Carrick Namakan Bintang United Yang Tak Dapat Penghargaan Selayaknya Beliau Terima

Michael Carrick percaya yang John O’Shea sebenarnya tidak dapat penghargaan selayaknya beliau dapat diluar Manchester United sepanjang kariernya selama 12 tahun bersama kelab.

Legenda Ireland itu telah ditandatangani oleh kelab ketika beliau masih berusia 17 tahun dari Waterford Bohemians pada tahun 1999.

Sepanjang kariernya bersama Manchester United, John O’Shea berjaya membuat 393 penampilan bersama kelab dan turut memenangi lima gelaran Premier League.

Beliau mungkin tidak bersinar dan menyerlah seperti legenda lain, namun O’Shea sebenarnya seorang pemain yang versatile dan sangat boleh diharapkan.

Sir Alex Ferguson sendiri turut sangat mengagumi O’Shea dan menganggap legenda Ireland itu sebagai antara pemain terbaik pernah beliau kendalikan.

Antara pencapaian dan detik terbaik O’Shea bersama Man United, beliau pernah menjaringkan gol sungkit yang sungguh menakjubkan di Highbury dan beliau juga pernah menutmeg Luis Figo satu ketika dahulu.

Namun Carrick yang pernah menjadi rakan sepasukan O’Shea sejak dari beliau ditandatangani pada tahun 2006, merasakan yang legenda kelab itu tidak dihargai selayaknya beliau.

“Sheasy merupakan pemain yang hebat, tapi dia tak dapat penghormatan yang selayaknya dia dapat di luar United, kecuali di Ireland, yang mana dia legenda di sana.”

Tulis Carrick dalam buku autobiography beliau pada tahun 2018 yang lalu.

“Tahun itu, Sheasy kerap bermain di posisi right-back dan dia sungguh menakjubkan.”

“Midfield, left-back atau centre-back, Sheasy boleh bermain di mana-mana sahaja untuk pasukan. Dia faham apa erti sebenar dapat main untuk United, apa diperlukan untuk menang dan bagaimana perlu bertindak.”

“Dia merupakan contoh paling baik di atas padang, dan saya boleh nampak kenapa Sir Alex kekalkan dia selama 12 tahun bersama kelab, kerana dia tak pernah risaukan Sheasy, tak perlu jaga terlebih.”

“Boss hanya tahu ketika dia perlukan Sheasy, Sheasy sudah bersedia.”

O’Shea melengkapkan perpindahan menyertai Sunderland pada tahun 2011 selepas meninggalkan Manchester United dan beliau kemudiannya beraksi bersama Reading, seterusnya menjadi pengurus di sana.

Carrick sementara itu sebelum ini beliau menjadi jurulatih United, dan kini beliau merupakan pengurus sementara kelab, menggantikan Ole Gunnar Solskjaer.

Perlawanan pertama yang beliau kendalikan sebagai pengurus adalah aksi bertemu Villarreal sebelum ini, dengan beliau berjaya memimpin setan merah untuk mencatat kemenangan 2-0.

Kemenangan itu seterusnya mengesahkan tempat untuk Manchester United beraksi di pusingan kalah mati, saingan Champions League musim ini.

O’Shea sendiri turut memberi pandangan tentang Carrick sebagai pengurus sementara kelab, dengan beliau sangat yakin bekas rakan sepasukannya itu boleh menggalas tugas tersebut dengan sangat baik.

Walau baru menguruskan satu perlawanan, namun O’Shea yakin yang Carrick mampu untuk melakukan yang terbaik dan akan mampu untuk meneruskan rentak kecemerlangannya.

“Carrick sangat tenang, dia sangat teliti dan cara dia beri tumpuan kepada pasukan juga sangat menakjubkan.”

Manchester United telah bersetuju untuk melantik Ralf Rangnick sebagai pengurus interim sehingga akhir musim nanti, namun Carrick akan tetap turun sebagai pengurus ketika aksi bertemu Chelsea minggu ini.

Selepas mendapatkan persetujuan dari Lokomotiv Moscow, United akan segera menyiapkan permit kerja untuk Ralf Rangnick dan paling awal untuk bekas pengurus RB Leipzig itu bertugas adalah ketika aksi bertemu Arsenal di Old Trafford nanti.

Seandainya semua urusan berjalan lancar, Ralf Rangnick akan menjadi pengurus Interim selama enam bulan (hingga habis musim) dan beliau selepas itu akan menyambung tugas sebagai penasihat kelab.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Carrick Alami Kemurungan Selepas Tewas Dalam Final UCL 2009 Kepada Barcelona