FA Cup 2019/20: Derby County 0-3 Manchester United

Pertemuan Derby County dan Manchester United di pusingan kelima FA Cup agak istimewa dan mempunyai nostalgia yang tersendiri buat peminat Red Devil.

Kehadiran Setan Merah di Pride Park disambut oleh bekas pemain dan penjaring terbanyak sepanjang zaman Manchester United, Wayne Rooney yang kini bermain bersama pasukan Derby.

Ole Gunnar Solskjaer percaya, Wayne Rooney masih mampu membuktikan sesuatu dalam perlawanan ini dan tidak boleh dipandang ringan.

Rooney menghabiskan masa selama 13 musim bersama Manchester United dan menamatkan kariernya selaku penjaring terbanyak sepanjang zaman United dengan 253 gol pada 2017.

Ole membuat enam pertukaran pemain dan merehat beberapa pemain utama bagi menghadapi Manchester City dalam perlawanan Manchester Derby.

Seawal wisel permulaan ditiup Manchester United menguasai pegangan bola namun buntu dan gagal memecah masuk ke kubu Derby County.

Walaupun kurang memegang bola Derby terlebih dahulu melakukan percubaan pada minit ke-10 namun rembatan Louie Sibley dari luar kotak sedikit tersasar.

Pada minit ke-15 barulah Manchester United berjaya masuk ke kotak penalti Derby dan berjaya mendapatkan dua sepakan penjuru tetapi tiada hasil.

Pada minit ke-17, sepakan percuma cantik daripada Rooney hampir menerjah gawang namun Sergio Romero lebih bersedia dengan satu tepisan.

Pasa minit ke-32, kubu Derby pecah dan Odion Ighalo pantas menyambar dan dihadang Roos.

Sejurus kemudian hantaran Jesse Lingard tersangkut dan Bruno Fernandes terus merembat tetapi terkena benteng Derby dan bola menemui Luke Shaw.

Luke Shaw tidak membazir san percubaannya berjaya meletakkan bola ke gawang.

Pada minit ke-41, Ighalo menggandakan kedudukan apabila berjaya melepaskan sepakan walaupun dikepung tiga pemain Derby.

Cantik bola masuk ke penjuru kira gawang yang dikawal Roos. Derby 0-2 Manchester United di separuh masa pertama.

Separuh masa kedua menyaksikan Derby County tidak lagi sekebal 20 minit pertama dibabak pertama apabila bocor merata tempat.

Serangan demi serangan dilakukan oleh anak buah Ole Gunnar Solskjaer dan hanya satu gol sahaja berjaya ditambah.

Jaringan itu hadir melalui Ighalo lagi yang geram merembat selepas rembatan pertama berjaya dihadang selepas menerima hantaran Juan Mata.

Rooney hampir saja mendapatkan gol saguhati sekali lagi daripada sepakan percuma cantik di penghujung perlawanan.

Dan sekali lagi Romero menjadi penghalang.

Untuk 45 minit terakhir Setan Merah sangat menyetan dengan 14 percubaan tetapi hanya 4 sahaja percubaan tepat.

Secara keseluruhan Manchester United melakukan 26 percubaan dengan 8 percubaan tepat dan 3 gol terhasil.

Manchester United mudah mara ke suku akhir dan bakal bertemu Norwich City yang sentiasa menjadi duri dalam daging Setan Merah.

—-

—-

—-

Starting XI: Roos; Bogle, Forsyth, Evans, Lowe; Knight, Wayne Rooney, Bird, Louie Sibley; Lawrence, Waghorn.

Pemain Simpanan: Hamer, Shinnie, Marriott, Clarke, Martin, Davies, Whittaker.

Starting XI: Sergio Romero; Dalot, Viktor Lindelöf, Eric Bailly, Luke Shaw; Fred, Scott McTominay; Juan Mata (c), Bruno Fernandes, Jesse Lingard; Odion Ighalo.

Pemain Simpanan: David De Gea, Tuanzebe, Brendan Williams, Andreas Pereira, Namenja Matic, Mason Greenwood, Anthony Martial.

BACA:  Ramalan Keputusan Barclay Premier League - Matchday 1