cristiano Ronaldo.

Coca-Cola sudah cukup jelas apa tujuan sebenar Mitrovic, ditambah pula dengan kejayaan beliau menjadi wira membantu Serbia menewaskan Portugal, maka tidak hairanlah beliau semakin yakin untuk menganjing bintang terhebat dunia itu.

Ronaldo tentu sekali genggam penumbuk melihat Mitrovic bersama Coca-Cola meraikan kemenangan, sementara beliau perlu berusaha untuk layak beraksi di pentas Piala Dunia kelima dalam kariernya.

Pemain berusia 36 tahun itu dilihat meluahkan kemarahan beliau kepada pengurus pasukan, Fernando Santos selepas tamat perlawanan, dan beliau jelas tidak gembira dengan individu yang membantu Portugal menjuarai saingan Euro 2016 itu.

Sumber: ESPN

BACA:  Cristiano Ronaldo Kecil Hati Dengan Penilaian Transfermarkt