Chewing Gum Terakhir Sir Alex Ferguson Berjaya Dilelong Pada Harga £390,000 !

Lagenda dan ikon Manchester United, Sir Alex Ferguson merupakan penggemar coklat getah atau lebih dikenali ‘chewing gum’.

Tetapi tahukah anda chewing gum terakhir yang dikunyai Ferguson ketika perlawanan terakhirnya sebagai pengurus Manchester Untied telah berjaya dilelong pada harga £390,000 !

Bukan biasa-biasa chewing gum Pak Alex ni

Beliau menjadi pengurus Manchester United selama 26 tahun dan melalui lebih 1500 perlawanan sepanjang mengemudi pasukan tersebut. Dan selama itu juga, mulut Ferguson tidak akan lekang dari menguyah chewing gum hampir keseluruhan perlawanan.

Setiap kali kamera menunjukkan imej Ferguson di bangku simpanan United, anda boleh bertaruh yang Ferguson sedang menguyah chewing gum sambil berbincang sesuatu dengan pembantunya.

Kunyahan Ferguson juga menjadi semakin pantas sekiranya Manchester United sedang ketinggalan dan itulah petanda paling senang untuk mengetahui tahap stress yang dilalui Ferguson sepanjang bergelar pengurus Red Devils.

Ada pihak yang mendakwa Ferguson mungkin telah menghabiskan 3,000 kotak chewing gum sepanjang kariernya di Old Trafford, dengan purata 2 kotak 1 perlawanan.

Dalam perlawanan terakhir Ferguson selaku pengurus Manchester United, beliau membimbing pasukannya bertandang ke Hawthorns Stadium untuk bertemu West Bromwich Albion pada Mei 2013.

Perlawanan nyata tidak mengecewakan kerana kedua-dua pasukan terikat 5-5 selepas 90 minit permainan. Ia merupakan keputusan seri 5-5 yang pertama dalam sejarah Liga Perdana Inggeris dengan Romelu Lukaku mencatat hatrik pada hari tersebut untuk West Brom.

Kotak chewing gum terakhir Ferguson

Sebelum perlawanan bermula, Ferguson diberikan sekotak chewing gum oleh maskot West Brom yang memakai kostum burung.  Selepas tamat permainan,seorang penyokong bertuah telah mengutip chewing gum terakhir Ferguson dan menyimpannya dengan harapan nilainya akan melonjak naik pada kemudian hari.

Peminat itu meletakkan chewing gum Ferguson ke dalam Ebay dan membuka bidaan kepada mereka yang berminat.

Lelongan di Ebay

“Used chewing gum: RARE. Recovered from The Hawthorns. Clear Perspex/wooden case. Unofficial merchandise, rumored to belong to Sir Alex. After 1,500 games of intense chewing as manager of Man Utd, here lies Fergie’s last piece of chewing gum. All proceeds go to the MU Foundation charity.”

Menariknya, chewing gum ini menarik perhatian banyak pembida dan akhirnya bidaan ditutup pada harga £390,000. Keseluruhan wang yang diperolehi melalui lelongan ini akan digunakan untuk tujuan kebajikan.

BACA:  Ronaldo Sempat Melawat Ferguson Selepas Juventus Tumpaskan Manchester United