Pemain Ho Chi Minh City, Ngo Hoang Tinh telah didenda VND40 juta dan perlu menanggung kos perubatan serta digantung sehingga hujung tahun ini dari sebarang perlawanan selepas mematahkan kaki Kapten Vietnam.
Ngo Hoang Tinh telah melakukan terjahan kasar ke atas pemain pasukan Hanoi FC, Do Hung Dung yang juga ketua pasukan kebangsaan Vietnam sehingga terpaksa berehat panjang.
Selepas terjahan tidak masuk akal dilakukan oleh Ngo Hoang Tinh, insiden tersebut telah dirujuk kepada jawatankuasa disiplin Vietnam Football Federation (VFF) untu dibicarakan.
#BREAKING: Ho Chi Minh FC midfielder Ngo Hoang Thinh (28) is banned from football for the rest of 2021, after breaking Do Hung Dung’s leg with a dreadful tackle Tuesday. pic.twitter.com/SbpquQOwJa
— Asian Football (@AsianFootballs) March 24, 2021
Ketua jawatan kuasa disipilin VFF, Vu Xuan Thanh telah mengumumkan hukuman yang telah dikenakan kepada Ngo Hoang Tinh yang dianggap sebagai kesalahan serius:
1. Denda VND40 juta bersamaan RM7120.94
2. Digantung dari sebarang perlawanan sehingga hujung tahun 2021.
3. Menanggung kos rawatan penuh Do Hung Dung tidak lebih dari gaji selama 15 bulan.
The punishment was meted out by Vietnam Football Federation (VFF) Wednesday afternoon. In addition, Thinh also received a fine of VND40 million ($1,730) and will have to cover Dung's treatment (no more than 15 months of salary). pic.twitter.com/BQ7JjtMtf1
— Asian Football (@AsianFootballs) March 24, 2021
Menurut Vu Xuan Thanh, hukuman yang dikenakan kepada Ngo Hoang Tinh bukan sahaja untuk menjadi pengajaran kepada beliau malah kepada pemain yang lain.
“Setelah menerima keputusan mesyuarat Jawatankuasa Disiplin VFF, berkisar pada situasi di mana Hoang Thinh menyebabkan kecederaan pada Hung Dung dalam perlawanan antara Ho Chi Minh City dan Hanoi FC pada malam 23 April. Kami menyedari bahawa tingkah laku yang ditunjukkan Hoang Thinh sangat serius, menberi kesan kepada imej bola sepak Vietnam.”
“Kita mengetahui amalan dalam sukan bola sepak berpaksikan semangat kesukanan. Keadaan yang berlaku di padang juga berlaku dengan sangat pantas. Mungkin pada ketika ini, Hoang Thinh akan menunjukkan tingkah laku yang berbeza, tetapi pada masa itu, tingkah lakunya sangat serius.”
(V.League) Hoàng Thịnh bị phạt nặng chưa từng có, Trưởng Ban kỷ luật nói gì? https://t.co/ZTkRjpt3jI pic.twitter.com/AP594cmJEb
— Goal Vietnam (@Goal_VN) March 24, 2021
“Oleh itu, Jawatankuasa Disiplin VFF memutuskan untuk mengenakan sekatan yang sesuai untuk kes ini. Disamping itu, hukuman ini akan membantu Hoang Thinh belajar dari pengalaman. Malah, kami mahu pemain lain untuk bermain dengan lebih baik.”
“Saya juga tidak bersetuju dengan persepsi bahawa bola sepak Vietnam masih ganas. Dalam sukan, keagresifan, tingkah laku berlaku dalam tempo beberapa saat.”
Ketika hukuman dibacakan, Do Hung Dung telah selamat menjalani pembedahan dan menurut doktor pemain tengha Hanoi akan akan berehat selama 6 bulan sebelum kembali ke padang.
Kapten Vietnam Patah Kaki Selepas Terjahan Keras
Ketua pasukan kebangsaan Vietnam, Do Hung Dung yang bermain bersama kelab Hanoi FC telah mengalami kecederaan patah kaki yang mengerikan selepas menerima satu terjahan keras daripada pihak lawan.
Do Hung Dung mendapat kecederaan yang sangat ditakuti oleh pemain bola sepak itu ketika perlawanan Hano FC menentang Ho Chi Minh City di saingan liga Vietnam, V. League 1.
Pemain berusia 27 tahun itu mengalami kecederaan yang serius pada separuh masa pertama selepas rakan senegaranya, Hoang Tinh melakukan satu terjahan lambat lagi berbahaya.
KẾT QUẢ TP.HCM 0-3 Hà Nội: Ám ảnh chấn thương của Đỗ Hùng Dũng https://t.co/ce2BBZMbZ5 pic.twitter.com/57vaYDra8u
— Goal Vietnam (@Goal_VN) March 23, 2021
Permainan serta merta dihentikan oleh kedua-dua pasukan selepas menyedari sesuatu yang teruk lagi dahsyat berlaku dan pasukan perubatan segera masuk ke padang dengan pengusung.
Do Hung Dung menerima rawatan di padang hampir 10 minit sebelum di bawa ke hospital dengan ambulan untuk rawatan susulan.
Hoang Tinh tanpa ragu lagi terus dilayangkan kad merah dan terus menuju ke terowong meninggalkan padang dan sempat meminta maaf ketika Do Hung Dung diusung keluar.
Selepas perlawanan bersambung, Do Duy Manh menjaringkan gol permbukaan buat Hanoi FC melalui satu sepakan percuma.
Hanoi FC berjaya menewaskan Ho Chi Minh City 3-0, selepas Nguyen Van Quyet dan Geovane Magno menambah lagi dua gol pada seperuh masa kedua.
Walaupun menang kecederaan ngeri yang dialami oleh Do Hung Dung pasti akan dirasai oleh kelab dan tidak terkecuali Vietnam.
(TP.HCM vs Hà Nội) Đỗ Hùng Dũng chấn thương rợn người https://t.co/yZpLDCRZWY pic.twitter.com/Gmg5SvsumA
— Goal Vietnam (@Goal_VN) March 23, 2021
Secara realitinya Vietnam akan kehilangan ketua pasukan mereka untuk tempoh yang panjang dan akan terlepas beberapa perlawanan antarabangsa.
Vietnam akan bertemu IndonesiA, Malaysia dan Emeriah Arab Bersatu (UAE) dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2022 Qater yang akan bersambung pada bulan Jun.