Egy Maulana vs Chanatip Songkrasin, Siapa Bakal Bergelar Messi Asia Tenggara?

Media Indonesia sebelum ini telah menyenaraikan 7 orang pemain dari Asia Tenggara yang beraksi di Piala AFF Suzuki 2020 sebagai Lionel Messi lantaran kelincahan mereka di padang.

Kita seringkali mendengar pemain bola sepak yang bertubuh kecil, lincah dan licik dilabelkan sebagai jelmaan Lionel Messi mengikut negara kelahiran atau kelab beliau bermain.

Maka lahirlah jolokan seperti Messi Mesir, Messi Nigeria, Messi Argentina, Messi Kedah, Messi Kelantan, Messi Kokdiang dan juga Messi Cherok Tok Kun.

Di Malaysia jolokan Messi ini sinonim dengan Faiz Nasir yang pernah bergelar Messi Kelantan kemudian Messi Terengganu. Adakah Faiz pernah digelar Messi Selangor dan kini kembali bersama Terengganu.

Namun lain dipandangan media Indonesia apabila telah melabel Safawi Rashid sebagai Messi Malaysia bersama 6 pemain lain.

1. Egy Maulana Vikri (Messi Indonesia)
2. Chanathip Songkrasin (Messi Thailand)
3. Adam Swandi (Messi Singapura)
4. Paulo Gali (Messi Timor Leste)
5. Nguyen Quang Hai (Messi Vietnam)
6. Safawi Rasid (Messi Malaysia)
7. Soukaphone Vongchiengkham (Messi Laos)

Tiga Messi iaitu Messi Malaysia, Messi Timor Leste dan Messi Laos kecundang diperingkat kumpulan manakala Messi Vietnam dan Messi Singapura pula tersingkir di separuh akhir.

Yang berbaki kini hanya Messi Indonesia, Egy Maulana Vikri dan Messi Thailand, Chanathip Songkrasin yang akan berentap untuk membuktikan siapa bakal bergelar Messi Asia Tenggara.

Egy Malaulana Vikri dan Chanatip Songkrasin merupakan insan yang bertanggujawab membawa pasukan masing-masing mara ke perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2020.

Dua gol Chanathip Songkrasin pada separuh akhir pertama sudah cukup untuk membawa Thailand ke final apabila sekadar seri dalam separuh akhir kedua.

Manakala dua gol Indonesia di masa tambahan ketika terikat 2-2 berpunca dari rembatan Egy Maulana sehingga gol sendiri terhasil dan gol kedua dicetak atas nama Egy Maulana.

Kedua-dua Messi ini telah mencipta reputasi yang gah bersama kelab. Chanatip menjadi tonggak utama pasukan Hokkaido Consadole Sapporo di J-League.

Egy Malaulana Vikri pula sedang mencari tapak di Eropah, kini beraksi di kelab Slovakia, Senica.

1. Egy Maulana Vikri (Indonesia)

Pemain berusia 21 tahun ini dikenali sebagai Messi Indonesia. Pemain dari Medan itu secara rasmi dimasukkan dalam skuad pasukan kebangsaan Indonesia untuk Piala AFF 2020.

Bagaimanapun, Egy belum dapat beraksi di Piala AFF 2020 kerana masih perlu mempertahankan kelabnya FK Senica di Slovakia.

Karier bola sepak Egy Maulana agak unik kerana kariernya berkembang bersama pasukan Indonie bawah 16, 19 dan 23 tahun sebelum mendapat kontrak profesional bersama kelab.

Pada september 2017, Egy Maulana telah muncul penjaring terbanyak AFF U-19 Youth Championship dengan menjaringkan 8 gol.

Di usia 17 tahun dipenghujung tahun 2017, banyak kelab berlumba-lumba mahu memberikan Egy Maulan kontrak profesional termasuklah dari kelab liga Thailand.

Namun Eropah menjadi pilihan Egy Maulana apabila menjalani percubaan bersama Benfica, Sporting CP, Getafe CF, Espanyol, Legia Warsaw, Saint-Étienne, Ajax Amsterdam, beberapa kelab Itali dan juga Jerman.

Pada Mac 2018, Egy Maulana menyertai Lechia Gdanks dengan kontrak selama 3 tahun dan menyertai pasukan ini pada hari jadinya yang ke-18.

Apa yang menarik adalah Egy Maulana memilih Lechia Gdanks kerana kelab itu menawarkan kontrak yang agak panjang kepadanya tanpa sebarang percubaan walaupun Egy tidak mempunyai langsung pengalaman bersama kelab profesional.

Selepas kontraknya tamat bersama Lechia Gdanks, Egy Maulana menyertai kelab Slovakia, Senica dengan kontrak selama 6 bulan dengan pilihan kontrak tetap selama setahung setengah.

Kerana itulah Egy Maulana masih tidak beraksi bersama Indonesia di Piala AFF Suzuki kerana mahu menjamin kariernya di Eropah terus bersinar.

Namun krisis kewangan kelab Slovakia itu mungkin menamatkan jodoh mereka. Egy Maulana berpeluang beraksi jika Indonesia mara ke separuh akhir.

Pada 7 Julai 2021 yang lalu, usia Egy Maulana baru menginjak 21 tahun. Prospek masa depan Indonesia.

2. Chanathip Songkrasin (Thailand)

Pemain ini digelar Messi Jay. Pemain bertubuh kecil itu adalah salah seorang daripada segelintir pemain Thailand yang bermain di luar negara selepas menyertai Consadole Sapporo Jepun pada 2017.

Pada tahun 2017, Chanathip Songkrasin telah menyertai pasukan yang baru naik ke J League, Hokkaido Consadole Sapporo secara pinjaman selama setahun setengah kerana kecemerlangannya di Piala AFF dan juga di AFC Champions League bersama Muangthong United.

Pada Julai 2018, Chanathip Songkrasin telah ditawarkan kontrak tetap dan menjadikannya pemain tetap Hokkaido Consadole Sapporo bermula 1 Februari 2019.

Sejak itu Chanathip Songkrasin tidak menoleh ke belakang lagi untuk membina reputasi yang gah di Jepun yang merupakan antara liga terbaik di Asia dan menjadi pemain utama pasukan bukan simpanan tau.

Rakan sepasukannya telah memilih Chanathip Songkrasin sebagai pemain paling bernilai musim selepas membantu Hokkaido Consadole Sapporo menamatkan J.League di tangga ke-4 yang terbaik dalam sejarah kelab.

Chanathip Songkrasin juga telah dipilih sebagai salah seorang J.League team of the season 2018 dan menjadi manusia pertama dari Asia Tenggara melakukannya.

Selepas berjaya membimbing Thailand menjadi juara Piala AFF dua kali, Chanathip tidak dinafikan antara bintang bola sepak Asia Tenggara paling berjaya dan terbukti hebat.

BACA:  Piala AFF 2020: Senarai 28 Pemain Skuad Harimau Malaya