Evra Mendedahkan Beliau Bukan Manusia Biasa Ketika Bersama United

Sir Alex Ferguson sudah sangat terbiasa dengan kemenangan ketika menguruskan setan merah dahulu.

Menurut Patrice Evra Beliau cuma pernah lihat Alex Ferguson menjerit meraikan kemenangan sekali sahaja sepanjang kariernya di United.

Bekas pemain kebangsaan Perancis itu menghabiskan lapan musim cemerlang bersama United sejak meninggalkan Monaco pada tahun 2006.

Sepanjang lapan musim di Old Trafford, Patrice Evra telah membantu setan merah memenangi pelbagai Piala kejuaraan.

Beliau adalah pemain utama dibawah kendalian Sir Alex Ferguson yang menganggapnya sebagai salah seorang pemain pertahanan kiri terbaik di Eropah.

Pemain berusia 38 tahun itu sebelum ini pernah menceritakan tentang mentaliti luar biasa yang dimiliki oleh bekas boss United, Sir Alex Ferguson dalam satu podcast.

Beliau turut menggambarkan bagaimana Fergie menjerit penuh gembira selepas United memenangi perlawanan akhir liga Juara-juara tahun 2008 menentang Chelsea.

“Saya selalu mengatakan bahawa deschamps mengajar saya bahawa kemenangan itu sangat penting, tetapi Ferguson mengajar saya bahawa kemenangan itu sesuatu yang biasa.”

Jelas Evra kepada Manchester United official podcast.

“Saya masih ingat selepas kemenangan besar menentang Liverpool dia cuma cakap,’ bagus semua, tahniah’. Dia tidak pernah menjerit selain dari kemenangan di perlawanan akhir liga Juara-juara 2008 dulu.”

“Bagi Ferguson memenangi perlawanan dan menjuarai saingan liga itu perkara biasa saja.”

Evra turut menggambarkan perasaannya ketika pertama kali memenangi saingan liga perdana pada musim 2006/07 dan situasi luar biasa yang dia lihat dalam bilik persalinan United ketika itu.

“Saya ketika itu seperti seorang budak kecil! Saya masih ingat ketika itu saya berada di rumah Mikael Silvestre’s dan kami sedang menonton perlawanan bola, saya rasa ketika itu Chelsea yang bermain dan jika mereka kalah kami akan bergelar Juara.”

“Saya ingat lagi mereka kalah dan kami bergelar Juara, saya gembira dan mula melompat-lompat dan Mikael ketika itu melihat saya dengan pandangan seolah dia berfikir ‘kenapa dengan budak ini?’. Kerana dia sudah memenangi empat kejuaraan liga dan saya menjerit sampai dia suruh saya bertenang.”

“Dia juga beritahu saya bahawa pengalaman pertama menang memang begitu.”

“Jujur saya katakan, apabila kita mula memenangi liga buat kali ke tiga, keempat dan kelima, kita akan meraikan juga tetapi tidak dengan cara yang sama. Kita meraikan kerana ada kamera dan media, tetapi perasaan itu tidak sama. Ferguson mengajar kami untuk menjadi seperti robot.”

“Saya tidak fikir saya adalah manusia biasa ketika bermain untuk Manchester United. Semasa kami memenangi permainan, atau ketika saya melakukan sesuatu yang baik, saya tidak begitu gembira. Bagi saya, ianya adalah sesuatu yang normal. “

BACA:  Patrice Evra Tiba di London, Bakal Sertai West Ham Sehingga Tamat Musim