Dele Alli Dianggap Penandatanganan Paling Gagal Musim Ini

Pemain midfield Everton, Dele Alli telah dinamakan sebagai penandatanganan paling teruk musim ini walau beliau baru sahaja ditandatangani pada Januari baru-baru ini.

Alli tiba di Goodison Park dari Tottenham Hotspur pada hari terakhir sebelum jendela perpindahan Januari ditutup dengan yuran bernilai £40 juta.

Pengurus pasukan Frank Lampard memperjudikan nasib dengan meletakkan kepercayaan kepada Dele Alli namun sepertinya ia tidak membuahkan hasil.

Pemain midfield itu hanya membuat satu penampilan sahaja untuk Everton sejak dari awal beliau ditandatangani.

Bercakap kepada BettingOdds.com, bekas pemain pertahanan Premier League, Glen Johnson tampil mengkritik keputusan Everton menandatangani Alli.

Beliau merasakan yang penandatanganan itu sama sekali tidak membawa kebaikan untuk kedua-dua belah pihak.

“Antara yang paling teruk, yang mana ia memang sedikit kasar, saya rasa Dele Alli ke Everton.”

Jelas beliau.

“Ia merupakan langkah yang aneh. Pada awalnya saya fikir ia penandatanganan yang bagus memandangkan ia penandatanganan percuma, tapi sejak itu kita semua tahu yang ia boleh menyebabkan Everton mengeluarkan dana bernilai £40 juta.”

Saya rasa Dele seorang pemain yang bagus, tapi kamu beritahu saya yang dia tak boleh sertai skuad Everton ini? Saya hanya tak faham. Dia pergi sana untuk main dan dia tak bermain jadi ia nampak pelik dari pandangan orang luar.”

Ketika Alli tiba, Everton sangat berharap mereka bakal selamatkan karier dia, mahu berikan dia minit permainan.

Alli mula menyertai dunia bola sepak Premier League selepas menyertai dari skuad League One, MK Dons pada tahun 2015.

Beliau berjaya memenangi anugerah PFA Young Player of The Year pada dua musim pertama beliau dan menjadi pemain utama skuad England pada ketika itu.

Ramai yang percaya Alli bakal menjadi antara pemain terhebat dunia satu hari nanti namun masa ke semasa prestasi beliau dilihat semakin merosot.

Selepas Tottenham Hotspur memecat pengurus mereka, Mauricio Pochettino, yang mana pengurus dari Argentina itulah individu yang menaikkan Alli pada 2019 lalu, karier bintang England itu semakin merundum.

Ketika Jose Mourinho masuk sebagai pengurus, Alli merupakan antara pemain yang kerap dihentam dan karier beliau sepertinya sudah hampir berakhir.

Dari situlah beliau semakin diketepikan termasuklah ketika era kendalian Nuno Espirito Santo dan Antonio Conte.

Di usia 25 tahun, Alli memutuskan untuk memulakan karier baru ditempat lain selepas enam tahun menghabiskan masa di London.

Alli melengkapkan perpindahan menyertai Everton pada waktu yang sama dengan ketibaan Donny Van de Beek dari Manchester United sebagai pemain pinjaman.

Walaupun beliau sudah memiliki pengalaman yang sangat luas untuk dikongsikan kepada pemain lain, namun Alli gagal untuk melakukan itu.

Everton pada ketika ini bergelut di zon penyingkiran dengan mereka sedang berada di kedudukan ke-17 dengan tiga mata sahaja dipisahkan dari zon penyingkiran.

Mereka memiliki kelebihan dua perlawanan yang masih belum dimainkan berbanding Watford, walau bagaimanapun, mereka sudah tersingkir dari saingan FA Cup selepas ditewaskan oleh Crystal Palace.

Skuad kendalian Patrick Vieira itu berjaya mencatatkan kemenangan 4-0 menewaskan Everton untuk mengesahkan tempat ke separuh akhir bertemu Chelsea.

Memandangkan beliau baru membuat satu penampilan, sepertinya Dele Alli masih mempunyai masa untuk buktikan sesuatu dan membantu Everton dari tersingkir.

Namun seandainya sebaliknya yang berlaku, ia jelas musim ini Dele Alli melalui titik terlemah sepanjang kariernya dengan menjadi penandatanganan paling gagal.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Dele Alli Pemain Berharga £90 Juta Kini Sekadar Dipinggiran Lembah Kehinaan