Pemain sayap Chelsea, Callum Hudson-Odoi dilaporkan sedang mempertimbangkan untuk menukar kerakyatan beliau dari England kepada Ghana menjelang aksi Piala Dunia nanti.
Selain Hudson-Odoi, Ghana juga turut sedang mempertimbangkan untuk menukar kerakyatan bintang Brighton, Tariq Lamptey.
Menurut sumber laporan dari Goal, Hudson-Odoi dikatakan sedang mempertimbangkan pilihan beliau menjelang bermulanya kejohanan itu nanti.
Ghana are targeting Callum Hudson-Odoi and Tariq Lamptey to switch international allegiance from England https://t.co/ok4vhpfH06
— MailOnline Sport (@MailSport) April 1, 2022
Beliau mempunyai masa beberapa bulan lagi untuk memutuskan sama ada mahu kekal menunggu panggilan dari skuad England, atau mahu menukar kerakyatan kepada Ghana.
Pemain berusia 21 tahun itu sudah membuat tiga penampilan bersama skuad utama England, dengan aksi terakhirnya adalah ketika aksi kelayakan Euro 2020 bertemu Kosovo pada tahun 2019 yang lalu.
Pada Ogos tahun lalu, Hudson-Odoi telah menolak kesempatan untuk bermain bersama skuad bawah 21 England bertemu Romania dan Kosovo.
Masa depan beliau dipentas bola sepak antarabangsa sangat tidak jelas dan sehingga hari ini beliau masih belum mampu memutuskan ke marah destinasi sebenar beliau.
Mengikut peraturan FIFA, setiap pemain itu akan dibenarkan untuk menukar kerakyatan mereka seandainya mereka masih belum membuat lebih dari tiga penampilan di pentas antarabangsa sebelum berusia 21 tahun.
Jika mengikut peraturan tersebut, jelas sekali tak ada masalah untuk Hudson-Odoi menukar kerakyatan beliau dan beraksi bersama skuad kebangsaan Ghana di pentas Piala Dunia nanti.
Callum Hudson-Odoi, Tariq Lamptey & Mohamed Salisu could all represent Ghana at the Qatar World Cup 👀
The Ghanaian reconstruction is underway 🇬🇭💪 pic.twitter.com/uuP8EkEydH
— LiveScore (@livescore) March 31, 2022
Ghana berjaya mengesahkan tempat untuk beraksi di pentas Piala Dunia Qatar, selepas kejayaan mereka menewaskan Nigeria di pusingan play-off.
Selain Hudson-Odoi, Ghana turut berminat mahu memanggil bintang Brighton, Tariq Lamptey untuk sertai mereka di pentas Piala Dunia nanti.
Lamptey merupakan pemain untuk skuad bawah 21 tahun England, namun beliau masih belum pernah membuat penampilan bersama skuad utama The Three Liones.
Menjelang bermulanya kempen Piala Dunia Qatar, Ghana sepertinya sudah melakukan persiapan untuk mendaftarkan kedua-dua pemain tersebut.
Mereka kini hanya menunggu persetujuan dari kedua-dua pemain, untuk mendaftarkan mereka ke dalam skuad Piala Dunia nanti.
Ghana kali ini diundi berada dalam kumpulan yang sama dengan Uruguay, dengan mereka sepertinya bakal membalas dendam lama dengan skuad dari Amerika Selatan itu.
Ghana berpotensi membalas dendam ke atas Luis Suarez
🚨BREAKING🚨
Callum Hudson-Odoi has already made his choice to represent Ghana since this summer, Ghana could also put on Tariq Lamptey & Mohamed Salisu.
Ghanaian reconstruction is underway. 🇬🇭✨ pic.twitter.com/lI4MUK3yvj
— Eric Ndagijimana (@EricNdagije250) April 1, 2022
“The Hand of God sekarang menjadi milik saya” itulah apa yang dikatakan oleh Luis Suarez selepas kejayaan beliau menggagalkan usaha Ghana memperoleh gol di minit-minit akhir dengan menggunakan tangannya.
Kedua-dua pasukan ketika itu bertemu di peringkat suku akhir dan kerana usaha dari Suarez itu, Uruguay berjaya layak ke peringkat separuh akhir Piala Dunia 2010.
“Saya lakukan aksi penyelamatan terbaik kejohanan.”
Ghana vs Uruguay. One of the most infamous games in World Cup history will be reloaded in 2022. They say patience is a virtue and the Black Stars have waited 12 years for justice. Luis Suarez’s deliberate handball broke hearts across the world in 2010, but now Ghana want revenge. pic.twitter.com/ysr1etRcwU
— VERSUS (@vsrsus) April 1, 2022
Jelas Suarez lagi.
“Kadang kala ketika sesi latihan, saya bermain sebagai penjaga gol, jadi ia berbaloi.”
Ketika peringkat suku akhir saingan Piala Dunia 2010, Suarez berjaya menggagalkan usaha Ghana untuk menjadi pasukan Afrika pertama yang layak ke peringkat separuh akhir.
Kejohanan pada ketika itu dilangsungkan di Afrika Selatan dan Ghana merupakan satu-satunya pasukan dari benua Afrika yang berjaya layak ke peringkat kalah mati.
