Everton Berminat Dapatkan Steven Gerrard

Legenda Liverpool, Steven Gerrard menjadi sasaran dan berada dalam senarai Everton yang kini memulakan pencarian bagi menggantikan kekosongan yang ditinggalkan Carlo Ancelotti.

Carlo Ancelotti secara mengejut telah meninggalakan Everton dengan penamatan kontrak serta merta bagi kembali bersatu dengan gergasi Sepanyol, Real Madrid.

Laporan The Athletic menyebut bahawa nama Steven Gerrard antara nama yang ada dalam rangka kerja Everton ketika ini untuk diperhalusi.

Nama lain yang turut disenarai adalah Rafa Benitez dan David Moyes serta nama yang dianggap mustahil untuk bersama Everton namun dipetik juga adalah Paulo Fonseca, Erik ten Hag and Roberto Martinez.

Steven Gerrard kini mula membina reputasi sebagai seorang pengurus yang berkaliber dengan potensi yang besar untuk masa depan bola sepak dunia selepas mengharungi karier sebagai pemain bola sepak yang gemilang.

Bekas ketua pasukan England itu telah memacu Rangers menjadi juara liga Scotland musim lalu dengan penuh bergaya apabila tidak mencatatkan sebarang kekalahan sepanjang musim,

Musim ini menyaksikan Everton membawa masuk dua pemain berprofil tinggi, James Rodriguez untuk menguatkan pasukan dengan bimbingan Carlo Ancelotti

Sasaran Everton adalah untuk bermain di Eropah, semuanya bermula baik namun mereka terciduk di penghujung dan menamatkan Premier League ditangga ke-10.

Jodoh Carlo Ancelotti dan Everton tidak panjang apabila cinta pengurus dari Itali itu telah bertaut kembali bersama janda lamanya, Real Madrid.

Sebenarnya agak ajaib apabila Everton dilaporkan berminat mendapatkan Steven Gerrard lantaran permusuhan antara Everton dan Liverpool.

Perlawanan antara kedua-dua pasukan yang digelar Merseyside Derby ini sentiasa berlangsung dengan tegang samada diluar atau di dalam padang dengan permainan yang keras serta layangan kad merah.

Karier Pengurusan Steven Gerrard

Karier pengurusan Steven Gerrard bermula sejurus selepas beliau pencen sebagai pemain bola sepak profesional bersama LA Galaxy dan bukan Liverpool yang dicintai.

Pada bulan November 2016, sebelum mengumumkan persaraan, Gerrad telah ditemuduga untuk mengisi jawatan kosong sebagai pengurus pasukan League One Milton Keynes Dons atau MK Dons.

Gerrard lulus dengan cemerlang namun menolak jawatan itu kerana masih belum bersedia dan itu satu tindakan bijak daripada Gerrard.

Pada Januari 2017, Gerrard telah dilantik sebagai jurulatih pasukan remaja Liverpool yang berkuatkuasa pada bulan Februari.

Gerrard dilaporkan akan mengambil alih pasukan Liverpool bawah 18 tahun untuk musim 2017/18 selepas Jurgen Klopp dan Alex Inglethorpe kagum dengan etika kerja Gerrard.

Pada 7 September 2017, Liverpool telah mengumumkan Gerrard sebagai pengurus pasukan Liverpool bawah 19 tahun untuk kejohanan UEFA Youth League 2017/18.

Pada April 2018, Gerrard telah berbincang untuk menjadi pengurus baru Rangers yang beraksi di Scottish Premiership dan pada 1 Mei Graeme Murty telah dipecat.

Tiga hari kemudian, Rangers mengumumkan Steven Gerrard sebagai pengurus baharu mereka bermula 1 jun 2018.

Musim ketiga menyaksikan Gerrard mencipta sejarah apabila membawa Rangers memenangi Scottish Premier League buat pertama kali dalam tempoh 10 tahun.

Kejayaan Gerrard ini telah menamatkan dominasi Celtic untuk sedekad dan memberi gelaran juara utama ke-55 secara keseluruhan.

BACA:  Steven Gerrard Denda Pemainnya Jika Tidak Memakai Selipar di Tandas, Gagal Bawa Kek Hari Jadi