Daniel James Dedahkan Beliau Amat Meminati Lee Chong Wei

Pemain harapan Manchester United yang merupakan pasukan teragung dalam peradaban bola sepak dunia, Daniel James telah mendedahkan bahawa beliau merupakan salah seorang peminat tegar pemain badminton lagenda Malaysia, Datok Lee Chong Wei.

Daniel James memperkenalkan dirinya kepada dunia bola sepak dalam cara yang terbaik apabila menjaringkan gol solo ketika Swansea mencatatkan kemenangan ke atas Brentford dalam saingan Piala FA di musim 2018/19.

Pemain berusia 22 tahun itu dikaitkan dengan perpindahan ke Leeds United pada jendela perpindahan Januari 2019 tetapi mengambil keputusan untuk terus kekal di Swansea hingga tamat musim dan menyertai Manchester United.

James hampir menyertai Leeds United secara pinjaman pada Januari dengan pilihan untuk perpindahan tetap. Walau bagaimanapun, Swansea menarik balik perjanjian tersebut pada saat akhir atas sebab-sebab tertentu.

Daniels mencuri perhatian umum apabila menjaringkan gol ke-2 Swansea pada minit ke-53 dengan melakukan larian solo dari bawah. Larian Daniels sangat laju sehingga tiada pemain Brentford mampu mengejarnya.

Anda nilaikan sendiri gol Daniels. Laju kan ? Lagi laju dari Kylian Mbappe ? Tercungap-cungap pemain Brentford nak mengejar beliau.

Pengulas sukan di BT Sports membandingkan kelajuan Daniels sama dengan Mbappe dan ramai peminat yang bersetuju dengan pendapat tersebut.

Pengurus Swansea, Graham Potter berkata Daniel hanya patut meninggalkan Swansea jika menerima tawaran daripada kelab Liga Perdana Inggeris sahaja selepas melihat persembahan cemerlang pemain tersebut dan Manchester United menjadi pilihan.

Satu pilihan yang malang?

James Peminat Lee Chong Wei

Dalam satu temuramah bersama Astro Supersport yang dihoskan oleh Adam Carruthers, pemain sayap Manchester United telah menceritakan pengalamannya hampir bertemu idolanya dalam jelajah Setan Merah di Singapura.

Pesara badminton dunia, Lee Chong Wei merupakan peminat Manchester United telah hadir untuk menonton perlawanan Setan Merah menentang Inter Milan di Stadium Nasional Singapura dalam kejohanan pra musim, International Chamoions Cup(ICC)

“Aku sebenarnya telah menandatangan autograf untuk Chong Wei. Ketika aku menurunkan tandatangan barisan agak panjang. Jadi aku tak tak tengok sangat dan tak perasan itu adalah beliau.”

“Aku akan berkata hello dan berborak dengan beliau(jika aku perasan).”

James juga menceritakan tentang minatnya kepada badminton sebelum bola sepak menjadi fokusnya.

“Aku sukakan bola sepak tapi aku juga sukakan badminton dan semasa aku muda aku pernah bermain badminton.”

“Boleh dikatakan banyak masa aku habiskan menonton badminton dan melihat perseteruan Lee Chong Wei, Lin Dan.. Menakjubkan.”

“Menonton aksi Lee Chong Wei sangat menakjubkan.”

Bekas pemain sayap Swansea, Daniel James merupakan permain pertama yang diikat oleh Ole Gunnar Solskjaer selepas memegang tampuk pengurus di Old Trafford dengan nilai £15 juta dan meningkat kepada £22 juta jika beberapa memenuhi syarat termaktub dalam kontrak.

James belajar menendang bola di Bull Field, Brough Yorkshire. Ketika berusia 9 tahun, James bersekolah di South Hunsley High School dan menyertai akademi Hull dengan menjalani latihan 3 kali seminggu.

Pada usia 16 tahun, James menolak biasiswa di Hull untuk pergi ke Swansea yang menyebabkan beliau terpaksa membayar denda sebanyak £72,000 kerana melanggar peraturan Elite Player Performance Programme.

Selepas membuat debut untuk pasukan simpanan diusia 16 tahun, James membuat debut bersama Swansea pada Februari 2018 dan selepas itu mendapat tempat di Swansea pada musim lalu.

Semusim di Championship bersama Swansea, James membuat 33 penampilan dan menjaringkan 4 gol sekaligus membantu Swansea menamatkan saingan di tempat ke-10 sebelum ke Old Trafford.

BACA:  Senarai 10 Dribblers Terbaik Sejak Musim 2006/07