EURO 2020: Denmark 0-1 Finland

Ini merupakan penampilan kelapan Denmark di Euro dan pernah menjadi juara Euro pada tahun 1994 apabila hadir sebagai bidan terjun menggantikan Yugoslavia.

Selepas membuat satu penantian yang sangat lama dan percubaan demi percubaan dilakukan, akhirnya Finland berjaya menyertai kejohanan utama bola sepak dunia buat pertama kali.

Markku Kanerva pengurus yang dilantik pada 2016 merupakan individu yang bertanggungjawab membawa Finland merasai pentas Euro buat pertama kali dalam sejarah bola sepak mereka.

Sebelum itu, Markku Kanerva telah menjadi pembantu pengurus pasukan Finland selama lima tahun, sebelum itu Markku Kanerva hanya menguruskan pasukan Finland U21 dan FC Viikingit.

Perlawanan menentang Denmark bukanlah perlawanan mudah buat Finland apabila terus diasak usai pengadil meniup wisel permulaan lagi.

Walaupun tanpa pengalaman di pentas besar, Finland mampu bertahan dengan baik dan empat percubaan tepat dari Denmark berjaya diselamatkan penjaga gol Finland, Lukas Hradecky.

Namun sesuatu yang tidak diingini terjadi apabila Christian Eriksen rebah tidak sedarkan diri.

Insiden tersebut berlaku pada penghujung babak pertama perlawanan, apabila pemain berusia 29 tahun itu menyambut bola lontaran ke dalam rakan sepasukan.

Eriksen kemudian dengan tidak semena-mena rebah dan tidak sedarkan diri sebelum menimbulkan panik pemain-pemain lain di dalam padang yang memanggil bantuan kecemasan.

Sepanjang rawatan dilakukan, pemain-pemain Denmark mengelilingi pemain itu.

selepas Christian Eriksen rebah tidak sedarkan diri, perlawanan telah ditangguhkan sehingga persetujuan dicapai, penangguhan itu dianggap sebagai rehat separuh masa pertama.

Apabila permainan kembali disambung baki empat minit dimainkan dan hanya lima minit rehat separuh masa pertama sebelum permainan terus memasuki separuh masa kedua.

Pada minit ke-60 Finland mencipta kejutan apabila berada dihadapan.

Hantaran silang Jere Uronen telah ditanduk masuk Joel Pohjanpalo dengan satu sundulan terbang yang menghasilkan hantukan deras kepada bola.

Kasper Schmeichel hanya mampu menepis namun bola yang tajam tetap masuk ke dalam.

Pemain Finland, Paulus Arajuuri menghadiahkan sepakan penalti untuk Denmark selepas menjatuhkan Yussuf Poulsen.

Pierre-Emile Hoejbjerg gagal menyempurnakan sepakan penalti apabila membuat satu sepakan yang sangat lemah dan mudah diselamatkan oleh Lukas Hradecky.

Denmark menguasai perlawanan dengan enam percubaan tepat namun gagal menghadirkan sebarang gol malah penalti pula gagal dijaringkan.

Finland mencipta sejarah sensasi menewaskan Denmark dengan jaringan tunggal Joel Pohjanpalo yang merupakan satu-satunya percubaan tepat Finland dalam perlawanan ini.

Kemenangan Finland ini telah diselubungi dengan peristiwa ngeri Christian Eriksen yang rebah dan tidak sedarkan diri secara tiba-tiba.

Kini Eriksen telah dilaporkan sudah stabil.

Denmark: Schmeichel, Kjaer, Maehle, Christensen, Delaney, Braithwaite, Eriksen, Wass, Wind, Poulsen, Hojbjerg

Subs: Lossl, Rannow, Andersen, Vestegaard, Skov Olsen, Dolberg, Damsgaard, Norgaard, Stryger, Cornelius, Jensen, Boilesen

Finland: Hradecky, Arajuuri, O’Shaughnessy, Toivio, Kamara, Lod, Pukki, Sparv, Uronen, Pohjanpalo, Raitala

Subs: Joronen, Jaakkola, Vaisanen, Taylor, Jensen, Schuller, Soiri, Hamalainen, Kauko, Lappalainen, Ivanov, Forss

BACA:  Southgate Umum Senarai Awal 33 Pemain England Untuk EURO 2020