Dan James Dilayangkan Kad Merah Kerana Hampir Mematahkan Kaki Kovacic

Pemain sayap Leeds United, Dan James telah dilayangkan kad merah selepas beliau melakukan terjahan ngeri ke atas Mateo Kovacic.

Bekas bintang Manchester United itu melakukan kekasaran yang sungguh mengerikan dan tindakan beliau itu mengundang kecaman dari para peminat.

Insiden tersebut telah berlaku ketika aksi pertemuan antara Chelsea bertemu Leeds United di Elland Road dalam saingan Premier League awal pagi tadi.

Chelsea berjaya mencatatkan kemenangan 3-0 dalam perlawanan tersebut dan ketika mereka mendahului 1-0 hasil jaringan Mason Mount, telah berlaku satu insiden panas yang melibatkan Dan James.

Bekas bintang Man Utd itu telah melakukan terjahan yang sangat keras dan mengerikan ke atas Kovacic.

Walaupun beliau berjaya memenangi bola terlebih dahulu, namun harus diakui yang terjahan dari Dan James itu sangat keras dan boleh mematahkan kaki Kovacic.

Para peminat di media sosial jelas sekali tidak gembira melihat insiden tersebut dan menganggap James sebenarnya melakukan tindakan kurang bijak dengan melakukan kekasaran seperti itu.

“Dia boleh patahkan kaki Kovacic dan dia tak sepatutnya melakukan hal itu, kad merah sahaja tidak cukup untuk menghukum dia.”

“Kekasaran itu sangat bahaya, dia tak sepatutnya lakukan terjahan seperti itu, cara dia salah dan membahayakan pemain lawan.”

“Dia tahu Leeds perlu menang dan dia tahu Leeds tak boleh hilang pemain, tapi kenapa dia boleh terfikir untuk melakukan terjahan seperti itu?”

“Keji dan menjijikkan. Dia boleh menyebabkan Kovacic bersara awal, tindakan kurang bijak.”

Pengadil perlawanan, Anthony Taylor dengan segera mengeluarkan kad merah dan melayangkannya kepada Dan James.

Hal itu jelas sekali membuatkan pengurus Leeds, Jesse Marsch dan para penyokong Leeds United tak gembira melihat Dan James dibuang padang.

Mereka mungkin merasakan Dan James sudah memenangi bola terlebih dahulu maka kad merah itu tak sepatutnya dilayangkan.

Namun melihat kepada insiden tersebut, jelas sekali keputusan Anthony Taylor tepat dan James selayaknya dilayangkan kad merah.

Kovacic kemudiannya terpaksa dikeluarkan dan digantikan oleh Ruben Loftus-cheek kerana beliau bergelut menahan kesakitan.

Ketika beliau berjalan keluar padang, para penyokong Leeds United tak henti-henti mencemuh beliau dan hal itu jelas sekali tidak disenangi oleh bekas bintang Real Madrid itu.

Ia jelas satu lagi bukti yang menunjukkan Leeds United sengaja merosakkan skuad sendiri selepas mereka menerima kad merah kedua dalam tempoh beberapa hari ini sahaja yang menyebabkan mereka kehilangan tiga mata.

Luke Ayling telah dilayangkan kad merah ketika aksi bertemu Arsenal dengan mereka mencatatkan kekalahan 2-1 di Emirates pada ketika itu.

Untuk menambah kedukaan skuad Leeds United lagi, mereka turut kehilangan Jack Harrison yang terpaksa dikeluarkan kerana dibelenggu masalah kecederaan.

Dua kekalahan itu menyebabkan Leeds United kini berada di zon penyingkiran dan mereka perlu mencatat kemenangan dalam baki perlawanan yang ada untuk kekal dalam saingan Premier League.

Leeds United pada ketika ini sedang mengumpul 34 mata dengan mereka selepas ini akan turun berdepan Brighton seterusnya mengakhiri musim ini dengan melayan kunjungan Brentford pada hari terakhir saingan liga musim ini.

Burnley pada ketika ini turut mengumpul 34 mata dan mereka berada satu kedudukan di atas Leeds United.

Walau bagaimanapun, Burnley masih memiliki kelebihan satu perlawanan yang belum dimainkan dan mereka sepertinya lebih berpotensi untuk kekal dalam saingan Premier League berbanding Leeds United.

Sumber: SPORTbible

BACA:  EPL: Mudryk Akhirnya Jaring Gol Pertama Untuk Chelsea Selepas 24 Perlawanan