EURO 2020: England 0-0 Scotland

Pertemuan England dan Scotland di EURO 2020 ini merupakan pertemuan yang ke-115, dalam 114 perlawanan membabitkan perlawanan kompetitif dan persahabatan, England menang lebih banyak.

England telah mencatatkan 48 kemenangan dan 41 tewas serta 21 kali seri dan jumlah kemenangan ke atas scotland tidak terlalu besar dan hampir seimbang.

England dan Scotland telah bertemu di Stadium Wembley sebanyak 32 kali di mana England menang 18 kali dan Scotland menang 9 kali serta 5 kali seri.

Kali terakhir England bertemu Scotland adalah pada Jun 2017 di mana perlawanan berakhir dengan keputusan seri 2-2.

England

Menang: 48 (42.11%)
Kalah: 41
Seri: 25

Scotland

Menang: 41 (35.96%)
Kalah: 48
Seri: 25

Perlawanan yang dengan padang basah kerana hujan terus dimulakan dengan kekerasan apabila Lyndon Dykes telah melutut Luke Shaw di tulang rusuk dalam perebutan bola tinggi.

Che Adam terlebih dahulu mencuba dengan satu percubaan pada minit ke-4 selepas dibiarkan bebas namun rembatan itu berjaya dihadang dan Jordan Pickford sudah pun melayangkan badan.

Pada minit ke-12 England hampir didepan yang berpunca dari sepakan percuma Mason Mount, lonjakan tinggi John Stone menghasilkan sundulan tajam tapi sekadar menggegar tiang.

Phil Foden gagal menyempurnakan hantaran panjang dengan percubaan yang tersasar, mujur pengadil mengangkat bendera tanda offside, kurang sedikit kekecewaan Foden.

Jordan Pickford melakukan sangat aksi menyelamat yang padu menepis keluar rembatan deras Stephen O’Donnell selepas setengah jam perlawanan.

Tiga minit bersambung separuh masa kedua, barulah penjaga gol Scotland, David Marshall teruji dengan rembatan deras Mason Mount yang berjaya ditepis keluar.

Perlawanan separuh masa pertama berlangsung dengan sangat hambar dan membosankan di mata kita dengan permainan penuh berdisiplin England dan Scotland.

Lyndon Dykes telah melakukan satu percubaan merbahaya pada minit ke-60 namun Reece James datang menanduk keluar bola yang hampir masuk.

Jack Grealish yang ditunggu-tunggu dan dinanti-nanti kemunculannya akhir masuk menggantikan Phil Foden pada minit ke-63.


Sunngguh kesian dengan Harry Kane yang tidak disuap bola secukupnya oleh rakan-rakan menyebabkan Kane seperti sekadar mengcukupkan pemain sahaja di padang.

Permainan penuh berdisiplin dengan cepat turun ketika kehilangan bola serta menutup ruang untuk membuat hantaran dari kedua-dua pasukan berterusan sehingga tamat permainan.

Scotland yang bermain lebih sebagai kerjasama berpasukan lebih banyak melakukan percubaan berbanding England namun keptutusan tetap berakhir dengan seri.

England Starting XI (4-1-2-3): Jordan Pickford; Reece James, John Stones, Tyrone Mings, Luke Shaw; Declan Rice; Kalvin Phillips, Mason Mount; Phil Foden, Harry Kane, Raheem Sterling.

Substitutes: Maguire, Chilwell, Grealish, J Henderson, Rashford, Trippier, Ramsdale, Coady, Sancho, Calvert-Lewin, Johnstone, Bellingham.

Scotland Starting XI (3-1-4-2): Marshall; McTominay, Hanley, Tierney; Gilmour; O’Donnell, McGregor, McGinn, Robertson; Dykes, Adams.

Substitutes: Gordon, McLaughlin, Christie, Fleck, Cooper, Armstrong, Nisbet, Fraser, Patterson, Hendry, Forrest, McKenna.

Referee Antonio Mateu Lahoz (Spain).

England 1-0 Croatia

England menentang Croatia yang berlangsung di Stadium Wembley, London merupakan antara perlawanan yang dinanti-nantikan peminat bola sepak di EURO 2020 ini.

Pertemuan ini merupakan perlawanan pembukaan kumpulan D dan peluang terbaik buat England membalas dendam akan kekalahan kepada Croatia di separuh akhir Piala Dunia 2018.

Ketua pasukan Croatia, Luka Modric memanaskan situasi dengan menyelar media Inggeris yang dianggap sebagai angkuh termasuklah para wartawan dan pengulas bola sepak.

Sebelum sepak mula, Croatia terus bertegas untuk berlutut beberapa saat yang menjadi budaya baru bola sepak sebagai simbol penentangan kepada sikap perkauman.

