Dele Alli Dinasihatkan Supaya Bersara Sahaja Di Usia 25 Tahun

Dele Alli telah dinasihatkan supaya bersara sahaja dari dunia bola sepak di usia 25 tahun, seandainya beliau sudah tak ada jiwa untuk bermain bola sepak.

Itu adalah apa yang dicadangkan oleh bekas pemain Liverpool, Stan Collymore yang merasakan Dele Alli patut bersara sahaja dari dunia bola sepak.

Alli sepertinya gagal untuk menyesuaikan dirinya di Goodison Park selepas beliau melengkapkan perpindahan dari Tottenham Hotspur menyertai Everton pada jendela perpindahan Januari baru-baru ini.

Jelas sekali nilai £40 juta yang Everton bayar kepada Tottenham Hotspur untuk mendapatkan khidmatnya agak tak berbaloi jika dilihat pada sumbangannya ketika ini.

Beliau diharapkan akan mampu menjadi dirinya ketika beraksi di bawah kendalian Mauricio Pochettino sebelum ini.

Walau bagaimanapun, beliau jelas sekali gagal untuk mendapatkan tahap persembahan terbaiknya dan masih belum membuat sebarang penampilan di bawah kendalian Frank Lampard.

Bekas pemain kebangsaan England, Stan Collymore tampil mendedahkan yang Dele Alli sebenarnya perlu menjawab satu soalan yang sangat serious.

Beliau mahu Alli mempertimbangkan sama ada mahu terus bersara dari dunia bola sepak atau tidak dan seandainya beliau sudah hilang minat, maka bersara adalah keputusan yang paling tepat.

Menulis di ruangan beliau di The Mirror, Collymore menyatakan bahawa:

“Dele perlu menjawab satu soalan yang sangat serious, ia untuk dirinya sendiri, bukan untuk orang lain.”

“Dia perlu soal diri dia, ‘Adakah kamu masih mahu bermain bola sepak secara profesional, atau kamu sudah tidak berminat lagi?”

“Dele Alli mungkin memutuskan untuk tidak lagi terus berada dalam dunia bola sepak lagi. Pergi dan cari sesuatu yang kamu semangat, minat untuk lakukan, dan jangan menipu permainan ini dengan main-main di kelab lain dalam saingan Premier League.”

“Dia mungkin menipu penyokong dan kelab dan pengurus di setiap kelab itu.”

“Dia bermula dari ‘The Next Golden Midfielder’ di Eropah, hingga menjadi seorang pemain yang orang tak tahu dia masih main atau tidak.”

“Jawapan untuk semua persoalan ini hanya mampu di jawab oleh Dele Alli sahaja.”

“Lihat pada cermin dan jujur, adakah kamu mahu jadi pro atau tidak? Jangan lajak sampai lima tahun lagi kerana itu boleh jadi satu jenayah yang menentang kemampuan dia sendiri.”

Alli menyertai Tottenham Hotspur dari MK Dons pada tahun 2015 lalu sebagai seorang pemain berusia 18 tahun yang sedang meningkat naik.

Beliau kemudiannya menjadi antara pemain terpenting Tottenham Hotspur di bawah kendalian Mauricio Pochettino.

Beliau merupakan antara pemain penting yang mampu membantu Tottenham Hotspur untuk menamatkan saingan Premier League di kedudukan kedua pada musim 2016/17 yang lalu.

Beliau juga turut cemerlang membantu Tottenham Hotspur untuk layak ke pentas perlawanan akhir saingan Champions League pada tahun 2019 yang lalu.

Ketika era Jose Mourinho, Dele Alli sepertinya sudah mula hilang tempat dan perlahan-lahan beliau semakin dilupakan oleh peminat.

Selepas bergelut untuk mendapat tempat dan prestasi terbaiknya, Alli akhirnya memutuskan untuk menyertai Everton pada jendela perpindahan Januari baru-baru ini.

Beliau mengikat kontrak selama dua tahun setengah dan tentunya beliau sangat berharap mahu berusaha untuk mendapatkan tahap persembahan terbaiknya.

Walau bagaimanapun, usahanya itu sepertinya masih belum membuahkan hasil dengan Dele Alli gagal untuk mendapat tempat di Goodison Park.

Collymore percaya Alli sepatutnya mempertimbangkan jika beliau masih ada jiwa atau tidak untuk bermain bola sepak.

Beliau mencadangkan supaya Alli mengikuti sahaja jejak langkah bintang Tennis, Ashleigh Barty yang baru-baru ini memutuskan untuk bersara di usia sebaya dengan Dele Alli.

“Mungkin dia perlu ada detik seperti Ash Barty.”

Tambah Collymore lagi.

“Begitu ramai pemain tennis dan perenang berhenti di usia 20 an dan memilih untuk bersara sahaja dari dunia sukan tersebut.”

Bukan hanya Stan Collymore, sebenarnya ramai lagi pihak yang mempersoalkan keputusan Everton menandatangani Dele Alli.

Ramai yang percaya Everton tak sepatutnya buang duit untuk menandatangani pemain seperti Dele Alli kerana dengan dana tersebut, mereka sebenarnya boleh mendapatkan pemain yang jauh lebih berkualiti.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Penyokong Everton Teruja Melihat Aksi Mantap Dele Alli Bertemu Crystal Palace