Rakaman Video Team Talk Yang Rare Dari Ferguson Sebelum vs Liverpool

Rakaman video team talk yang sangat rare dari Sir Alex Ferguson yang penuh ghairah dan bersemangat menjelang perlawanan menentang Liverpool telah tular di media sosial.

Sir Alex Ferguson terkenal sebagai pengurus legenda yang membawa Manchester United merajai Premier League serta menjulang semua piala yag ada sepanjang 26 tahun.

Satu filem dokumentari memaparkan kisah jatuh bangun Sir Alex Ferguson bertajuk ‘The Alex Ferguson Story’ telah diberi kebenaran untuk menggunakan rakaman dari tahun 1998.

Video team talk dari Ferguson ini memaparkan satu senario yang sangat menarik tentang pemikiran dan cara kerja pengurus dari Scotland itu.

Klip video ini menjadi tular selepas di muat naik oleh seorang pengguna Twitter yang bernama Samuel Luckhurst.

Dalam video itu jelas kelihatan pemain legenda Manchester United seperti Roy Keane, Gary Neville, Peter Schmeichel, Ole Gunnar Solskjaer dan lain yang serius dan tekun mendengar penerangan Sir Alex Ferguson.

Sir Alex Ferguson jelas kedengaran mencarut demi mencarut memberi penerangan tentang apa yang perlu dilakukan oleh mereka ketika menentang musuh ketat mereka, Liverpool.

Pada ketika itu Liverpool diperkasakan oleh bekas penyerang Setan Merah, Paul Ince dan pemain kreatif yang memukau Steve McManaman. Ferguson menggesa pemainnya supaya tidak gentar dengan Steve McManaman.

“Jangan cuba beri peluang dan membenarkan dia membuli kau. Betul?”

“Kau mesti pastikan kau bersedia menghadapi dia esok. Hanya itu yang kau perlu bimbangkan tentang dia. Masa kegemilang dia semakin kurang.”

“Itu je kau perlu risau tentang dia.”

Steve McManaman pada ketika itu merupakan nadi kepada pasukan Liverpool dan selepas memberi kata-kata semangat Ferguson menerangkan secara ringkas bagaimana untuk melenyapkan kehebatan McManaman.

“Ia sangat jelas, sejauh mana yang aku fikirkan, kau jaga je McManaman dan terus merapati beliau dengan cepat.”

“Kau tak perlukan pemain yang tertentu, siapa yang paling dekat dengan dia masuk rapat ketat-ketat dan jangan beri peluang membuat sesuatu.”

“Tiga tahun lalu, kita kehilangan gelaran liga di Anfield kerana tidak dengan arahan tentang McManaman.”

Steve McManaman menyarung jersi Real Madrid

Dalam video itu ada satu suara latar belakang yang seakan mengeluh dan suara itu milik Peter Schmeichel yang telah berkata.

“Kami dengar ayat ni seitap kali kami menentang Liverpool. ‘McManaman buat itu ni.’ kami dah tahu.”

“Sebenarnya Fergie tak perlu pun bagi tahu kami, kami dah tahu pun. Aku rasa Fergie suka team talk kot.”

Dah bosan agaknya Peter Schmeichel dengar ayat tu setiap kali nak lawan Liverpool. Semusim sekurang-kurangnya dua kali jumpa Liverpool.

Ferguson tidak bosan mengulangi ayat itu setiap kali bertemu Liverpool kerana McManaman telah meninggalkan bekas dibenak fikiran Ferguson lantaran kedegilan pemain tidak mematuhi arahan.

Dalam perlawanan tersebut Manchester United seri bertemu Liverpool dan juga gagal menjulang trofi Premier League.

Sir Alex Ferguson merupakan jurulatih bola sepak yang paling berjaya dalam sejarah di mana beliau telah membimbing Manchester United memenangi pelbagai kejuaraan, anugerah dan pingat dari tahun 1986 sehingga 2013.

Masih dibayangi kegemilangan lalu dan tidak mahu untuk terus maju.

Ferguson dilahirkan pada 31 Disember 1941 berasal dari Scotland merupakan seorang bekas pemain dan telah menjadi sebagai antara pengurus yang paling berjaya dalam dunia bola sepak bersama pasukan Manchester United.

Tanggal 6 November 1986 menyaksikan Sir Alex Ferguson telah dilantik sebagai pengurus di Old Trafford. Fergie bernasib baik kerana diberi peluang untuk walaupun mengharungi permulaan yang tidak berapa memberansangkan.

Jarang ada pengurus atau jurulatih yang mampu bertahan di sesuatu kelab selama 27 tahun dan memenangi kejuaraan seperti Ferguson, tambahan pula bola sepak sekarang menjadi satu industri yang memberikan pulangan kewangan yang besar dan membuatkan para pengurus dan jurulatih senang dipecat walau tewas tiga perlawanan berturut-turut.

BACA:  De Gea: Saya Perlu Menangi Lebih Banyak Trofi Di Manchester United