Chelsea Terpaksa Tanggung Kenaikan Bayaran Joao Felix RM3.8 Juta Per Perlawanan Kerana Kad Merah

Chelsea kini terpaksa menanggung kenaikan kos bayaran (gaji + yuran pinjaman) kepada Joao RM3.8 juta (£714,286) bagi setiapa perlawanan selepas pemain baru diikat mereka dilayangkan kad merah dalam debut.

Kad merah secara terus tanpa layangan kad kuning menyaksikan Joao Felix automatik mendapat tiga penggantungan perlawanan dan ini telah menyebabkan Chelsea terpakasa menanggung kos sebanyak RM11.11 juta (£2.1 juta).

Bagi mendapatkan pemain penyerang berbakat itu, Chelsea telah bersetuju membayar Atleltco Madrid yuran pinjaman singkat sebanyak RM47.61 juta (£9juta) dan akan menanggung semua gaji Felix yang bernilai RM31.74 juta (£6 juta) sehingga tamat musim.

Ini bermakna kehadiran Felix di Stamford Bridge telah memakan kos sebanyak RM79.35 juta (£15 juta) tanpa klausa pembelian tetap dengan hanya 21 perlawanan Premier League yang berbaki termasuklah kekalahan kepada Fulham dan bermakna Felix hanya akan bermain 18 perlawanan lagi di Premier League.

Natijahnya, Chelsea akan membayar Joao Felix RM3,778,614.89 (£714,286) setiap perlawanan untuk mendapatkan Felix sebagai sebahagian daripada skuad mereka kerana mereka berhasrat untuk pulih daripada permulaan buruk musim ini yang menyaksikan mereka merosot di bahagian tengah liga.

Chelsea telah telah terkeluar dari saingan Carabao Cup dan FA Cup musim ini, selain Premier League hanya UEFA Champions League masih ada menentang Borussia Dortmund.

Joao Felix telah dihalau keluar padang kerana berkelakuan ganas bermakna dia akan terlepas perlawanan Liga Perdana The Blues bersama Liverpool, Fulham dan West Ham dan hanya akan kembali seawal 11 Februari 2023.

Secara keseluruhannya, sebagai sebahagian daripada perjanjian pinjaman, penggantungan tiga perlawanan untuk Felix ini akan menyebabkan kelab barunya menanggung kerugian RM11,335,844.67 (£2,142,858) untuk melihat Felix berlatih sahaja menunggu penggantungan tamat.

Entah apa yang merasuk Joao Felix apabila melakukan terjahan keras yang tidak masuk akal ke atas bek kanan Fulham, Kenny Tete. Satu terjahan yang tidak perlu.

Ketika perebutan bola Joao Felix telah merebahkan badan untuk merampas bola yang pasti bukan miliknya dengan mengangkat tapak kasut ke lutut Kenny Tete. Tindakan Joao Felix itu tidak memberi pilihan lain kepada pengadil selain kad merah dalam perlawanan pertamanya bersama Chelsea.

Joao Felix mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi pemain Chelsea pertama yang dilayangkan kad merah dalam debut di Premier League dan yang pertama melakukan perkara yang sama selepas pemain Spurs Federico Fazio pada Oktober 2014 ketika menentang Manchester City.

Walaupun diperintah keluar pada selepas hampir sejam permainan, Joao Felix merupakan pemain paling banyak melakukan percubaan sebanyak 6 dengan 4 percubaan tepat, 2 kali berjaya take-ons dan dikasari sebanyak 4 kali dan kad merah meranapkan segalanya.

Di sebalik kesilapannya yang mahal di dalam dan di luar padang, yang menyebabkan bos Blues, Graham Potter yang tertekan dengan masalah pemilihan pemain, pengurus itu mempertahankan penyerang Portugal itu selepas perlawanan.

“itu terjahan penyerang, ia tidak terasa seperti satu emosi. Ia salah kawalan dan aksi bola sepak yang boleh berlaku dengan kepantasan Liga Perdana. Dia tidak pergi untuk menyakiti sesiapa pun. Dia tidak kehilangan akal.”

“Mereka semua sedang belajar. Joao adalah pemain muda, pemain terbaik dan anda melihat kualitinya. Tidak ada niat jahat sama sekali tetapi saya faham mengapa ia berwarna merah. Ia agak tinggi dan pengadil perlu membuat keputusan.”

“Ia benar-benar mengecewakan, sangat mencabar dan saya rasa perasaan penyokong. Ia adalah satu lagi tamparan yang terus datang pada masa ini. Dia benar-benar bagus anda boleh lihat kualitinya dalam permainan jadi kehilangan Joao untuk tiga perlawanan adalah sangat mengecewakan.”

BACA:  "Setiap Minggu Mereka Cuma Tau Bercakap Mengenai Saya" - Joao Felix Celebrate Sakan Rai Gol Lawan Atletico Madrid