Euro 2024: Juara Bertahan Pulang Awal Dengan Penuh Aib

Peminat Itali mengamuk dengan aksi hambar daripada pasukan mereka ketika disingkirkan oleh Switzerland pada aksi round of 16 Euro 2024.

Switzerland langsung tidak diberikan harapan menentang Azzurri pada hari ini. Namun dengan semangat dan tekad serta kesungguhan mereka berjaya melakukannya.

Skuad bimbingan Murat Yakin benar benar yakin akan dapat menewaskan Itali dengan persembahan sangat positif bermula daripada wisel permulaan lagi.

Itali yang terkenal dengan pasta itu hanya mampu melihat gawang mereka bolos pada lewat separuh masa pertama pada minit ke-37.

Ianya berpunca daripada kelonggaran pertahanan Itali membenarkan Remo Freuler untuk menerima bola dan melepaskan hantaran bak peluru menewaskan Zizan Itali.

Itali terus hilang arah dan tujuan dan masuk ke bilik persalinan dengan ketinggalan 0-1.

Pada separuh masa kedua Azzurri cuba mencari gol penyamaan yang dianggap boleh memberikan keyakinan kepada mereka.

Namun Switzerland sekali lagi mencipta satu gol cantik, Kali ini menerusi Ruben Vargas yang melencongkan bola menewaskan Zizan Itali.

Itali terus tidak keruan. Di mana sepanjang perlawanan mereka hanya melakukan 1 percubaan tepat dalam 90 minit.

Scamacca yang mengetuai jentera serangan Itali tidak mampu menjelmakan magis beliau. Dengan Chiesa pula seperti Antony Spin yang hilang arah di bahagian sayap.

Apa sahaja alasannya, peminat Itali hanya melihat kedunguan dan kemaluan daripada perlawanan ini. Eh keaiban bukan kemaluan.

Mungkin itulah balasan kepada Itali yang dulu menang ke atas England dengan cara kotor di mana Chiellini menarik Saka sampai terkapai kapai starboy itu.

Hari ini keadilan untuk bola sepak dan peminat England melihat Itali disingkirkan dengan cara kejam oleh Switzerland.

Peminat peminat Itali tidak dapat menerima keputusan ini. Kerana menurut mereka, tiada alasan untuk tidak menang ke atas Switzerland setelah Itali memiliki pasukan jauh lebih baik dan liga bola sepak yang lebih besar.

Itali terpaksa menerima hakikat bahawa mereka harus pulang awal meninggalkan bumi Jerman setelah cemerlang pada pusingan awal.

Itali kalah segalanya dalam perlawanan ini kecuali pertandingan mengutip kad kuning.

BACA:  Bjorn Kuipers: Pengadil Perlawanan Akhir Euro 2020 Yang Pernah Cakap F**k You Atas Muka Marco Verratti