Sir Alex Ferguson Masih Menerima Pendapatan Bernilai £235k Seminggu Walau Sudah Bersara Sejak 2013

Sir Alex Ferguson mungkin sudah bersara dari dunia pengurusan dalam sukan bola sepak sejak 2013 lagi, namun bekas pengurus Manchester United itu sebenarnya masih menerima pendapatan bernilai £235,000 seminggu.

Pengurus dari Scotland yang kini berusia 80 tahun itu pernah menikmati karier yang sungguh luar biasa menakjubkan selama 26 tahun di Old Trafford.

Selepas bersara, pengurus legenda kelab itu telah dilantik sebagai duta Manchester United dan beliau menerima £2 juta setahun atas jawatan yang beliau galas itu.

Bukan itu sahaja, Ferguson hanya perlu bekerja selama 20 hari sahaja dalam setahun untuk menerima £2 juta itu sebagai duta kelab.

Menurut sumber laporan media UK, pendapatan Ferguson hasil dari menjadi duta, perjanjian buku dan penampilan umum memperlihatkan beliau menerima gaji yang jauh lebih tinggi berbanding pemain-pemain bintang dalam saingan Premier League pada ketika ini.

Laporan sama turut menjelaskan yang Ferguson menerima £12.2 juta setahun pada tahun lalu, dengan nilai keuntungan dari syarikat peribadi beliau naik kepada £40 juta.

Bahkan, menurut laporan kewangan terkini dari syarikatnya, ACF Sports Promotions, assets beliau meningkat dari £17.5 juta kepada £26 juta pada tahun 2021.

Sebagai tambahan kepada nilai assets beliau yang secara keseluruhannya bernilai £39.2 juta dan didaftarkan atas syarikat perumahan itu, Ferguson turut menerima dana yang sangat banyak hasil penjualan buku autobiography beliau.

Buku Alex Ferguson: My Autobiography itu telah berjaya dijual berjuta-juta unit di seluruh dunia sejak dari awal ia dicetak pada tahun 2013 yang lalu.

My Autobiography merupakan buku autobiography kedua Sir Alex Ferguson yang mana ia menceritakan hal yang berlaku pada tahun 2000 hingga 2013.

Selain itu, Sir Alex Ferguson juga turut menerima £100,000 setahun untuk memberi ceramah motivasi kepada para pemain Manchester United.

Mengikut segala sumber pendapatan yang beliau terima itu, Sir Alex Ferguson dikatakan menerima secara puratanya £235,000 seminggu.

Lumayan bukan? Lebih tinggi dari beberapa pemain bintang utama kelab yang lain.

Pemain Manchester United dominasi senarai penerima gaji tertinggi Premier League

Senarai gaji para pemain Manchester United telah didedahkan hari ini selepas tularnya laporan yang menyatakan empat dari pemain mereka merupakan lima penerima gaji tertinggi dalam saingan Premier League.

Pada awal minggu ini, L’Equipe melaporkan yang para pemain Paris Saint Germain mendominasi sepenuhnya carta penerima gaji terbanyak dalam saingan Ligue 1.

18 dari 20 penerima gaji tertinggi dalam saingan liga bola sepak Perancis itu merupakan pemain yang bermain bersama PSG.

Pendahulu senarai penerima gaji terbanyak merupakan Neymar yang menerima lebih dari €4 juta sebulan dengan Lionel Messi dan Kylian Mbappe berada di kedudukan kedua dan ketiga senarai.

Walau bagaimanapun, bukan hanya gaji pemain PSG sahaja yang didedahkan oleh L’Equipe dengan media Perancis itu turut mendedahkan yang pemain Manchester United juga sedang mendominasi carta penerima gaji tertinggi Premier League.

Hanya Kevin De Bruyne sahaja yang berjaya menempatkan diri di kedudukan lima teratas, dengan empat lagi tempat diisi oleh pemain setan merah.

Cristiano Ronaldo, David De Gea, Jadon Sancho dan Raphael Varane menduduki kedudukan pertama, ketiga, keempat dan kelima dalam senarai tersebut.

Nampaknya laporan dari media Perancis itu sukar untuk dinafikan dengan Spotrac mengesahkan yang Ronaldo menerima £510,000 seminggu sama seperti nilai €2.63 juta sebulan yang dilaporkan oleh L’Equipe itu.

De Gea pula membawa pulang £375 ribu seminggu, sementara Jadon Sancho menerima £350,000 seminggu.

Raphael Varane membawa pulang £340, 000 seminggu sementara pemain midfield, Paul Pogba pula kini dilaporkan menerima £290,000 seminggu.

Kontrak Pogba akan tamat pada musim panas ini, dan beliau dijangka akan meninggalkan kelab sebagai pemain bebas ejen.

Seandainya beliau benar-benar meninggalkan kelab sebagai pemain free ejen, ia bermaksud ini kali kedua beliau melakukan hal yang sama di Old Trafford.

Walaupun hal itu masih belum boleh disahkan lagi, namun rata-rata peminat yakin dan percaya hal itu sememangnya akan berlaku.

Terbaru, Newcastle United dan Aston Villa dilaporkan sangat berminat untuk mendapatkan khidmat Paul Pogba, dan bintang Perancis itu berpotensi untuk ke Saint James Park.

Bruno Fernandes menerima £180,000 seminggu dan dijangka beliau akan menerima kontrak baru dengan tawaran menaikkan gaji.

Bekas bintang Sporting CP itu dilaporkan bakal menerima tawaran bernilai £240,000 seminggu.

Peminat Manchester United bingung memikirkan berapa sebenarnya gaji yang diterima oleh pemain seperti Juan Mata dan Nemanja Matic, dengan mereka ketika ini menerima £100,000 seminggu.

Kesemua penunggu kedudukan lima teratas dalam senarai penerima gaji tertinggi itu akan berubah tidak lama lagi, selepas Mohamed Salah menandatangani kontrak baru bersama kelab.

Selain itu, seandainya Manchester City benar-benar berjaya mendapatkan Erling Haaland, sudah tentu senarai penerima gaji tertinggi itu juga akan berubah.

Sumber: SPORTbible

BACA:  De Gea: Saya Perlu Menangi Lebih Banyak Trofi Di Manchester United