Presiden UFC, Dana White berkata ‘rematch’ di antara Khabib Nurmagomedov dan Conor McGregor mungkin akan berlaku dalam tahun 2019.
Dalam aksi UFC 229 Oktober lalu, Khabib dengan mudah menewaskan McGregor menerusi gerakan ‘rear-naked choke’ dalam pusingan ke-4 untuk mempertahankan tali pinggang ‘UFC Lighweight’ yang dipegangnya sebelum ini.
Namun begitu, apa yang mencetuskan kontroversi adalah perkara yang berlaku selepas pertarungan itu tamat. Selepas memenangi pertarungan di dalam Octagon, Khabib melompat keluar untuk menyerang rakan McGregor yang berada di tepi gelanggang.
Kekecohan meletus di antara kedua-dua belah pihak. Akhirnya, Nevada State Athletic Commision (NSAC) mengumumkan Khabib dan McGregor digantung buat sementara dari bertarung atas kekecohan yang tercetus pada malam tersebut.
Khabarnya, Khabib perlu membayar sejumlah wang sebagai denda dan digantung selama 10 bulan dari bertarung. Hukuman penggantungan itu juga bermula dari bulan Oktober tahun lepas dan ia bermakna Khabib akan bebas untuk bertarung pada pertengahan tahun 2019.
Ramai peminat yang mahu melihat McGregor dan Khabib bertarung sekali lagi dan Presiden UFC, Dana White mengesahkan beliau sedang berusaha untuk memastikan pertarungan tersebut berlaku dalam tahun ini.
“Saya ras ramai peminat yang mahu melihat pertarungan tersebut berlaku” Ujar Dana kepada TMZ Sports.
“Kita perlu lihat apa yang berlaku dulu dengan hukuman mereka. Sudah tentu mereka masih lagi belum mengadap Nevada State Atheletic Commision. Itu perlu berlaku terlebih dahulu dan hanya selepas itu, kita boleh merangka apa yang akan dilakukan pada masa hadapan.”
“Adakah Max Holloway akan naik ke 155 ? Tony Ferguson juga berhak untuk mencabar. Kita perlu tunggu apa yang akan berlaku terlebih dahulu.”
Apabil ditanya lebih lanjut sama ada pertarungan Khabib dan McGregor akan berlaku pada tahun ini, Dana mengakui ia mungkin akan berlaku.
“Yeah, saya rasa ia akan berlaku.”
“Sudah tentu, ia bergantung terhadap hukuman penggantungan yang perlu dilalui mereka. Tetapi selagi segalanya berjalan dengan lancar, pertarungan ini mungkin akan berlaku.”
Dana White says we’ll see Khabib Nurmagomedov vs Conor McGregor II in 2019. #UFC
“Yeah I do [think the rematch will happen in 2019].
“Obviously guys are going to have to win, and then there’s the suspensions. But yeah, as long as everything goes right,this fight should happen.” pic.twitter.com/BWhw681FbG
— Chisanga Malata (@Chisanga_Malata) January 1, 2019