England Didenda UEFA di Atas Kesalahan Lampu Pen Laser Ketika Perlawanan Menentang Denmark

UEFA telah membuka siasatan salahlaku disiplin ke atas England di atas kejadian yang berlaku ketika perlawanan antara pasukan Tiga Singa tersebut menentang Denmark pada peringkat separuh akhir tempoh hari.

Dalam perlawanan tersebut, England menempah tiket ke perlawanan akhir Euro 2020 selepas berjaya menewaskan pasukan Scadinavia tersebut dua jaringan berbalas satu. England bagaimanapun terlebih dahulu ketinggalan menerusi gol padu sepakan percuma daripada Mikkel Damsgaard, sebelum disamakan kedudukan daripada gol sendiri Simon Kjaer sembilan minit kemudian.

Harry Kane muncul wira pasukan apabila menjaringkan gol kedua England pada masa tambahan, sekaligus membawa pasukan ini ke pentas final kejohanan utama dunia buat kali pertama dalam tempoh 55 tahun, selepas kali terakhir mereka melakukannya pada tahun 1966.

Kemenangan ini sekaligus membawa kepada sambutan meriah di seluruh negara baginda ratu tersebut, namun ketika para penyokong bergembira di jalanan, FA England pula sedikit berpeluh kerana mereka berkemungkinan besar akan dihukum oleh unit disiplin badan bola sepak UEFA.

Pada pagi Khamis (waktu United Kingdom), UEFA telah mengeluarkan satu kenyataan bahawa mereka akan menyiasat sama ada berlaku salah laku penonton ketika perlawanan berlangsung di Stadium Wembley.

Menurut Mirror. kenyataan media UEFA adalah seperti berikut;

“Kertas siasatan disiplin telah dibuka berkenaan perlawanan separuh akhir UEFA EURO 2020 antara England dan Denmark (2-1) dimainkan pada 7Julai di Stadium Wembley, London.

“Dakwaan terhadap England :

– Penggunaan lampu laser oleh penyokong mereka – Artikel 16(2)(d) daripada Peraturan Tatatertib UEFA

– Gangguan daripada penyokong England ketika lagu kebangsaaan dimainkan – Artikel 16(2)(g) daripada Peraturan Tatatertib UEFA

– Penyalaan bunga api oleh penyokong – Artikel 16(2)(c) daripada Peraturan Tatatertib UEFA

“Kes ini akan disiasat oleh Badan Kawalan, Etika dan Tatatertib UEFA(CEDB) dengan kadar segera.”

Bahaya ke Lampu Pen Laser ni?

Tidak dapat dipastikan lagi sama ada England akan dihukum atau tidak di atas kesalahan lampur pen laser ini, tetapi mereka yang terlibat dalam penganjuran Euro 2020 ini ternyata tidak gembira dengan tindakan sebilangan penyokong ini.

Dalam satu video yang tersebar di laman sosial, penjaga gol Denmark, Kasper Schmeichel disuluh dengan lampu pen laser beberapa saat sebelum Harry Kane mengambil tendangan penalti yang memisahkan kedudukan kedua-dua pasukan.

Sinaran lampu pen laser tersebut tidak mengganggu Schmeichel daripada menyelamatkan sepakan penalti yang lemah tersebu, walaupun Kane berjaya menjaringkan gol dari bola muntah, tetapi pancaran lampu pen laser sebenarnya berpotensi untuk menyebabkan gangguan kesihatan.

Pada tahun 2013, Goal telah melaporkan bahawa Dr. Robert Josephburg, pakar mata dan retina di Pusat Perubatan Westchester, telah memberikan amaran kepada kongress Amerika Syarikat tentang bahayanya sinaran laser ini.

Josephburg menerangkan bahawa dalam keadaan tertentu;

“Boleh terjadinya kesan yang besar dan risiko yang tinggi pancaran ini boleh merosakkan pandangan seseorang itu secara sementara atau selama-lamanya.”

Tidak dapat dipastikan berapa lama tempoh masa yang akan diambil oleh UEFA untuk membuat keputusan tentang insiden yang berlaku dalam perlawanan tersebut.

Ini adalah bukan kali pertama penggunaan laser dikesan dalam perlawanan tersebut dan UEFA difahamkan menyedari bahawa ramai pemain Denmark menjadi sasaran para penyokong di stadium, terutamanya sebelum bermulanya 30 minit masa tambahan.

UEFA kini sedang menunggu laporan perlawanan daripada Makkelie sebelum mengambil sebarang tindakan, jika ada.

Pen laser ni nampak je kecil. Tapi bahaya sebenarnya.

Badan bola sepak Eropah tersebut sebelum ini telah menghukum beberapa kelab di mana penyokong mereka telah mensasarkan para pemain dengan laser. Lyon didenda £2,520 pada tahun 2008 selepas Cristiano Ronaldo menjadi buta seketika dalam perlawanan Liga Juara-Juara antara Manchester United dan Lyon.

Pada tahun 2011 pula, bekas pengurus England Fabio Capello meminta penyokong di Stadium Millennium di Cardif didenda, selepas pemainnya diganggu dengan laser ketika mereka menewaskan Wales 2-0.

Laser adalah satu alat yang diharamkan dalam Euro 2020 dan sebarang penggunaan benda ni boleh menyebabkan pasukan atau pengajur didenda. Tapi kalau denda England pun, tak ada masalah rasanya.

England kan kaya. Lagipun England ini kan anak emas UEFA.

Kau tahulah, kan layanan anak emas ni macam mana.

Sumber : GMS

BACA:  Nations League: Hungary 1-0 England