Diego Simeone Menganggap McTominay Sebagai Pemain Midfield Terhebat Dunia

Diego Simeone telah memberikan pujian yang menggunung kepada Scott McTominay dengan menganggap bintang Scotland itu sebagai pemain midfield terhebat dalam dunia bola sepak.

Pengurus Atletico Madrid itu memuji Scott McTominay sebelum aksi bertemu Manchester United di pusingan 16 terbaik saingan Champions League.

Walau bagaimanapun, Scott McTominay terpaksa diketepikan dari turun beraksi bertemu Atletico Madrid kerana sakit dan berkemungkinan kerana kakinya mengalami luka-luka kecil ketika beraksi bertemu Leeds United sebelum ini.

​Atletico Madrid hanya sekadar mampu mencatatkan keputusan seri 1-1 bertemu Manchester United awal pagi tadi dalam perlawanan yang dilangsungkan di Wanda Metropolitano.

Joao Felix berjaya menjaringkan gol yang sungguh cantik dan menakjubkan untuk Atletico Madrid pada minit ke-7 permainan.

Manchester United hanya mampu menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-80 permainan menerusi pemain gantian Anthony Elanga.

Sebelum perlawanan bertemu Manchester United awal pagi tadi, Diego Simeone tampil memberikan pujian yang menggunung kepada pemain kebangsaan Scotland.

McTominay pada musim ini telah beraksi sebanyak 29 perlawanan dalam semua pertandingan dan aksi hebatnya mendapat pujian dari Diego Simeone yang menganggap bintang United itu sebagai pemain midfield terhebat dunia.

Simeone turut memuji Paul Pogba dengan menganggap bintang Perancis itu telah mempamerkan aksi persembahan yang sungguh menakjubkan selepas pulih dari kecederaan.

Bercakap ketika sidang media sebelum perlawanan, pengurus dari Argentina itu menyatakan bahawa:

“Mereka (Manchester United) mempunyai midfield yang sungguh menakjubkan.”

“Saya sangat teruja dengan work rate mereka. Pogba dan McTominay merupakan dua pemain midfield terhebat dunia.”

McTominay tidak dinafikan sememangnya antara pemain terpenting Manchester United sejak beberapa tahun kebelakangan ini dengan aksi hebat serta persembahan mantap yang beliau persembahkan.

Beliau turut mempamerkan aksi persembahan yang sungguh menakjubkan ketika membantu Man Utd menewaskan Leeds United 4-2 hujung minggu lalu.

Highlights Atletico Madrid 1-1 Manchester United

Skuad kendalian Ralf Rangnick hari ini berkunjung ke Wanda Metropolitano untuk beraksi bertemu Atletico Madrid dalam aksi leg pertama pusingan 16 terbaik saingan Champions League.

Manchester United mara ke pusingan kalah mati sebagai Juara kumpulan F dengan mereka berjaya mengumpul 11 mata dari enam perlawanan di peringkat kumpulan.

Sementara Atletico Madrid pula mereka berjaya layak ke pusingan kalah mati selepas muncul Naib Juara aksi peringkat kumpulan B di belakang Liverpool.

Kedua-dua pasukan tidak dinafikan pada ketika ini tidak berada di tahap persembahan terbaik mereka, terutama di pentas saingan domestik.

Sudah tentu saingan Champions League merupakan satu-satunya kejuaraan yang sedang diburu oleh kedua-dua pasukan memandangkan mereka gagal melakukannya di pentas saingan domestik.

Cristiano Ronaldo merupakan pemain yang akan menjadi tumpuan dalam perlawanan ini dek kerana beliau merupakan nadi utama setan merah dan beliau juga sudah biasa beraksi bertemu Atletico Madrid sebelum ini.

Lima minit pertama dalam perlawanan ini Atletico Madrid lebih kerap melancarkan serangan untuk menguji gawang gol Manchester United.

Setan merah masih gagal untuk melancarkan serangan dan agak bergelut ketika build up dari bawah kerana midfield pasukan tuan rumah beraksi sangat cemerlang.

Pada minit ke-6 Atletico Madrid berjaya membuka tirai jaringan menerusi Joao Felix yang melakukan aksi tanduk terbang untuk menewaskan David De Gea.

Renan Lodi berjaya melambungkan bola masuk ke kotak penalti, dengan Felix yang sudah melepasi Harry Maguire berjaya menanduk padu bola masuk ke gawang gol United.

Tidak dinafikan ia sememangnya gol yang cukup cantik dan tentunya bakal menjadi gol semangat untuk pasukan tuan rumah.

10 minit perlawanan berlangsung baru nampak United mula mendapatkan momentum mereka dan melancarkan beberapa siri serangan.

Pasukan tuan rumah juga masih tidak mengendurkan serangan mereka, dengan Atletico beberapa kali mencuba menguji barisan pertahanan setan merah.

20 minit perlawanan berlangsung dengan kedua-dua pasukan nampak bergelut untuk masuk ke kawasan final third lawan masing-masing.

