Carragher Ingatkan Penyokong Chelsea Siapa Yang Mulakan Perangai Ambil Kesempatan Pada Pasukan Lain

Jamie Carragher menghentam segelintir penyokong Chelsea yang beliau rasakan sangat hipokrit kerana menghentam dirinya ketika mencadangkan agar Man Utd menawarkan kontrak kepada Thomas Tuchel.

Jamie Carragher sebelum ini pernah mencadangkan kepada Manchester United supaya berusaha untuk mendapatkan pengurus Chelsea itu, dan kerana cadangan tersebut, beliau teruk dihentam oleh penyokong The Blues.

Masa depan Thomas Tuchel di Stamford Bridge masih tidak jelas sejak kebelakangan ini, terutama memikirkan keadaan huru-hara dalam kem Chelsea.

Keadaan di Stamford Bridge semakin parah pada ketika ini selepas pihak kerajaan UK membekukan segala assets milik Roman Abramovich termasuk Chelsea FC.

Carragher mencadangkan kepada Manchester United untuk berusaha mendapatkan Thomas Tuchel dengan beliau turut menganggap pengurus dari Jerman itu sebagai pengurus terhebat dalam dunia bola sepak.

Bercakap di Monday Night Football, Carragher menyatakan yang beliau telah dihentam oleh segelintir penyokong Chelsea yang menganggap beliau menyokong United supaya memanfaatkan situasi bermasalah di Stamford Bridge.

Legenda Liverpool itu kemudiannya membantai semula kritikan dari penyokong Chelsea itu dengan menganggap yang mereka sendiri sudah lama bersikap seperti itu sejak Roman Abramovich mengambil alih kelab pada tahun 2003 yang lalu.

“Tak keterlaluan untuk saya katakan yang saya ada perdebatan hangat di Stamford Bridge semalam. Penyokong Chelsea sama seperti penyokong lain, mereka sangat bersemangat tentang kelab mereka dan pada ketika ini mereka rasa yang seluruh dunia sedang menyerang mereka.”

Jelas Carragher lagi di Studio Sky Sports menjelang aksi perlawanan antara Crystal Palace bertemu Man City awal pagi tadi.

“Mereka mempertahankan kelab mereka dan saya sangat bersetuju tentang itu. Ada beberapa perbualan tentang itu dan saya tak akan ubah pendirian saya.”

“Alasan mengapa saya rasa ada sikap hipokrit yang ditunjukkan oleh penyokong Chelsea adalah, tak kira itu Manchester United dengan pengurus atau orang fikir mereka boleh dapatkan pemain Chelsea, mereka akan ambil kesempatan atas situasi sekarang, Chelsea dah lakukan hal itu sejak 20 tahun lalu.”

“Itu adalah hal terbesar tentang kedatangan Roman Abramovich. Mereka laburkan duit dan dapatkan sesiapa mereka mahu. Mereka bermula dengan pergi ke Manchester United dan perkara pertama mereka lakukan adalah mereka dapatkan mesin pencetak duit di Manchester United, mereka mahu jadi itu.”

“Mereka pergi dapatkan Peter Kenyon, CEO United. Mereka pergi ke Liverpool untuk dapatkan pemain midfield terhebat Eropah (Steven Gerrard) dan menjejaskan kestabilan kelab itu selama dua musim panas. Tak dapat dia. Mereka kejar Ashley Cole.”

“Ashley Cole. Invincible, menang segalanya di Arsenal, ya mereka dapatkan dia. Ditangkap kerana tapping up, tak ada masalah, mereka bayar denda.”

“England sedang berjaya pada ketika itu di bawah pengurus Sven-Goran Eriksson. Pengurus England, tapi mereka mahu dia jadi pengurus Chelsea, itu tak jadi masalah apa dia nak buat dengan FA atau England. Mereka dapatkan dia dan mereka bayar denda.”

“Mereka menang FA Youth Cup setiap tahun atau mereka setidaknya berada di pentas perlawanan akhir, bukan kerana mereka ada pengurus terhebat atau akademi terbaik, tapi kerana mereka secara dasarnya pergi dapatkan pemain-pemain muda terbaik dalam negara dan pindahkan mereka, bagi ayah mereka gaji.”

“Chelsea Football Club telah mengambil kesempatan ke atas kelab lain sejak 20 tahun lalu kerana Roman Abramovich. Jadi jika mereka fikir ada orang mahu ambil kesempatan ke atas mereka, itu adalah fakta, itulah kehidupan. Dan itu lah apa mereka lakukan dulu jadi mereka perlu terima.”

“Ada segelintir tentang situasi Chelsea yang saya tak setuju adalah tentang kedai kelab ditutup dan menghalang kanak-kanak dari membeli jersi Mason Mount (tak boleh jual merchandise) , saya tak setuju tentang itu. Dan saya tak mahu Chelsea terkubur, saya langsung tak mahu lihat itu berlaku.”

“Itu lah apa saya maksudkan tentang pandangan saya, jadi saya harap lepas ini kalau saya pergi sana, penyokong Chelsea jangan persoal tentang pandangan saya, kerana itulah apa yang Chelsea lakukan sejak 20 tahun lalu.”

BACA:  Carragher Hentam Neville Dan Keane Yang Tegar 'Menjilat' Ole