EURO 2020: Denmark 1-2 Belgium

Denmark yang menghadapi ujian dan dugaan yang berat tampil beraksi untuk perlawanan kedua selepas Christian Eriksen telah melalui detik hidup dan mati apabila rebah secara tiba-tiba.

Kejadian tersebut nyata tidak melemahkan mental pemain pasukan Denmark apabila beraksi dengan baik dan garang menekan Belgium seawal minit pertama permainan.

Seawal minit kedua permainan Yussuf Poulsen telah meletakkan Denmark dihadapan dengan permainan penuh bersemangat.

Hantaran Pierre-Emile Hoejbjerg yang tepat pada masanya disudahkan dengan rembatan leret Yussuf Poulsen lebih tepatnya selepas 100 saat selepas sepak mula.

Pada minit ke-10 pemain mengeluarkan bola dan perlawanan dihentikan seketika bagi memberi penghormatan kepada Christian Eriksen dengan tepukan selama seminit.

Semua pemain, pegawai perlawanan, staff kejurulatihan serta penyokong yang hadir memberi sokongan penuh.

Mikkel Damsgaard hampir menggandakan kedudukan pada minit ke-34 apabila keliarannya berjaya membolosi kepungan lima pemain Belgium.

Rembatan leret Mikkel Damsgaard keluar betul-betul di tepi tiang gol.

Agak teruk dan mati kutu Belgium dengan permainan menyerang yang dipamerkan oleh Denmark dan ketumpulan penyudah menyelamatkan Belgium dari dibelasah pada separuh masa pertama.

Denmark melakukan 9 percubaan dengan 3 percubaan tepat berbanding Belgium yang hanya melakukan 1 percubaan dengan 1 percubaan tepat untuk tempoh 45 minit pertama.

Roberto Martinez memasukkan Kevin de Bruyne pada separuh masa kedua dan tidak memakai topeng seperti laporan awal yang menjangkakan De Bruyne akan memakai topeng sebagai perlindungan.

Kevin De Bruyne tidak beraksi pada perlawanan pertama kerana baru selesai pembedahan soket mata dan Roberto Martinez tiada pilihan untuk menguatkan jentera tengah.

10 minit di padang De Bryune telah membuat satu assist untuk Thorgan Hazard menyamakan kedudukan yang berpunca dari larian kencang Romelu Lukaku.

Lukaku melakukan cutback kepada De Bruyne yang kelihatan seperti mahu merembat namun menolak kepada Thorgan Hazard yang tidak dikawal dan kebangkitan bermula

Gol kedua Belgium hadir pada minit ke-70 yang dimulakan oleh Romelu Lukaku untuk gol berpasukan yang sangat padu.

Lukaku berpusing-pusing menggelecek di sebelah kanan sebelum masuk sedikit ketengah dan menghantar bola kepada Youri Tielemans.

Youri Tielemans menghantar kepada Thorgan Hazard yang terus menola kepada Eden Hazard yang terus menghantar bola ke kiri.

Kevi De Bryune datang dengan larian dan terus melakukan rembatan kaki kiri dan gol kedua terhasil.

Kedua-dua gol Belgium ini terhasil daripada gerakan yang dimulakan oleh Romelu Lukaku namun Kevin De Bryune mendapat nama kerana mencatat nama selaku penjaringan dan assist.

Agak gila juga percubaan yang dilakukan oleh Denmark namun gagal mencari penyudah untuk terus membunuh perlawanan dengan lebih awal.

Malah kemasukan Kevin de Bruyne dan Eden Hazard menambahkan kreativiti Belgium sehingga mencipta kebangkitan sensasi.

Semangat sahaja tidak cukup untuk Denmark mencatatkan kemenangan dan dengan dua kekalahan agak tipis harapan Denmark namun peluang masih ada.

Belgium menjadi pasukan kedua layak ke pusingan kalah mati selepas Itali yang turut mencatatkan dua kemenangan.

Denmark: Schmeichel; Christensen, Kjaer, Vestergaard, Maehle; Wass, Hoejbjerg, Delaney; Poulsen, Damsgaard, Braithwaite.

Belgium: Courtois; Alderweireld, Denayer, Vertonghen; Meunier, Dendoncker, Tielemans, Hazard; Mertens, Lukaku, Carrasco.

Belgium 3-0 Rusia

Belgium yang merupakan antara pasukan pilihan bergelar juara, turun untuk perlawanan pertama mereka di Euro 2020 menentang Rusia dalam saingan kumpulan B yang turut dihuni Denmark dan Finland.