Kedua-dua pasukan masih berusaha untuk memburu gol dengan mempamerkan aksi serang menyerang namun tidak ada serangan betul-betul merbahaya berjaya dihasilkan.

30 minit perlawanan berlangsung kedua-dua pasukan masih berusaha memburu gol namun tidak ada percubaan merbahaya yang berjaya dilakukan.

Atletico Madrid jelas sekali lebih kerap melancarkan serangan berbanding Man Utd dan serangan mereka juga lebih mengancam berbanding serangan dari pasukan pelawat.

40 minit perlawanan berlangsung Atletico Madrid masih kekal mendominasi permainan namun tiada tambahan jaringan berjaya mereka hasilkan.

Manchester United nampak sangat bergelut untuk masuk ke kawasan final third Atletico dengan serangan mereka kerap terkandas di kawasan midfield.

Ketika aksi tambahan masa, Sime Vrsaljko hampir saja meletakkan Atletico dua gol dihadapan selepas bola tandukan beliau terbias terkena Lindelof dan menuju ke arah gawang gol United.

Sayangnya bola tersebut sekadar terkena palang dan berjaya dikeluarkan dari kawasan bahaya oleh barisan pertahanan setan merah.

Aksi babak pertama tamat dengan keputusan Atletico Madrid mendahului Manchester United 1-0 dan tentunya kedua-dua pasukan bakal berusaha mencari gol awal pada aksi babak kedua nanti.

Atletico memulakan aksi babak kedua dengan melancarkan beberapa siri serangan ke gawang United, namun tiada tambahan jaringan berjaya dihasilkan.

United bergelut untuk melancarkan serangan dan mereka masih gagal untuk mencipta serangan yang betul-betul merbahaya.

55 minit perlawanan berlangsung Manchester United nampak sudah semakin menguasai permainan dan kerap melancarkan serangan.

Atletico mula bermain dengan lebih aggressive namun mereka lebih kerap bertahan berbanding melancarkan serangan.

60 minit perlawanan berlangsung Atletico kembali mendominasi permainan dan beberapa kali berjaya melancarkan serangan ke gawang United.

Manchester United masih gagal mencipta sebarang on target dengan barisan pertahanan Atletico Madrid beraksi sangat cemerlang dalam perlawanan ini.

70 minit permainan berlangsung kedua-dua pasukan nampak lebih berhati-hati dengan Atletico Madrid dilihat cuba melengahkan masa.

Permainan nampak seimbang dengan United masih buntu untuk melepasi barisan pertahanan Atletico Madrid.

Pada minit ke-80 permainan, Anthony Elanga berjaya menjaringkan gol penyamaan untuk Manchester United selepas beliau menerima bola umpanan dari Bruno Fernandes.

Bruno melorongkan bola melepasi pemain pertahanan Atletico dan bola hantaran beliau tepat ke arah Elanga yang kemudiannya melepaskan rembatan padu untuk menewaskan Oblak.

Minit ke-85 percubaan dari Antonio Griezmann terkena palang gol dan Atletico hanya memenangi sepakan penjuru sahaja dari kesempatan tersebut.

Atletico Madrid nampak lebih aggressive dalam melancarkan serangan namun masih gagal untuk mencari tambahan jaringan.

Manchester United nampak lebih kerap melancarkan serangan di hujung-hujung permainan dalam usaha mereka mahu mencari gol kemenangan.

Walau bagaimanapun, kedua-dua pasukan gagal untuk mencari gol tambahan dengan perlawanan berakhir dengan keputusan seri 1-1.

Kedua-dua pasukan akan sekali lagi dipertemukan pada 16 Mac nanti di Old Trafford untuk aksi leg kedua pusingan 16 terbaik saingan Champions League.

ATLETICO MADRID (3-5-2): Oblak 6; Savic 7, Gimenez 6, Reinildo 5; Vrsaljko 5.5, Kondogbia 8, Llorente 6.5, Herrera 6.5, Lodi 7 (Lemar 76, 6); Joao Felix 7 (Griezmann 76, 6), Correa 6.5. Subs: Lecomte, Christian, De Paul, Suarez, Felipe, Hermoso, Serrano.

Penjaring: Joao Felix 7

Kad Kuning: Herrera, Lodi, Llorente, Gimenez

Pengurus: Diego Simeone 7

MAN UTD (4-2-3-1): De Gea 6; Lindelof 6.5 (Wan-Bissaka 66, 6), Varane 6, Maguire 5, Shaw 6 (Telles 67, 6); Fred 6 (Lingard 82), Pogba 5.5 (Matic 67, 6); Rashford 5 (Elanga 75, 7), Fernandes 6, Sancho 6.5; Ronaldo 5. Subs: Henderson, Heaton, Bailly, Jones, Mata, Dalot, Lingard, Mejbri.

Penjaring: Elanga 80

Kad Kuning: Shaw, Lindelof, Rashford, Fred

Pengurus: Ralf Rangnick 6.5

Sumber: SPORTbible

BACA:  Scott McTominay Kecewa Dengan 'Fitnah' Dari Keane Dan Neville