Drama Comeback Penuh Kegilaan Young Boys 2 Gol Dan 3 Kad Merah Di Masa Kecederaan

Kejohanan Europa League boleh dikatakan dipandang sebelah mata saja oleh sesetengah orang lantaran statusnya sebagai kejohanan kelas dua Eropah dan menjadi tempat pasukan buangan Champions League meneruskan kempen di Eropah.

Namun bola sepak tetap bola sepak walaupun perlawanan di liga amatur ada saja detik-detik indah dan padu lagi menarik menjadikan sukan bola sepak digilai ramai.

Itulah yang terjadi kepada pasukan Young Boys ketika bertemu CFR Cluj di mana satu kegilaan penuh drama terjadi dalam perlawanan terakhi kumpulan A di saingan Europa League.

AS Roma sudah pun mengesahkan kemaraan selaku juara kumpulan tanpa dapat digugat lagi walaupun tewas 3-1 kepada CSKA Sofia pada perlawanan terakhir.

Naib juara kumpulan masih terbuka antar Young Boys dan CFR Cluj, Youngs Boys mempunyai kelebihan kerana hanya memerlukan keputusan seri untuk mara.

Bagi CFR Cluj hanya kemenangan akan membawa mereka ke pusingan kalah mati, pusingan yang menempatkan 32 pasukan terbaik.

2 Gol Dan 3 Kad Merah Di Masa Kecederaan

Selepas 80 minit permainan keputusan masih lagi terikat 0-0 dalam perlawanan yang disifatkan oleh pengulas sebagai ‘Slow burned’ atau lambat panas kot.

Apa yang ditunggu CFR Cluj tiba pada minit ke-84, Gabriel Debeljuh menjaringkan gol pendahuluan dan disitulah bermulanya kemuncak kepada drama penuh kegilaan.

Pada minit ke-89 daripada satu tandukan ke depan gawang penjaga gol CFR Cluj keluar untuk menumbuk keluar bola untuk mencabar cubaan tandukan daripada pemain Young Boys.

Penjaga gol CFR Cluj, Cristian Balgradean telah dilayangkan kad merah oleh pengadil dan sepakan penalti telah dihadiahkan lalu menimbulkan kekecohan.

Namun ulang tayang menjelaskan segalanya apabila Cristian Balgradean gagal menumbuk bola ketika di udara dan yang ditumbuk adalah kepala pemain Young Boys, Cedric Zesiger.

Bola ke kepala?

Jean Pierre Nsame tidak berdepan masalah untuk menewaskan, Grzegorz Sandomierski yang masuk menggantikan Ciprian Ioan Deac dan meletakkan Young Boys ke pusingan seterusnya.

Jean Pierre Nsame yang menjadi wira Young Boys telah melakukan satu terjahan tidak patut menyebabkan beliau dilayangkan kad merah dan mengurangkan kelebihan Young Boys.

CFR Cluj tiada pilihan selain kemenangan dan terpaksa menyerang berhabisan dan seperti biasa serangan balas menjadi penghalang.

Ada peminat CFR Cluj berpendapat mereka dirompak kerana kelab mereka berasal dari Romania dan mengaitkan dengan insiden pengadil Romania dalam perlawan Istanbul Basaksehir vs PSG.

Mujur buat Jean Pierre Nsame apabila Gianluca Gaudino menjaringkan gol kedua hasil serangan balas pantas dan gol ini seperti mengesahkan kemaraan Young Boys.

CFR Cluj tidak berputus asa dan Damjan Djokovic mengutip kad merah selepas menunjukkan sikap tidak sopan kepada pengadil kerana sudah koyak.

Nikmatilah drama berdurasi 8 minit ini.

Drama comeback penuh kegilaan ini berakhir dengan kemaraan Young Boys untuk menyertai Manchester United di pusingan 32 terbaik.

Dua gol dan dua kad merah terhasil di masa kecederaan yang berlarutan hampir 10 minit walaupun tambahan masa sebenar 5 minit sahaja.

BACA:  Pemain Ini Mengutip Objek Di Padang Lalu Berpura-Pura Dibaling