Kejutan dalam kesebelasan utama England apabila Gareth Southgate tidak menurunkan Luke Shaw dan Jack Grealish yang dilihat berada pada prestasi terbaik.

England bermula garang dengan permainan hantaran pendek yang mengancam lagi menawan sejak awal permainan lagi menyebabkan Croatia sesak nafas menahan asakan.

Phil Foden mencuba terlebih dahulu hampir menggegar jaring dengan rembatan kaki kiri yang terbias pemain Croatia dan bola telah terkena tiang.

Kalvin Phillips mencuba dengan rembatan luar kotak yang memaksa penjaga gol Croatia, Dominik Livakovic melayangkan badan menepis.

Selepas 20 minit, England mula memperlahankan permainan selepas gagal mencari gol awal dan Croatia mula mendapat rentak dengan mengimbangi perlawanan.

Perlawanan mula menjadi perlahan dan tenang lagi hambar berserta bosan sehinggalah permainan separuh masa pertama berbaki lima minit.

Raheem Sterling berjaya mendapatkan sepakan penalti selepas dikasari oleh Duje Caleta-Car yang telah dilayangkan kad kuning.

Kieran Trippier telah mempersia-siakan sepakan percuma apabila mudah dikeluarkan oleh kepala benteng Croatia.

Bersambung babak kedua kebosanan masih berterusan dan kerancakan 20 minit pertama tiada lagi dan England menjadi England yang semua kenali.

Akhirnya pada minit ke-57 Raheem Sterling memecahkan kebuntuan dengan gol pembukaan buat England selepas menyempurnakan hantaran genius Kalvin Phillips.

Setakat ini, Raheem Sterling telah terlibat dengan 19 gol dalam 17 perlawanan dengan England dengan menghasilkan 14 gol dan 6 assist.

England telah menang kesemua perlawanan sebelum ini apabila nama Raheem Sterling tercatat sebagai penjaring. Gol pertama Sterling dikejohanan besar untuk England.

England datang lagi, kali ini melalui hantaran silang Mason Mount yang mencari Harry Kane dan percubaan Kane tersasar kerana ada tekanan pertahanan Croatia.

Harry Kane terjatuh dan terlanggar tiang dan perlawanan dihentikan seketika untuk rawatan namun tiada kecederaan teruk dialami Kane yang meneruskan permainan.

Pada minit ke-70 Croatia melakukan dua pertukaran serentak mengeluarkan Marcelo Brozovic dan Andrej Kramaric memasukkan Nikola Vlasic dan Josip Brekalo.

Gareth Southgate pula melakukan hanya satu pertukaran mengeluarkan Phil Foden dan memasukkan Marcus Rashford.

Croatia mula menekan England dengan lambakan pemain di kawasan England ketika mereka memegang bola bagi mencari gol penyamaan.

Ante Rebic dikeluarkan dan Bruno Petkovic untuk pertukaran ketiga dan Gareth Southgate melakukan pertukaran kedua mengeluarkan Harry Kane, pemain muda Jude Bellingham diberikan peluang beraksi.

Jude Bellingham menjadi pemain paling muda membuat penampilan di European Championships pada usia 17 tahun 349 hari dan rekod ini boleh dipecahkan oleh pemain Poland, Kacper Kozłowski jika diturunkan esok.

Croatia hanya mampu menekan dan mencuba merobek kubu England namun masih gagal menghasilkan sebarang jaringan ketika perlawanan sudah memasuki masa kecederaan.

Gol tunggal Raheem Sterling sudah cukup untuk England mencatatkan kemenangan pertama mereka di kempen Euro 2020.

England (4-2-3-1) Jordan Pickford; Kyle Walker, John Stones, Tyrone Mings, Kieran Trippier; Kalvin Phillips, Declan Rice; Phil Foden Foden, Mason Mount, Raheem Sterling; Harry Kane.

Substitutes: Dean Henderson, Sam Johnstone, Luke Shaw, Jack Grealish, Jordan Henderson, Marcus Rashford, Conor Coady, Dominic Calvert-Lewin, Ben White, Reece James, Bukayo Saka, Jude Bellingham.

Croatia (4-3-3) Dominik Livakovic; Sime Vrsaljko, Duje Caleta-Car, Domagoj Vida, Josko Gvardiol; Luka Modric, Marcelo Brozovic, Mateo Kovacic; Andrej Kramaric, Ante Rebic, Ivan Perisic.

Substitutes: Lovre Kalinic, Simon Sluga, Josip Brekalo, Nikola Vlasic, Ante Budimir, Mario Pasalic, Mile Skoric, Milan Badelj, Bruno Petkovic, Josip Juranovic, Domagoj Bradaric, Luka Ivanusec.

Referee Daniele Orsato (Italy)

BACA:  Luka Modric Selar Media Inggeris Sebagai Angkuh Dan Sombong Amat