Cristiano Ronaldo Dihentam Kerana Terus Ke Bilik Persalinan Sebaik Tamat Aksi Bertemu Burnley

Cristiano Ronaldo telah dikritik teruk oleh peminat kerana beliau terus meninggalkan padang sebaik wisel penamat dibunyikan, tanpa memperdulikan para penyokong.

Manchester United hanya mampu mencatatkan keputusan seri 1-1 bertemu Burnley di Turf Moor awal pagi tadi, dengan Cristiano Ronaldo tidak diturunkan dalam kesebelasan utama skuad.

Skuad kendalian Ralf Rangnick itu terlebih dahulu mendahului perlawanan pada aksi babak pertama permainan, dengan Paul Pogba cemerlang menjaringkan gol pertamanya selepas satu tahun untuk setan merah.

Manchester United juga sebenarnya berpotensi untuk menjaringkan lebih banyak gol pada aksi babak pertama dengan mereka dilihat lebih dominan.

Skuad setan merah juga turut berjaya memperoleh gol ketika aksi babak pertama perlawanan, namun gol tersebut telah dibatalkan oleh pengadil perlawanan.

Walau bagaimanapun, ketika perlawanan masuk ke aksi babak kedua permainan, pasukan yang sedang bergelut di zon penyingkiran itu berjaya mempamerkan aksi persembahan terbaik mereka.

Dua minit sahaja sebaik bermula aksi babak kedua permainan, Burnley sudah berjaya merobek gawang United menerusi Jay Rodriguez yang tenang menyempurnakan hantaran dari Wout Weghorst.

United selepas melihat gawang mereka dibolosi, mereka terus hilang arah dan gagal untuk kembali mendominasi permainan seperti mana mereka lakukan pada aksi babak pertama.

Ia merupakan keputusan yang sangat mendukacitakan untuk skuad setan merah, dengan mereka sekali lagi keciciran mata ketika sedang berjuang untuk mempertahankan kedudukan di tempat keempat dalam carta saingan liga.

Sebaik wisel penamat dibunyikan, pemain yang dibawa masuk pada aksi babak kedua, Cristiano Ronaldo dilihat terus saja berlari masuk ke terowong dan tindakan beliau itu mengundang rasa mara para penyokong.

Ketika pemain seperti Bruno Fernandes, Jadon Sancho dan Harry Maguire pergi ke arah penyokong untuk meminta maaf, Ronaldo sepertinya sedang mandi di dalam bilik persalinan.

Tindakan beliau itu mengundang rasa tak gembira para penyokong di media sosial dengan ramai peminat yang menghentam tindakan beliau.

“Ronaldo sememangnya ada mentaliti pemenang dan keputusan seri bertemu Burnley jelas buat beliau kecewa, tambahan pula beliau kini kemarau gol paling panjang sejak 10 tahun lalu, jelas ia akan mengecewakan dia. Tapi, penyokong yang datang tak berhak untuk terima itu.”

“Walaupun kamu sedang rasa kecewa, kamu sepatutnya pergi ke arah penyokong dan ucapkan terima kasih. Mereka tak henti-henti beri sokongan kepada kamu.”

“Saya rasa dia dah ditegur sebelum ini tapi dia masih ulang hal yang sama, mungkin dia rasa dia lebih besar dari segalanya.”

“Tidak kira siapa diri kamu atau sebagus apa kamu, bukan susah untuk kamu pergi ke arah penyokong yang datang berkunjung ke Turf Moor dengan duit sendiri untuk beri sokongan kepada kamu.”

Pengurus interim kelab, Ralf Rangnick sementara itu telah mengkritik anak-anak buahnya kerana bermain hantaran pendek, selepas gagal untuk memburu gol kemenangan bertemu pasukan tercorot liga.

“Kita tahu mereka akan tampil pada aksi babak kedua dengan lebih aggressive dan satu-satunya hal yang boleh saya bising adalah pasukan saya tak cukup aggressive pada 20 minit pertama aksi babak kedua permainan.”

Jelasnya kepada BBC.

“Pada aksi babak kedua, kami bermain bola sepak ala tiki-taka di kawasan kami sendiri dan tidak cukup direct. Kami ada peluang untuk lancarkan serangan balas, tapi kami dengan mudah melepaskan bola kepada mereka di dalam kotak mereka.”

Ralf Rangnick sebelum aksi bertemu Burnley telah memberi amaran kepada anak-anak buahnya agar berhati-hati dengan penandatanganan terbaru mereka, Wout Weghorst.

Ralf Rangnick sedar ancaman dari Wout Weghorst

Ralf Rangnick sudah beri amaran kepada anak buahnya tentang ancaman dari Wout Weghorst yang beliau anggap sangat bahaya.

Pengurus interim Manchester United itu bahkan turut menyamakan bintang baru Burnley itu dengan legenda Liverpool, Ian Rush.

Pemain kebangsaan Belanda itu menyertai Burnley dari Wolfsburg dengan yuran perpindahan bernilai £12 juta pada jendela perpindahan Januari lalu.

Pengurus dari Jerman itu sedar kemampuan Weghorst dan beliau telah memberi amaran kepada anak-anak buahnya supaya lebih berhati-hati.

Ralf Rangnick benar-benar mengagumi bintang Burnley itu hingga beliau menyamakannya dengan legenda Liverpool yang pernah memenangi lima gelaran liga di Anfield, Ian Rush.

Bercakap sebelum kunjungan beliau ke Turf Moor awal pagi tadi, Ralf Rangnick menyatakan bahawa:

“Dia kalau dilihat dari saiz, dia sedikit nampak macam Ian Rush, tapi dia merupakan pemain yang sangat teknikal.”

Jelas Ralf Rangnick kepada laman rasmi kelab sebelum aksi bertemu Burnley.

“Disebabkan saiznya, dia juga mempunyai kelebihan dari segi fizikal tapi dia bukanlah pemain penyerang yang akan sentiasa guna kelebihan fizikal dia.”

“Dia merupakan pemain yang lebih dari segi teknikal. Dia juga telah melalui karier yang menakjubkan bersama Wolfsburg ketika Oliver Glasner menjadi ketua jurulatih di sana, dia bermain dengan sangat bagus dan turut kerap menjaringkan gol.”

“Semoga saja, bertemu kami nanti, dia tidak jaringkan gol. Dia bermain bertemu Watford dan saya jelas sekali menonton perlawanan itu di TV. Saya rasa dia penandatanganan yang bagus dan antara yang terbaik untuk menggantikan Wood.”

Tekaan Ralf Rangnick ternyata benar dengan Weghorst sememangnya senantiasa memberi ancaman ke kubu Manchester United ketika aksi pertemuan mereka awal pagi tadi.

Weghorst berjaya mencatatkan satu assists untuk gol yang dijaringkan oleh Jay Rodriguez untuk memastikan Burnley berjaya mengutip satu mata berharga di halaman mereka sendiri.

Wout Weghorst turut mencatatkan statistik yang sungguh luar biasa menakjubkan dengan beliau berjaya melakukan 50 sentuhan, 7 ball recoveries, memenangi 5 duels, 3 take-ons sempurna, 3 percubaan, 1 pintasan, memenangi satu duel udara dan mencatatkan satu assists.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Bale Kecewa Gol 'Lipat' Ketika Menentang Liverpool Tidak Dicalonkan Dalam UEFA's Goal of the Season