Cristiano Ronaldo Kini Adalah Pemilik Kepada Kereta Termahal Yang Pernah Dibina

Bintang bola sepak terkenal, Cristiano Ronaldo dilaporkan adalah ‘pemilik rahsia’ kepada kereta mewah yang paling ditunggu-tunggu, Bugatti La Voiture Noire.

Menurut laporan, Bugatti Automobiles hanya mengeluarkan satu unit bagi model tersebut dan Ronaldo adalah pembeli bertuah yang telah memesan keretan berkenaan.

Ronaldo menjadi pemilik kereta termahal yang pernah dibina. Bukan biashe-biashe

Kereta tersebut dilaporkan bernilai $18 juta [RM 74 juta], menjadikan ia sebagai kereta paling mahal yang pernah dibina setakat ini.

Ronaldo merupakan penggemar kepada Bugatti, jadi tidak hairanlah mengapa beliau sanggup berbelanja besar untuk menjadi individu pertama yang memiliki model kereta paling mahal itu.

La Voiture Noire, yang bermaksud ‘kereta hitam’, dibina oleh Bugatti sempena ulang tahun ke-110 penubuhan syarikat tersebut. Ia secara rasmi dipamerkan di Geneva Motor Show baru-baru ini dan mendapat reaksi positif dari peminat jenama tersebut.

Kereta ini memiliki enjin 8 liter dan mampu mengeluarkan 1,500 kuasa kuda. Kelajuan paling laju yang mampu dicapai adalah 480 km/h dan hanya memerlukan 2.4 saat untuk mencapai kelajuan 100 km/h.

Ini bukanlah kali pertama Ronaldo memiliki kereta berjenama Buggati. Selepas membantu Portugal menjuarai kejohanan Eropah pada tahun 2016, pemenang Ballon d’Or sebanyak 5 kali itu menyambutnya dengan membeli sebuah kereta Buggatti Veyron bernilai $1.5 juta.

Selain itu, Ronaldo turut memiliki koleksi kereta yang mengagumkan antaranya Ferrari F430, Phantom Rolls-Royce, Lamborghini Aventador, Maserati GranCabrio dan Bentley Continental GTC.

Dan Ronaldo juga pernah ‘berlumba’ dengan Bugatti Veyron, masihkah anda ingat ?

BACA:  Ronaldo Dedah Perbezaan Antara Beliau Dan Messi