Italy turun ke Euro 2016 dengan pasukan yang di katakan paling teruk dalam sejarah bolasepak Italy. Pada perlawanan pembukaan, Italy telah mengejutkan pasukan Genrasi Emas Belgium yang merupakan pasukan nombor 2 dunia dengan permainan bertahan yang menarik dan penuh berdisiplin.
Sweden bakal turun untuk perlawanan kedua setelah seri pada perlawanan pertama. Untuk rekod Sweden tidak mempunyai rekod yang baik di kejohanan Euro ini. Mereka sekali lagi turun menentang Italy dengan bersandarkan kepada ayam tambatan mereka, Zlatan Ibrahimovic.
Saksikan : Euro 2016 : Italy vs Sweden (Live Streaming)
Euro 2016 : Fakta Italy vs Sweden
1. Dalam 4 perlawanan terakhir Italy tidak pernah tewas kepada Sweden dengan rekod 3 Menang dan satu seri. Kemenangan terkahir Sweden keatas Italy pada June 1998 dalam perlawanan persahabatan (1-0).
2. Edisi Euro 2016 merupakan pertemuan ketiga Italy dan Sweden dalam kejohanan Eropah ini. The Azzurri menang 2-1 pada Euro 2000 dan seri 1-1 pada Euro 20014.
3. The Azzurri mengharungi 11 perlawanan tanpa tewas di bawah kendalian Antonio Conte (W8 D3). Kekalahan terakhir Italy pada June 2014 di saingan Piala Dunia menentang Uruguay.
4. Antonio Candreva telah terlibat secara langsung untuk 3 jaringan Italy dalam 2 penampilan terakhir beiau bersama Italy dengan satu gol dan dua bantuan gol.
5. Sejak 1984, Sweden tidak pernah menjaringkan lebih dari satu gol dalam 8 pertemuan terakhir mereka.
6. Untuk rekod Sweden hanya menang 3 kali sahaja dalam 15 perlawanan di Kejohanan Euro serta 5 seri dan 7 tewas.
7. Pada perlawanan pertama Euro 2016 Sweden menjaringkan satu gol walaupun tidak melakukan walau satu pun percubaan tepat.
8. Zlatan Ibrahimovic merupakan pemain Sweden terakhir yang menjaringkan gol ketika menentang Italy. Jaringan itu dilakukan ketika mereka seri 1-1 pada June 20014 di Euro 2004.