Darwin Nunez Bakal Menjadi Pemain Termahal Dalam Sejarah Liverpool

Pemain penyerang Benfica, Darwin Nunez bakal menjadi pemain termahal yang pernah dibeli dalam sejarah kewujudan Liverpool dan dijangka akan menjalani ujian perubatan dalam tempoh terdekat sebelum diumumkan secara rasmi.

Darwin Nunez telah bersetuju dengan syarat dan terma yang telah ditawarkan oleh Liverpool pada awal minggu ini dan kedua-dua kelab telah mencapai persetujuan mengenai perjanjian bernilai £64 juta.

Terma yang dipersetujui ini termasuklah klausa tambahan £12.8 juta berdasarkan penampilan dalam perlawanan dan £8.5 juta lagi akan diaktifkan dengan kejayaan yang diraih.

Pengarah bola sepak Liverpool, Ward, berada di Portugal pada hujung minggu untuk berunding dengan gergasi Portugal itu dan berjaya memuktamadkan perjanjian yang akan menjadikan Darwin Nunez pemain termahal dalam sejarah kelab

Ketika ini pemain termahal yang wujud di Anfield ialah Virgil Van Dijkyang tiba dari Southampton dengan harga £75 juta pada 2018. Dengan potensi klausa tambahan diaktifkan, Nunez mungkin akan melebihi jumlah ini.

Penyerang berusia 22 tahun itu tidak disenaraikan dalam skuad Uruguay untuk perlawanan semalam menentang Panama kerana telah pergi ke Madrid di mana Nunez akan menjalani ujian perubatan esok.

Ujian perubatan ini boleh berlanjutan sehingga hari Rabu dan perjanjian itu dijangka diumumkan secara rasmi lewat minggu ini.

Benfica pada mulanya menuntut bayaran perpindahan yang besar dengan jumlah €80 juta sebagai pendahuluan dengan klausa tambahan mencecah sehingga €20 juta.

Julian Ward telah berunding dengan presiden Benfica, Rui Costa dan pengarah sukan, Rui Pedro Braz lalu berjaya menukar permintaan ini dengan sangat ketara.

Fabrizio Ramona juga melaporkan pengumuman rasmi hanya menanti masa untuk dilakukan apabila semua perkara sudah dimuktamadkan.

“Kesepakatan verbal sudah dicapat, dan.. here we go!”

“Pertemuan baharu akan diadakan di Portugal di antara Benfica dan Liverpool untuk memuktamadkan kesepakatan €80 juta tetap dan tambahan bonus €20 juta.”

“Kelab sedang mempersiapkan kontrak untuk menyaksikan kesepatakan ini ditandatangani dalam beberapa jam atau hari apabila segalanya sudah selesai.”

“Liverpool sudah setuju kontrak 5 tahun dengan Nunez dan ejennya. Hanya menunggu untuk menandatangani kontrak apabila segalanya selesai dengan Benfica.’

“Kertas kontrak akan dipersoalkan serta merta untuk memuktamadkan rundingan ini dan kemudian akan mengumumkan penyerang tersebut sebagai pemain baru Liverpool, sementara sekarang ini dia masih sibuk dengan urusan bersama pasukan Uruguay.”

Dalam ciapan terbaru, Fabrizio Romano melaporkan kontrak dan kertas kerja sudah disiapkan dan pengumuman perjanjian akan diumumkan dalam tempoh beberapa jam.

Tempoh kontrak Darwin Nunez juga sudah disahkan selama 6 tahun.

“Liverpool telah melengkapkan kontrak dan kertas kerja dengan Benfica malam ini untuk mengumumkan perjanjian Darwin Núñez dalam beberapa jam akan datang.”

“Perjanjian enam tahun disahkan untuk Darwin yang akan berada di Liverpool hari ini bersama ejennya untuk menjalani ujian perubatan dan menurunkan tandatangan seperti yang dijangkakan.”

Nunez telah menjadi subjek minat daripada beberapa kelab terkemuka Eropah, termasuk saingan North West Liverpool iaitu Manchester United.

Pemain Uruguay itu menolak tawaran daripada Red Devils, memilih untuk berpindah ke Anfield kerana dia mahu bermain di bawah Jurgen Kloppdalam Liga Juara-Juara.

Klopp bersedia kehilangan Sadio Mane kerana pemain antarabangsa Senegal itu hampir beralih ke Bayern Munich dan Klopp telah mengenal pasti Nunez sebagai pengganti yang ideal.

Bintang muda itu muncul dalam kempen 2021/22, menjaringkan 34 gol dalam 41 penampilan dalam semua pertandingan untuk Benfica, termasuk enam dalam Liga Juara-Juara.

BACA:  Firmino Kejutkan Ramai Kerana Mahu Tinggalkan Al Ahli Dan Kembali Beraksi Di Premier League