Selepas selesai melakukan pembedahan dibahagian kakinya yang tercedera ketika bertarung dengan Dustin Poirier, Conor McGregor dilihat sudah kembali memulakan sesi latihannya di gym.
McGregor tewas dalam perlawanan ketiga beliau bertemu Poirier di acara kemuncak UFC 264, awal bulan lalu, selepas doktor meminta pengadil menamatkan pertarungan.
Doktor meminta pengadil untuk menamatkan pertarungan selepas melihat kaki McGregor sudah patah tebu dan jelas sekali petarung dari Ireland itu tidak akan mampu untuk meneruskan pertarungan.
The grind continues 🇮🇪 🍀#UFC #MMA #ConorMcgregor pic.twitter.com/Mbv8gKgTD3
— MMA India (@MMAIndiaShow) July 25, 2021
Walaupun kakinya masih berbalut dan sakit, McGregor tetap kembali ke gym untuk menjalani latihan, dengan beliau dilihat memuat naik gambarnya di media sosial.
Ia seolah satu gambaran jelas yang menunjukkan bahawa Conor McGregor sedang mempersiapkan dirinya untuk kembali ke gelanggang UFC.
Petarung berusia 33 tahun itu berkongsi gambar dirinya berada dalam gym sambil berlatih dengan caption:
“Hidup bukan hanya tentang apa yang berlaku pada kita. Tapi bagaimana kita tangani apa yang sudah berlaku pada kita. Mari semua, tuhan berkati.
Presiden UFC, Dana White telah mendedahkan yang McGregor menderita kecederaan yang agak parah dan beliau perlu berehat setidak-tidaknya selama satu tahun.
Petarung dari Ireland itu mengakui yang beliau sebenarnya sudah mengalami kecederaan sebelum bermulanya acara UFC 264 lagi dan beliau turut mendakwa yang dirinya sudah hampir menarik diri.
“Saya memang sudah cedera sebelum bermulanya perlawanan itu. Orang bertanya saya, ‘sejak bila kaki saya mula patah?”
“Tanya Dana White, tanya UFC, tanya Dr Davidson, ketua doktor di UFC, mereka semua tahu kaki saya ada mengalami sedikit keretakkan sebelum perlawanan itu.”
“Mereka berdebat untuk membatalkan perlawanan itu kerana saya sparring tanpa menggunakan shin pads dan saya menendang lutut beberapa kali.”
Dana White: Conor McGregor has 'chronic arthritis in his ankles,' asked NAC about tape prior to #UFC264 https://t.co/7igz8QVh1F
— MMA Junkie (@MMAjunkie) July 19, 2021
“Saya mengalami keretakkan beberapa bahagian dibahagian tulang keting hingga ke pergelangan kaki. Dan kemudian saya turut mempunyai masalah dengan pergelangan kaki saya selama bertahun-tahun melalui semua pertarungan yang saya hadapi.”
“Juga, saya akan membalut pergelangan kaki saya setiap kali sesi latihan. Ketika pergelangan kaki saya merasa sakit, saya akan tetap terus menjalani sesi latihan. Saya lebih banyak menjalani latihan dari belakang.”
“Dan itulah bagaimana saya kembangkan teknik pukulan bawah dari belakang, dan kerana itu Dustin takut dan lebih berhati-hati ketika dia di atas saya. Dan saya berjaya lepaskan sepakan dan sikuan, ia sangat membinasakan lawan.”
The whole world doubted you when it was Aldo against you
It took 16 seconds to shook the whole world and prove everyone wrong.
It’s going to happen again, sooner or later @TheNotoriousMMA will be the champion.#motivation pic.twitter.com/WVUFBGkYVe— Tranum Sadyal (@TranumSadyal) July 24, 2021
“Ia merupakan teknik yang saya kembangkan kerana kekuatan saya adalah pada kaki yang sakit dan saya perlu adaptasi semua itu dari sesi latihan… Saya perlu menjalani rawatan di bahagian pergelangan kaki dan tulang keting, dan saya tak akan pernah jalani pembedahan melainkan berlakunya hal seperti ini.”
“Apa yang saya perlukan sekarang adalah tulang keting titanium dan sekarang saya sudah dapat titanium rod dari lutut ke pergelangan kaki. Doktor kata ia tak mudah untuk patah.”
Turns out Conor McGregor's leg was already suffering with stress fractures before his fight with Dustin Poirierhttps://t.co/prJRuXpJ3h
— talkSPORT (@talkSPORT) July 16, 2021
“Ketika ia sudah selesa, saya akan berlatih keseimbangan, kemudian bina kekuatan dan saya ada kaki titanium yang tak akan patah.”
“Saya seperti Arnie (Arnold Schwarzenegger) dalam Terminator 2! Saya sudah ada semua kelengkapan untuk lakukan ini dan saya akan lakukannya. Ia akan jadi kisah yang menakjubkan.”
Conor McGregor has revealed he already had stress fractures in his leg before Dustin Poirier fighthttps://t.co/prJRuXpJ3h
— talkSPORT (@talkSPORT) July 15, 2021
“Saya sayang kamu semua, kamu tak akan mampu halang kami! Kamu tak akan tewaskan The Irish, kamu tak akan mampu tewaskan The MacMan.”
Mungkinkah McGregor akan kembali dan mengajak Poirier untuk kembali ke gelanggang? Rasanya hal itu sukar untuk berlaku memandangkan pertarung dari Amerika itu kini merupakan pencabar kejuaraan.
Tapi mungkin akan lebih menarik jika McGregor kembali dan menerima cabaran dari Logan Paul yang mana ia juga merupakan salah sebuah perlawanan impian yang mahu disaksikan oleh para peminat.