Pemain Borussia Monchengladbach telah melalui satu detik mendebarkan dan menonton perlawanan antara Inter Milan dan Shakhtar Donetsk melalui ipad bagi mengetahui nasib sendiri mara atau kandas.
Borussia Monchengladbach terpaksa menunggu dan bergantung nasib kepada keputusan perlawanan Inter Milan dan Shakhtar Donetsk selepas tewas kepada Real Madrid dengan jaringan dua kosong.
Karim Benzema menjadi wira Real Madrid apabila menjaringkan kedua-dua gol sekaligus menjadi juara kumpulan B dalam saingan Champions League.
29 – Real Madrid have now progressed from all 29 of the Champions League group stages (including second group stage), the most of any side in the competition’s history. Invincible. pic.twitter.com/qTjtO8V3Ld
— OptaJoe (@OptaJoe) December 9, 2020
Kedua-dua gol Karim Benzema itu hadir melalui sundulan, kelegaan besar buat Real Madrid yang sangat tidak konsisten dalam kempen Eropah mereka musim ini.
Kemenangan Inter Milan akan meranapkan peluang Borussia Monchengladbach untuk mara dan perlawanan Borussia Monchengladbach berakhir lebih awal berbanding perlawanan Inter Milan dan Shakhtar Donetsk.
Gladbach lost against Real Madrid 2-0.
They still celebrated postgame after watching the final moments of Inter and Shakhtar Donetsk play to a 0-0 draw which helped Gladbach advance to the last 16 🎉 pic.twitter.com/DMlR9Uq5ht
— B/R Football (@brfootball) December 9, 2020
Keputusan seri akan membawa Borussia Monchengladbach mengiringi Real Madrid ke pusingan kalah mati yang menemukan 16 pasukan terbaik Eropah.
Perlawanan Inter dan Shakhtar Donetsk berakhir agak lambat dengan tambahan masa memaksa para pemain Borussia Monchengladbach menunggu penuh sabar dan menonton perlawanan melalui ipad.
Pada mulanya para pemain Borussia Monchengladbach mengkerumuni iphone sebelum beralih arah kepada ipad yang diletakkan di tepi padang.
After losing vs. Real Madrid, Gladbach needed Shakhtar Donetsk to draw with Inter Milan to secure their place in the #UCL knock-out stages.
They watched the last few minutes on a tablet at the side of the pitch until the final whistle…
Scenes 😂 pic.twitter.com/xqcwYfBZyE
— Football on BT Sport (@btsportfootball) December 9, 2020
Selepas wisel penamat dibunyikan maka keputusan antara Inter Milan dan Shakhtar Donetsk berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan.
Maka berteriak dan menjertilah pemain Borussia Monchengladbach meraikan kemaaraan mereka ke pusingan 16 terbaik buat pertama kali dalam sejarah kelab.
Dengan kemaraan Borussia Monchengladbach maka akan ada 4 kelab Jerman di pusingan kalah mati Champions League buat pertama kali sejak musim 2014/15.
Borussia Mönchengladbach players watching the last moments of the game between Inter and Shakhtar is the feel-good video you need ❤️
Via @DAZN_DE #BMG #UCL pic.twitter.com/AMhHE7iwzf
— DW Sports (@dw_sports) December 9, 2020
Malang buat Inter Milan yang sangat teruk prestasi mereka di Eropah musim dengan berada ditangga tercorot sekaligus menamatkan kempen Eropah mereka musim ini.
Shakhtar Donetsk ditempat ketiga meneruskan kempen Eropah mereka di pusingan 32 terbaik dalam saingan Europa League bersama satu pasukan dari England. CUba teka?
Inter Milan sangat berkehendakkan kepada kemenangan dalam perlawanan ini dengan melakukan 18 percubaan dan hanya 5 dariapanya menjadi percubaan tepat.
Peluang terbaik Inter Milan hadir pada minit ke-89 yang berpunca daripada sepakan penjuru dan disusuli dengan satu sundulan bebas yang tajam dari Alexis Sanchez.
Malangnya bola itu dihadang oleh kepala Romelu Lukaku yang berada di hadapan. Mimpi ngeri buat Lukaku dan Inter. Hadangan yang padu dari Lukaku tapi tak kena tempat bro.
Inter Milanmeneruskan rekod buruk dalam saingan liga Juara-juara selepas gagal untuk mara ke pusingan kalah mati sejak dari musim 2011/12 lagi.