Ten Hag Kembalikan Peraturan Lama Yang Digunakan Oleh Sir Alex Ferguson

Pengurus terbaru Manchester United, Erik Ten Hag dengan segera menghidupkan semula peraturan yang pernah ditetapkan oleh Sir Alex Ferguson di Old Trafford sebelum ini.

Erik Ten Hag menetapkan yang sesi latihan di bawah kendalian beliau akan bermula pada jam 9 pagi berkuat kuasa pada hari pertama beliau sebagai pengurus kelab.

Isnin lalu, Ten Hag mengendalikan sesi latihan pertama beliau bersama skuad United dengan beberapa pemain dari skuad utama dan pemain bawah 21 tahun mereka turut sama turun menjalani latihan pra-musim.

Pengurus dari Belanda itu tiba di AON training complex pada jam 8 pagi, yang mana beliau tiba tidak lama selepas ketibaan pembantunya, Steve McClaren.

Dan menurut laporan Manchester Evening News, Ten Hag dilaporkan sudah mengembalikan semula salah satu peraturan Sir Alex Ferguson yang sepertinya sudah lama tidak digunapakai oleh skuad setan merah itu.

Pada hari pertama, satu kumpulan pemain tiba jam 9.30 pagi, dengan kumpulan kedua pula tiba jam 11.30 pagi.

Ramai pemain yang sudah mula melapor diri pada Jumaat lalu untuk sesi medical wajib dan mereka turut berlatih dalam gym sebelum sesi latihan berat selama dua jam pada hari Isnin.

Namun pada hari kedua, Ten Hag mengarahkan semua pemain perlu ada di Carrington pada jam 9 pagi dan tak ada sesiapa yang dibenarkan untuk datang lewat.

Ia merupakan undang-undang yang sama digunakan oleh Sir Alex Ferguson sepanjang 26 tahun karier gemilangnya bersama skuad setan merah.

Ten Hag sementara itu turut mewajibkan kepada semua pemain supaya makan bersama dan sentiasa berkumpul selepas tamat sesi latihan dalam usahanya mahu mengharmonikan bilik persalinan.

Antara hal lain yang dilakukan oleh pengurus berusia 52 tahun itu adalah menguruskan rumput di padang latihan Manchester United.

Tak Dapat Beli Pemain, Erik Ten Hag Potong Rumput Padang Latihan

Prestasi Manchester United dalam jendela perpindahan menyaksikan tiada pemain yang diidamkan berjaya diikat setakat ini dan Erik Ten Hag sambil menunggu perkembangan positif telah mengarahkan rumput padang latihan dipotong.

Rumput yang diarahkan dipotong oleh Erik Ten Hag ini bukanlah untuk menghabiskan masa sementara menanti pemain yang dibeli tidak kunjung tiba tetapi untuk digunakan sebagai persediaan di mana latihan pra-musim akan bermula.

Beberapa orang pemain Manchester United tidak menghabiskan masa cuti mereka dengan sekadar befoya-foya dan masih latihan membuat latihan persendirian bagi mengekalkan kecergasan dan ada yang melakukan latihan berat.

Tetapi kini masa sudah tiba untuk mereka akan merasai pengalaman pertama dibimbing oleh Ten Hag dan kakitangannya melalui latihan yang disediakan.

Menurut The Mirror, Ten Hag telah mengarahkan kakitangan padang untuk memangkas rumput sehingga tepat ukurannya 15mm untuk membolehkan pemain meningkatkan tahap kepantasan supaya pemain dapat mengikut gaya hantaran corak permainan yang dia mahukan.

Ia juga dipercayai bahawa penurus dari Belanda itu akan memantau tahap kecergasan keseluruhan pemainnya untuk tempoh dua hari pertama latihan

Aspek kecergasan sudah pasti akan menjadi keutamaan sebalik kembali dari cuti diterapkan bersama latihan hantaran bukannya hanya latihan berasaskan kecergasan semata-mata.

Ten Hag berharap dapat mencontohi apa yang dicapai oleh Sir Alex Ferguson di kelab itu, dan nampaknya dia akan melaksanakan peraturan yang pertama kali diperkenalkan oleh Ferguson.

Bekas jurulatih Ajax itu memberitahu pemainnya bahawa mereka mesti makan bersama dan bersosial bersama selepas latihan dalam usaha untuk meningkatkan semangat berpasukan dan suasana keseluruhan di bilik persalinan.

Sejak Ferguson bersara, tradisi pemain makan bersama perlahan-lahan pudar dan hilang dengan pemain dikatakan akan makan di restoran kakitangan pada bila-bila masa yang mereka mahu dan ada beberapa pemain terus pulang ke rumah atau ke gim selepas latihan.

Mulai sekarang, dilaporkan Erik Ten Hag dan kakitangan yang menjadi tulang belakangnya akan turut serta bersama pemain semasa waktu makan.

Hubungan dan interaksi antara pemain penting di dalam padang dan untuk mewujudkan keserasian itu, hubungan ini boleh dimulakan di meja makan.

Manchester United sudah bersedia untuk jelajah pra-musim ke Australia dan Asia Tenggara pada bulan Julai.

Dengan perlawanan menentang Liverpool dijadualkan di Bangkok dan kemudian mereka akan menentang Crystal Palace dan Aston Villa di Australia.

Setan Merah sudah pasti mahu berusaha keras untuk meningkatkan prestasi di bawah kendalian Erik Ten Hag pada musim baharu selepas kempen 21/22 yang suram.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Mandat Penuh Bersihkan 'Toksik' Dalam Pasukan, MU Sedia Bincang Kontrak Baharu Dengan Ten Hag