Fulham Troll Joao Felix Namun Dipadam Dengan Segera

Laman Twitter rasmi Fulham telah melakukan satu troll yang agak kejam ke atas Joao Felix selepas pemain penyerang itu telah dilayangkan kad merah dalam debutnya bersama Chelsea.

Namun sesi troll dan menganjing dari media sosial rasmi Fulham itu tidak lama apabila dengan segera telah dipadamkan namun dengan pantas tangkap layar berjaya dilakukan warganet.

Ketika mengalu-alukan kedatangan Joao Felix, media sosial rasmi Chelsea juga telah memadamkan Tweet mereka selepas terjadi kesilapan yang agak memalukan.

Chelsea telah menulis #HolaFelix yang membawa maksud Hello Felix namun itu adalah bahasa Sepanyol sementelah itu Joao Felix adalah rakyat Portugal menggunakan bahasa berbeza.

Fulham juga menggunakan bahasa Sepanyol apabila menulis #AdiosJoao yang membawak maksud selamat tinggal atau goodbye dalam dalam bahasa Portugis adalah ‘Adeus’.

Namun ciapan itu telah dipadam lalu meninggalkan tanda tanya adakah admin Fulham melakukan kesilapan atau itu merupakan troll aras tinggi dan next level?

Selain mengejek kad merah diterima Joao Felix itu, Fulham juga seolah-olah menganjing kesilapan Chelsea yang mencipa #HolaFelix. 2 dalam 1 memang makan dalam.

Entah bala apa menimpa Chelsea apabila kalah lagi, kali ini di kaki Fulham dan pemain harapan terbaru mereka Joao Felix melakukan debut gemilang dengan mengutip kad merah.

Pertemuan Chelsea dan Fulham ini merupakan West London Derby menyaksikan Joao Felix yang telah diikat Chelsea secara pinjaman dari Atletico Madrid dengan yuran £9 juta bermula dari kesebelasan utama selepas 24 jam hadir.

Pada awal permainan, pemain penyerang Portugal itu kelihatan sangat bagus namun hanya memberi impak yang kecil dalam perlawanan yang diburukkan dengan layangan kad merah pada minit ke-58.

Entah apa yang merasuka Joao Felix apabila melakukan terjahan keras yang tidak masuk akal ke atas bek kanan Fulham, Kenny Tete. Satu terjahan yang tidak perlu.

Ketika perebutan bola Joao Felix telah merebahkan badan untuk merampas bola yang pasti bukan miliknya dengan mengangkat tapak kasut ke lutut Kenny Tete.

Tindakan Joao Felix itu tidak memberi pilihan lain kepada pengadil selain kad merah dalam perlawanan pertamanya bersama Chelsea.

Kad merah secara terus menyaksikan penggantungan 3 perlawanan dalam tangan Felix yang akan menyaksikan kembali beraksi seawal 11 Februari, hampir sebulan lagi.

Joao Felix mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi pemain Chelsea pertama yang dilayangkan kad merah dalam debut di Premier League dan yang pertama melakukan perkara yang sama selepas pemain Spurs Federico Fazio pada Oktober 2014 ketika menentang Manchester City.

Walaupun diperintah keluar pada selepas hampir sejam permainan, Joao Felix merupakan pemain paling banyak melakukan percubaan sebanyak 6 dengan 4 percubaan tepat, 2 kali berjaya take-ons dan dikasari sebanyak 4 kali dan kad merah meranapkan segalanya.

Joao Felix ketika mula menyertai Chelsea menyatakan dia gembira dan akan membawa kegembiraan itu dalam perlawanan dan adakah kad merah itu adalah kegembiraan yang di maksudkan Felix? Happy now?

“Berada di sini di Chelsea terasa luar biasa, saya sangat gembira dan saya akan membawa kegembiraan saya ke atas padang.”

“Bermain dengan gembira adalah apa yang saya fikirkan… jadi saya suka bermain bola dan saya mahu membuat semua peminat menikmati bola sepak saya sambil membantu pasukan.”

Pakar matematik media sosial telah membuat pengiraan bahawa Chelsea akan mengalami kerugian $2 juta dari segi gaji dan yuran pinjaman ketika Felix menjalani penggantungan 3 perlawanan.

Chelsea meminjam Felix untuk 20 perlawanan musim ini yang berbaki namun kini hanya tinggal 17 perlawanan dan jika tidak bernasib baik hukuman penggangtungan boleh bertambah.

Bekas pemain Chelsea, Willian membuka tirai jaringan pada minit ke-25 selepas percubaannya telah terbias pemain pertahanan Chelsea, Trevoh Chalobah yang membuatkan Kepa Arrizabalaga gagal melakukan apa-apa.

Willian masih menghormati kelab lamanya itu apabila memilih untuk tidak meraikan jaringan tersebut.

Chelsea terus menyamakan kedudukan pada awal separuh masa kedua melalui Kalidou Koulibaly selepas menolak masuk bola muntah sepakan percuma Mason Mount.

https://twitter.com/FootbalIhub/status/1613649138612150286

Bernd Leno pada awalnya kelihatan seperti berjaya mengeluarkan bola atas garisan gol namun teknologi garisan gol mengesahkan bola itu sudah melepasi garisan sepenuhnya.

Kad merah Felix nyata memberi kelebihan kepada Fulham apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-73 melalui Carlos Viniciu.

Chelsea mencatatkan kekalahan keenam dalam 8 perlawanan terakhir mereka dan kedudukan Graham Potter pasti dalam situasi getir yang diramalkan akan dipecat jika tewas kepada Fulham.

Kesebelasan Utama Fulham (4-2-3-1) Leno; Tete, Adarabioyo, Ream, Robinson; Reed, Palhinha; Decordova-Reid, Pereira, Willian; Vinicius.
Pemain simpanan : Rodak, Kurzawa, Diop, Chalboah, Harris, Cairney, Wilson, James, Solomon.

Kesebelasan Utama Chelsea (3-4-2-1) Kepa; Chalobah, Thiago Silva, Koulibaly; Azpilicueta, Zakaria, Kovacic, Hall; Mount, Joao Felix; Havertz.
Pemain simpanan: Bettinelli, Cucurella, Badiashile, Chukwuemeka, Jorginho, Gallagher, Ziyech, Aubameyang, Fofana.

Pengadil : David Coote.

BACA:  Jawapan Felix Ketika Disuruh Mencederakan Griezmann Sungguh Mengagumkan