Kisah Paul Scholes Dan Kasut Bernilai £50 Ketika Kembali Dari Persaraan

Lagenda Manchester United merupakan salah seorang produk Class of 92 dan juga “One Man Club” senantiasa Bersatu, Bersetia, Berkhidmat. Bersama United Scholes telah membuat 700 penampilan dalam tempoh 20 tahun yang penuh cemerlang, gemilang dan terbilang.

Seorang lagi pemain tengah yang mempunyai teknik yang hebat. Scholes telah menjulang 11 gelaran juara liga, 3 Piala FA, 2 liga eropah dan 2 piala liga. Scholes menjaringkan 107 gol di liga perdan dan 155 gol dalam semua kejohanan.

Kini Scholes menjadi pundit selepas menandatangani kontrak selama 4 tahu bersama BT Sports pada bulan Julai 2014. Scholes juga muncul di ITV untuk perlawanan Liga Juara Eropah dan pasukan England.

Bekas pemain Manchester United dan England, Paul Scholes menceritakan kembali detik dimana beliau kembali dari persaraan pada Januari 2012 ketika menentang Manchester City dalam perlawanan pusingan ke-3 Piala FA musim 2011/2012.

Scholes mengumumkan persaraan dari bola sepak pada musim panas 2011 tetapi mengambil keputusan untuk kembali beraksi atas permintaan Sir Alex Ferguson, pengurus United ketika itu.

Atas permintaan Ferguson, Scholes kembali dari persaraan untuk membantu jentera tengah United yang kekurangan pemain akibat kecederaan.

Scholes dinamakan sebagai pemain gantian untuk perlawanan tersebut dan menunggu sehingga minit ke-60 untuk masuk menggantikan pemain sayap, Nani. Manchester United berjaya mencatatkan kemenangan 3-2 ke atas pasukan City yang bermain 10 orang untuk majoriti perlawanan kerana kad merah yang dilayangkan kepada Vincent Kompany.

Dalam satu wawancara bersama BT Sport, Scholes menceritakan kembali apa yang berlaku ketika beliau membuat kemunculan kembali untuk Red Devils.

Paling mencuri perhatian adalah beliau tidak mempunyai sebarang kasut yang sesuai untuk dipakai menjelang perlawanan menentang Manchester City.

Scholes pada ketika itu baru sahaja mengambil alih tugas sebagai jurulatih skuad remaja United tetapi kasut yang digunakannya ketika sesi latihan tidak sesuai untuk dipakai dalam perlawanan bola sepak.

Beliau enggan menghubungi Nike atau Adidas untuk meminta kasut kerana permintaan Ferguson yang tidak mahu perkara tersebut diketahui umum.

“Saya rasa saya hanya menjalani latihan dengan skuad utama sekali sahaja sebelum membuat kemunculan kembali pada 2012.”

Scholes masuk menggantikan tempat Nani. Mujur main lawan 10 orang

“Saya perlu mencari kasut untuk dipakai, jadi saya pergi ke kedai berdekatan dan membeli sepasang kasut murah berharga £50 kerana pada ketika itu, saya tidak mempunyai sebarang sponsor.”

“Saya tidak boleh hubungi Nike kerana tidak mahu mereka tahu yang saya akan kembali. Ferguson juga tidak beritahu pemain-pemain lain kerana saya rasa beliau tidak mahu perkara ini diketahui umum.”

“Manchester United akan bermain satu perlawanan away dan Ferguson hanya meminta saya pergi ke hotel (The Lowry) pada malam sebelum perlawanan itu berlangsung untuk duduk di meja staff. Mungkin minum setengah segelas wine dan tidak perlu berkata apa-apa.”

“Keesokan harinya, saya pergi ke padang latihan dan saya tahu apa yang benar-benar berlaku. Saya berasa agak berdebar kerana risau dengan apa yang pemain lain akan kata. Kemudian saya masuk ke bilik persalinan dan melihat baju yang tertera nama saya tergantung dan saya juga telah dinamakan sebagai pemain simpanan.”

Walaupun sudah lama tidak bermain bola sepak, Scholes menunjukkan aksi yang agak memuaskan ketika menentang Manchester City dimana beliau mengemudi bahagian tengah dengan baik apabila masuk pada separuh masa kedua.

Rooney pon tak tahu

Rooney juga berkata beliau tidak tahu Scholes akan kembali dari persaraan sehingga beliau masuk ke dalam bilik persalinan sebelum perlawanan.

“Saya agak terkejut dengan kemunculan Scholes. Semua pemain tidak tahu perkara tersebut  sehingga kami berada di bilik persalinan. Tetapi kami semua gembira untuk menerima kepulangan pemain yang berkualiti tinggi.”

BACA:  Benzema Boleh Ambil Alih Peranan Ronaldo Dan Jadi Mentor Hojlund Di Old Trafford