Belgium turun tanpa pemain tengah yang bijaksana lagi genius, Kevin De Bryune yang baru selesai menjalani pembedahan membetulkan soket mata.

Kevin De Bruyne mengalami kecederaan dalam perlawanan akhir Champions League ketita Manchester City menentang Chelsea namun tetap di bawa bersama.

Menurut Roberto Martinez, Kevin De Bryune akan terlepas beberapa perlawanan awal yang dilihat mudah dan akan kembali beraksi dengan topeng pelindung muka.

Dries Mertens melakukan hantaran mencari Romelu Lukaku yang tidak dikawal namun berada dalam kedudukan offside tetapi hantaran itu telah dipotong Andrey Semenov.

Entah apa yang bermain difikiran Andrey Semenov yang gagal memotong dengan kemas hantaran itu lalu bola bergolek kepada Lukaku.

Romelu Lukaku tidak membazirkan masa lalu melakukan satu pusingan dan terus melepaskan rembatan untuk gol pertama Belgium.

Lukaku telah mendedikasikan jaringan tersebut kepada rakan sepasukan beliau di Inter Milan, Christian Eriksen yang tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri dalam perlawanan yang berlangsung lebih awal.

Jelas kedengaran jeritan Lukaku yang menyebut “Chris, Chris, I love you” ke arah kamera yang merakam.

Selepas perlawanan Lukaku akui bahawa beliau telah menangis apabila mendengar berita tentang apa yang terjadi kepada Christian Eriksen.

Empat minit kemudian Mario Fernandes melonjak tinggi untuk melakukan sundulan namun tidak cukup kuat untuk menewaskan Thibaut Courtois yang berjaya menangkap kemas.

Pada minit ke-21 Thorgan Hazard mencuba dengan satu rembatan kencang namun Anton Shunin lebih bersedia dengan satu hadangan penuh menutup ruang.

Pada minit ke-33 Thomas Meunier yang masuk menggantikan pemain pertahanan Leicester City Timothy Castagne yang mengalami kecederaan pada minit ke-27 telah menggandakan kedudukan.

Thorgan Hazard melakukan hantaran lintang namun kali ini penjaga gol Rusia, Anton Shunin telah melakukan satu tepisan yang lemah dan miskin.

Bola tepat sampai ke kaki Thomas Meunier yang terus menolak masuk untuk gol kedua sebelum Anton Shunin sempat bangun.

Pada penghujung babak pertama, Yannick Carrasco hampir menjaringkan gol ketiga tetapi percubaan Yannick Carrasco tinggi melewati palang.

Dengan kelebihan dua gol, Belgium dilihat mempertahankan kelebihan mereka dengan permainan yagn tenang lagi membosankan dan tidak perlu mencari gol yang banyak.

Rusia nyata beraksi dibawah kemampuan sebenar mereka apabila gagal menghadirkan sebarang saingan kepada Belgium yang begitu dominan.

Pada minit ke-88, Romelu Lukaku menjaringkan gol ketiga selepas menyempurnakan lorongan cantik Thomas Meunier dengan penyudah yang tajam.

Kemenangan selesa dengan tiga gol tanpa balas dan melawan Belgium ini meletakkan mereka dipuncak teratas kumpulan B dan tiada masalah untuk bergelar juara kumpulan.

Belgium (3-4-2-1) Thibaut Courtois, Toby Alderweireld, BDedryck oyata, Jan Vertonghen; Timothy Castagne, Leander Dendoncker, Youri Tielemans, Thorgan Hazard; Dries Mertens, Yannick Carrasco, Romelu Lukaku.

Substitutes: Simon Mignolet, Matz Sels, Thomas Vermaelen, Eden Hazard, Thomas Meunier, Jason Denayer, Christian Benteke, Nacer Chadli, Mitchy Batshuayi, Trossard, Jeremy Doku, Dennis Praet.

Russia (possible 4-2-3-1) Anton Shunin; Mario Fernandes, Andrey Semenov, Dzhikiya, Yuri iZhirkov; Ozdoev, Barinov; Zobnin, Golovin, Daler Kuzyaev; Dzyuba.

Substitutes: Dyupin, Safonov, Diveev, Karavaev, Cheryshev, Sobolev, Zabolotny, Aleksei Miranchuk, Zhemaletdinov, Ionov, Evgenyev, Mukhin.

Referee Antonio Mateu Lahoz (Spain).

BACA:  EURO 2020: Hungary 0-3 Portugal