Mereka menyingkirkan Korea Selatan di pusingan 16 terbaik, seterusnya bertemu Uruguay di peringkat suku akhir dan berkesempatan untuk mencipta sejarah baru.
Jelas sekali seluruh Afrika memberi sokongan penuh kepada Ghana dan mahu melihat mereka mara lebih jauh di kejohanan tersebut.
Perlawanan tersebut berkesudahan dengan keputusan 1-1 pada penghujung aksi tambahan masa, dengan gol sepakan percuma Diego Forlan berjaya memadam gol pendahuluan yang dijaringkan oleh Sulley Muntari.
Pengaruh bola Jabulani yang terlalu ringan memainkan peranan penting dalam terhasilnya kedua-dua gol dalam perlawanan tersebut.
Le moment le plus incroyable de cette coupe du monde !
Le Ghana est à deux doigt de marquer à la 120 ème mais Luis Suarez met sa fin pour enlever le but.
Carton rouge, penalty et Gyan le Rate…
Le Ghana finit éliminé aux TAB juste derrière…
pic.twitter.com/lRl7MiKutJ— Marciano Mikael (@mikael_marciano) March 25, 2022
Ada satu detik yang mana gawang gol Uruguay sudah terbuka luas dan Ghana berkesempatan untuk meledak gol kemenangan.
Percubaan pertama Ghana berjaya diselamatkan oleh Luis Suarez dengan menggunakan lututnya dengan bola kembali berada dalam kawasan bahaya dan menyebabkan bintang Atletico itu terpaksa melakukan satu lagi aksi penyelamatan.
Jika yang pertama beliau selamatkan keadaan dengan menggunakan lutut, yang kedua pula beliau menyelamatkan keadaan dengan cara yang sungguh luar biasa menakjubkan.
Dengan tak ada cara lain yang boleh dilakukan, Suarez memilih untuk menyelamatkan keadaan dengan menggunakan tangan seolah-olah beliau beraksi sebagai penjaga gol.
“Ia adalah naluri. Mana-mana pemain akan lakukan hal yang sama, bukan hanya saya.”
Jelas Suarez selepas insiden tersebut.
Mungkin ada yang beranggapan tindakan Suarez itu tidak salah dan beliau hanya mahu menyelamatkan gawang golnya sahaja.
Namun untuk penyokong Ghana, tindakan Suarez itu merupakan satu hal yang keji dan tak boleh diterima oleh mereka.
Ditambah dengan cara beliau meraikan kegagalan pemain Ghana menyempurnakan sepakan penalti di tepi padang, ia sudah cukup untuk membuatkan seluruh Afrika benci padanya.
Tapi sejujurnya beliau tak sepatutnya untuk dibenci atas kesalahan itu kerana setiap pasukan sebenarnya sudah tentu mahukan pemain seperti Suarez ada dalam skuad mereka.
Seorang pemain yang sanggup menerima layangan kad merah, digantung perlawanan hanya untuk memastikan pasukannya layak ke peringkat seterusnya.
“Ada orang anggap saya tak ada semangat kesukanan.”
Suarez and Ghana meet again at the 2022 World Cup 😬#WorldCupDraw pic.twitter.com/K5XWuMXrps
— Wyngback Soccer (@wyngback) April 1, 2022
Tambah Suarez.
“Tapi saya rasa lebih teruk kalau pemain itu cedera kerana dia dihentikan dengan kekasaran yang keras ketika dia sudah hampir untuk menjaringkan gol.”
Suarez ketika itu dibuang padang, sementara Ghana berkesempatan untuk mencatatkan kemenangan dengan Asamoah Gyan tampil untuk menyempurnakan sepakan penalti.
Malang untuk Ghana, sepakan beliau terkena palang dan memusnahkan harapan negaranya untuk memperoleh gol kemenangan di minit-minit akhir perlawanan tersebut.
Penyokong masih berdendam dengannya sehingga ke hari ini kerana geram melihat beliau meraikan kegagalan Asamoah Gyan di tepi padang.
Uruguay berjaya menewaskan Ghana menerusi penentuan sepakan penalti dan jelas sekali segala usaha serta pengorbanan Luis Suarez membuahkan hasil.
Terbaru, selepas undian peringkat kumpulan saingan Piala Dunia Qatar dilakukan, Ghana akhirnya berkesempatan untuk membalas dendam mereka yang sudah bertahan selama 12 tahun.
Asamoah gyan 😂😂😂and Suarez we go again😂😂😂 Ama Ghana historical moment pic.twitter.com/HCLO9VDqyS
— Daavi Gob3 is underrated (@SlishMan211) April 1, 2022
Kedua-dua pasukan diundi berada dalam kumpulan H bersama Portugal dan Korea Selatan, dan kedua-dua mereka akan bertemu dalam aksi perlawanan terakhir peringkat kumpulan pada 2 Disember nanti.
Sangat cerah potensi untuk melihat pemenang dalam perlawanan itu akan mara ke peringkat kalah mati, sementara yang kalah bakal pulang ke negara mereka semula.