Dua Minggu Lalu, Penyokong Leeds Anggap James Terlalu Sampah Untuk Beraksi Bersama Mereka

Leeds United secara rasminya telah menandatangani Dan James dari Manchester United pada hari terakhir jendela perpindahan musim panas ini.

Berita tersebut menyebabkan para penyokong Leeds terpaksa menjilat semula ludah mereka, kerana 17 hari yang lalu mereka teruk menghina bintang Wales itu.

Pihak kelab telah mengesahkan yang mereka telah menandatangani pemain muda Manchester United, dengan yuran perpindahan bernilai £28 juta.

Ia secara tidak langsung mengakhiri karier dua tahun James bersama United dengan beliau sebenarnya sering beraksi cemerlang ketika beraksi bertemu Leeds sebelum ini.

United melayan kunjungan Leeds United ke bumi Old Trafford pada 14 Ogos lalu, untuk aksi perlawanan pembukaan saingan Premier League musim ini.

Ketika perlawanan sedang berlangsung, para penyokong Leeds seronok berchanting menghina Dan James yang bermain dengan sangat baik pada ketika itu.

Skuad kendalian Marcelo Bielsa pada ketika itu dibelasah 5-1 dengan para penyokong mereka tidak henti-henti chanting menganjing James dengan menyatakan:

“Kamu terlalu sampah, kamu terlalu sampah, kamu terlalu sampah untuk bermain bersama Leeds.”

James sebenarnya sebelum ini pernah dikaitkan dengan Leeds United, dek kerana Marcelo Bielsa sangat berminat dengan corak permainan beliau.

Beliau bahkan pernah bergambar sambil memegang jersi Leeds United sebelum ini, namun urusan perpindahan tersebut tidak berlaku.

Beliau ketika itu mahu menyertai Leeds pada tahun 2019, sebelum kelab memutuskan untuk tidak menjual pemain sayap mereka itu.

“Walaupun dari sudut pandangan peminat jelas terlihat seperti kacau-bilau, saya rasa kami hanyalah mangsa politik pimpinan Swansea,”

Jelas wakil kelab pada ketika itu, Angus Kinnear.

“Ia sangat malang kerana kami gagal untuk melengkapkan perpindahan Daniel pada saat akhir dan saya rasa ia merupakan perjanjian yang baik untuk dia dan keluarga dia, tapi ia juga perlu dilihat pada prespektif pandangan bola sepak.”

James sebaliknya menyertai United pada musim panas 2019, dan beliau sepertinya sukar untuk mendapat tempat dalam kesebelasan setan merah selepas ini.

Beliau memulakan kariernya dalam saingan Premier League dengan sangat baik, selepas berjaya menjaringkan gol dalam kesemua tiga perlawanan pertamanya.

Ketibaan Jadon Sancho dan Cristiano Ronaldo pada musim panas ini bakal membataskan aksi James dan beliau berkemungkinan sukar untuk mendapat minit permainan yang mencukupi.

Perlawanan terakhir James bersama setan merah adalah ketika aksi kemenangan 1-0 mereka menewaskan Wolverhampton Wanderers hujung minggu lalu.

Victor Orta, Football Director Leeds telah menyatakan bahawa:

“Saya perlu ucapkan terima kasih kepada skuad utama saya. Unit saya sudah memantau James sejak beberapa tahun sebelum ini dan setiap anggota unit saya berusaha keras untuk pastikan rundingan kali ini berjaya.”

“Tiada rahsia lagi yang James sememangnya pemain yang kita mahu sejak beberapa tahun lalu dan hari ini akhirnya kita berjaya dapatkan dia.”

“Sebagai pemain, kita rasa James sangat bagus dan sempurna untuk taktikal Marcelo Bielsa, dia pantas, sentiasa berlari dan bekerja keras, kita tak sabar untuk bekerjasama dengan dia dalam skuad. Akhirnya!”

Jadi para penyokong Leeds yang sebelum ini menganggap James sampah dan tak layak untuk bermain bersama mereka tentunya malu dengan kata-kata mereka sebelum ini.

James jelas sekali sesuai dengan taktikal Bielsa dan tidak hairanlah andai beliau bakal menjadi salah seorang pemain terpenting kelab, dan bakal menjadi antara pemain kesayangan peminat.

Maka benarlah perumpaan, benci lama-lama sayang, dua minggu lepas sampah, sekarang jadi kebanggaan.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Dan James Dilayangkan Kad Merah Kerana Hampir Mematahkan Kaki Kovacic