England Coming Home, Perancis Dua Langkah Untuk Pertahankan Gelaran

England coming home selepas ditunjukkan jalan keluar oleh Perancis dalam perlawanan penuh kesedapan dan kepoweran disamping beberapa keputusan pengadil yang boleh dipertikaikan.

Perlawanan suku akhir Piala Dunia 2022 paling dinantikan ramai menemukan pasukan paling popular di muka bumi, England menentang juara bertahan, Perancis.

Pada minit ke-17 akhirnya Perancis berjaya mencari gol pendahuluan melalui rembatan kencang dari luar kotak penalti yang tak terjangkau oleh Jordan Picford.

Antoine Griezmann telah mendaftarkan namanya selaku pencipta bantuan gol.

Agak meragukan jaringan itu kerana Dayot Upamecano telah mengasari Bukayo Saka dan berpunca dari gerakan rampasan bola itulah Perancis berjaya menghasilkan gol.

England terus menggandakan usaha untuk menyamakan kembali defisit, percubaan Harry Kane yang berjaya lolos berjaya dihadang Hugo Lloris.

Beberapa keputusan pengadil terus dipersoalkan apabila Harry Kane telah dikasari dengan terjahan dari belakang tidak diberikan pembelaan secukupnya.

Perancis juga mencari peluang untuk mendahului dengan selesa tetapi England kental menafikan dan Kylian Mbappe diikat ketat.

England terus menggandakan usaha dan menguasai perlawanan bagi mencari gol penyamaan namun tidak kunjung tiba sehingga tamat separuh masa pertama.

Bersambung untuk baki 45 minit kedua, England terus mengasak Perancis demi gol penyamaan yang didambakan.

Kurang 10 minit permainan babak kedua bersambung, Harry Kane telah menyamakan kembali kedudukan dengan satu sepakan penalti yang bapak deras menewaskan Hugo Lloris.

Penjaring gol pembukaan perlawanan, Aurelien Tchouameni dengan jelas telah mengasari Bukayo Saka dalam kotak penalti.

Olivier Giroud kembali meletakkan Perancis dihadapan dengan kepala keramatnya dengan satu sundulan yang telah terkena bahu Harry Maguire.

Theo Hernandez jelas telah menolak Mason Mount ketika tiada bola yang hadir antara mereka, pengadil tidak mempedulikan insiden itu.

VAR hari memberikan keadilan dengan penelitian yang mendalam lalu satu lagi penalti diberikan kepada England dan kad kuning untuk Theo Hernandez.

Harry Kane melepaskan peluang terbaik lagi keemasan untuk menyamakan kedudukan selepas melakukan satu rembatan terus ke planet yang tidak dikenali.

Linangan air mata mula mengalir di pipi segelintir penyokong England ketika kamera menalakan lensa ke muka mereka.

England diberikan talian hayat dengan tambahan masa kecederaan selama 8 minit.

Peluang terakhir buat England hadir apabila mendapat sepakan percuma, sepakan Marcus Rashford betul-betul lalu di atas jaring.

Perjalanan England di Piala Dunia 2022 berakhir di suku akhir walaupun jelas lebih baik dari Perancis namun tidak baik dari segi jaringan.

Kesebelasan Utama England vs Perancis

Kesebelasan Utama England: Pickford, Walker, Stones, Maguire, Shaw, Henderson, Rice, Bellingham, Saka, Kane, Foden.

Pemain Simpanan: Grealish, Sterling, Rashford, Trippier, Pope, Phillips, Dier, Coady, Alexander-Arnold, Mount, Ramsdale, Wilson, Maddison, Gallagher.

Kesebelasan Utama Perancis: Lloris, Kounde, Varane, Upamecano, Theo Hernandez, Tchouameni, Rabiot, Dembele, Griezmann, Mbappe, Giroud.

Pemain Simpanan: Pavard, Disasi, Guendouzi, Muani, Fofana, Veretout, Mandanda, Saliba, Coman, Areola, Konate, Camavinga, Thuram.

Referee: Wilton Sampaio (Brazil).

Perjalanan England ke Suku Akhir:

England berada dalam kumpulan B bersama naib juara Piala Dunia, Iran, USA dan Wales. England menepati ramalan dan tiada masalah untuk mara ke pusingan 16.

1. England 6-2 Iran
2. England 0-0 USA
3. Wales 0-3 England

England mendapat laluan mudah di pusingan 16 untuk ke suku akhir apabila sekadar bertemu Senegal yang enak diratah begitu saja.

Pusingan 16: England 3-0 Senegal
Suku Akhir: England vs Perancis

Perjalanan Perancis ke Suku Akhir:

Perancis telah diundi berada dalam kumpulan D yang turut dihuni oleh Australia, Denmark dan Tunisia dan mara selaku juara kumpulan walaupun dikejutkan Tunisia pada perlawanan terakhir kumpulan.

1. Perancis 4-1 Australia
2. Perancis 2-1 Denmark
3. Tuniasia 1-0 Perancis

Perancis juga mendapat laluan mudah apabila bertemu Poland yang hampir tidak melawan sepanjang perlawanan untuk mara ke suku akhir.
Pusingan 16: Perancis 3-1 Poland
Suku Akhir: England vs Perancis

BACA:  Mark Clattenburg Beri Amaran Pengadil Eropah Sertai Liga Arab Saudi Akan Dihalang Ke Piala Dunia