Dean Henderson, Victor Lindelof dan Harry Maguire tidak perlu menunggu lama untuk memberikan hiburan untuk semua yang berjaga menyaksikan perlawanan Manchester United menentang Sheffield United.
David De Gea direhatkan dan Ole Gunnar Solskjaer memberi peluang kepada Dean Henderson melakukan penampilan kedua musim ini di Premier League dari kesebelasan utama.
Dean Henderson turun menentang bekas pasukannya sejak dua musim yang lalu, Sheffield United di mana bakat beliau berkembang dengan baik hasil satu pinjaman.
Bersama Sheffield United nama Dean Henderson mula meniti bibir peminat dan menarik minat kelab lain dan Ole tidak menunggu lama memangil semula Henderson.
⚽️ Sheffield United vs Manchester United | Horror moment for Dean Henderson #SHUMUN pic.twitter.com/QDmDM53jSK
— D9INE (@D9INE_FOREVER24) December 17, 2020
dean henderson 😁😁😁 pic.twitter.com/LSLxlzKzxk
— FOOTBALLFANSSTUFF (@officialffsnews) December 17, 2020
Mungkin mahu membalas jasa Sheffield United, Dean Henderson sengaja melakukan aksi kelakar dan membuat satu blunder untuk David McGoldrick menjaringkan gol.
Viktor Lindelof membuat hantaran kepada Henderson dan dihantar kepada Harry Maguire kemudian pemain pertahanan termahal dunia itu telah menghantar kembali kepada Dean Henderson.
Entah apa yang merasuk, Dean Henderson telah tergelecoh dan kelam kabut lalu panik apabila ditekan pemain Sheffield United yang laju menerpa.
McGoldrick makes it 1-0 to Sheffield United after a Dean Henderson error. Sheffield 1-0 Manchester United. pic.twitter.com/2riP7PJRSI
— humzah (@humzah_LFC) December 17, 2020
I can’t belive it HAHAHAHAH #ManchesterUnited #DeanHenderson #Sheffield #Manu @Azeshfn @aker22_ pic.twitter.com/vWxETwz4nn
— Milian Andersen (@Nuolioja__) December 17, 2020
Dean Henderson telah merangkak-rangkak mengejar bola dan David McGoldrick nyata tidak mahu membazirkan peluang dari satu pemberian yang sangat baik hati.
Pada minit keempat dan 37 saat secara tepatnya Shieffield United berada di depan hasil pemberian yang sungguh baik hati daripada Manchester United.
42 – Marcus Rashford has scored 42 goals under Ole Gunnar Solskjær in all competitions – the most by any Manchester United player under a single manager since Sir Alex Ferguson retired in 2013. Crucial. pic.twitter.com/ZxqPJOanVm
— OptaJoe (@OptaJoe) December 17, 2020
Dua puluh minit kemudian Marcus Rashford kembali menyamakan kedudukan selepas menyempurnakan hantaran cantik Victor Nilsson Lindeloef.
Pada minit ke-34, Anthony Martial meletakkan Manchester United di depan dengan gol kedua dengan satu tolakan mudah dan penuh bergaya.
Separuh masa pertama tamat dengan kedudukan 2-1 yang sudah pasti memberi kelegaan tiada bandingan buat Dean Henderson.
Sheff Utd: Ramsdale, Baldock, Basham, Egan, Robinson, Stevens, Berge, Ampadu, Fleck, Burke, McGoldrick.
Subs: Sharp, Mousset, Jagielka, Norwood, Verrips, Osborn, Brewster.
Man Utd: Henderson, Wan Bissaka, Lindelof, Maguire, Alex Telles, Matic, Pogba, Greenwood, Bruno Fernandes, Martial, Rashford.
Subs: De Gea, Mata, Fred, James, Shaw, van de Beek, McTominay.
Referee: Michael Oliver.