Bayern Munich berkunjung ke Red Bull Arena untuk bertemu Red Bull Salzburg dalam aksi leg pertama pusingan 16 terbaik saingan Champions League.
Red Bull Salzburg berjaya layak ke pusingan kalah mati selepas mereka muncul Naib Juara kumpulan G di belakang Lille.
Sementara Bayern Munich pula berjaya mara ke pusingan 16 terbaik selepas muncul sebagai Juara kumpulan E dengan anak-anak buah Julian Nagelsmann itu cemerlang mencatatkan rekod 100% kemenangan ketika aksi peringkat kumpulan.
Brendan Aaronsonβs first half by numbers vs Bayern Munich:
100% take-ons completed
83% pass accuracy
30 touches
3 chances created
2 shots
1 assistThe Leeds target is shining. π pic.twitter.com/MSu9CkigzT
β Statman Dave (@StatmanDave) February 16, 2022
Melihat kepada rekod yang dimiliki oleh Bayern Munich jelas sekali mereka merupakan pasukan kegemaran untuk menang dalam perlawanan ini.
Bayern Munich juga dianggap sebagai antara calon kegemaran untuk menjuarai saingan Champions League pada musim ini.
Walau bagaimanapun, aksi mereka sejak kebelakangan ini tidak begitu baik, dengan Bayern baru-baru ini telah dibelasah 4-2 oleh Vfl Bochum dalam saingan Bundesliga.
Bayern Munich jelas sekali sangat mendominasi perlawanan bertemu Red Bull Salzburg ini, namun sayangnya jentera serangan mereka sedikit tumpul.
Gergasi Bundesliga itu kerap melakukan serangan namun sayangnya kualiti penyudah mereka teramat sangat tumpul dan sukar untuk menjaringkan gol.
21 β Junior Adamu's goal for FC Salzburg in the 21st minute against Bayern Munich was the earliest by a substitute in a #UCL game since Thierry Henry against Slavia Prague for Arsenal in October 2005 (also 21st minute). Impact. #SALFCB pic.twitter.com/v14bhGJrcn
β OptaFranz (@OptaFranz) February 16, 2022
Pasukan tuan rumah terlebih dahulu membuka tirai jaringan dalam perlawanan ini menerusi Chukwubuike Adamu hasil hantaran Brenden Aaronson pada minit ke-23 permainan.
Ketinggalan 1-0 Bayern Munich tetap tenang dan terus melancarkan serangan ke kubu pasukan tuan rumah namun masih tiada tambahan jaringan yang berjaya dihasilkan.
Ketika pasukan tuan rumah merasakan mereka sudah berjaya mencatatkan kemenangan, Bayern Munich akhirnya berjaya memperoleh gol penyamaan pada minit akhir permainan.
Kingsley Coman berjaya meledak gol penyamaan pada minit ke-90 permainan hasil umpanan dari Thomas Muller untuk mengikat kedudukan 1-1.
Bayern Munich terpaksa akur dengan keputusan seri, walau mereka sepatutnya berhak untuk menang dalam perlawanan ini kerana memiliki banyak peluang untuk menjaringkan gol.
Kingsley Coman rescues a draw for Bayern Munich in the 90th minute π pic.twitter.com/lmPZAZV1RH
β GOAL (@goal) February 16, 2022
Bayern Munich berjaya mencipta 22 shots, sembilan darinya merupakan percubaan tepat, lima percubaan tersasar dan lapan percubaan mereka berjaya dihadang.
Dari sembilan percubaan tepat hanya satu sahaja yang berjaya menghasilkan gol untuk Bayern Munich dan mereka terpaksa akur untuk sekadar terikat 1-1 sahaja bertemu Red Bull Salzburg.
Red Bull Salzburg memiliki kualiti penyudah yang lebih baik, dengan mereka berjaya mencipta 11 percubaan, enam darinya merupakan percubaan tepat, satu percubaan tersasar dan empat percubaan lagi berjaya dihadang.
Dari enam percubaan tepat satu darinya berjaya menghasilkan gol untuk Red Bull Salzburg mengikat Bayern Munich 1-1 dalam perlawanan ini.
Aksi yang tak mengecewakan dari anak-anak buah Matthias Jaissle yang berjaya memberi saingan sengit kepada Bayern Munich dalam perlawanan ini.
FULL TIME RB Salzburg 1 Bayern Munich 1: Kingsley Coman prevents what would have been a major upset with a late goal in Austria https://t.co/o2mykM0WSe #SALFCB #UCL pic.twitter.com/v5luYYhCBf
β Telegraph Sport (@TelegraphSport) February 16, 2022
Kedua-dua pasukan akan sekali lagi bertemu pada 9 Mac nanti untuk aksi leg kedua pusingan 16 terbaik saingan Champions League di Allianz Arena.
Seandainya para pemain Red Bull Salzburg mampu konsisten mempamerkan aksi persembahan seperti hari ini ketika leg kedua nanti, tak mustahil mereka akan beri masalah besar kepada Bayern Munich.
Red Bull Salzburg: Kohn, Kristensen, Solet, Wober, Ulmer, Capaldo, Camara, Seiwald (Sucic 80), Aaronson, Okafor (Adamu 12), Adeyemi (Kjaergaard 87).
Pemain Simpanan: Mantl, van der Brempt, Piatkowski, Bernede, Junuzovic, Simic, Walke, Guindo, Tijani.
Penjaring: Adamu (21)
Bayern Munich: Ulreich, Pavard, Sule, Hernandez, Kimmich, Tolisso (Sabitzer 80), Gnabry (Choupo-Moting 77), Muller, Sane, Coman, Lewandowski.
Pemain Simpanan: Vidovic, Upamecano, Richards, Wanner, Sarr, Roca, Kouassi, Fruchtl, Tillman, Stanisic.
Penjaring: Kingsley Coman (90)
Pengadil: Michael Oliver (England)