Champions League 2019/20: Napoli 1-1 Barcelona

Saingan peringkat kumpulan Champions League 2019/20 telah pun tamat dan kejohanan teragung di Eropah ini kembali bersambung di peringkat kalah mati.

Napoli akan melayan kunjungan Barcelona ke Stadio San Paolo untuk perlawanan pertama pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah.

Peringkat kalah mati ini menemukan 16 pasukan terbaik yang menjadi juara kumpulan dan naib juara kumpulan.

Lionel Messi telah membuat penampilan ke 141 beliau dalam kejohanan Champions League ianya telah menyamai rekod yang dicipta oleh Ryan Giggs.

Barcelona mungkin menjadi pasukan pilihan untuk memenangi perlawanan ini, namun harus diingat bahawa Napoli adalah Satu-satunya pasukan yang telah menewaskan Liverpool di kejohanan Champions League musim ini.

Aksi Perlawanan pada babak pertama dikuasai hampir 70% oleh pasukan Barcelona, namun ketajaman jentera serangan Napoli terlebih dahulu menghukum Barca.

Pada minit ke- 30 perlawanan hasil hantaran dari Piotr Zielinski disudahi dengan cemerlang oleh Dries Merten. Beliau melepaskan rembatan deras ke sudut atas sebelah kiri Barca dan membuatkan Ter Stegen sekadar mampu melihat bola itu menerjah gawang gol nya.

Mertens telah menjaringkan enam gol untuk sepanjang musim Liga Juara-Juara musim ini. Beliau juga telah berjaya menyamai rekod Marek Hamsiks sebagai penjaring gol terbanyak untuk Napoli dengan 121 jaringan sepanjang kariernya di sana.

Barcelona pula menguasai perlawanan dibabak pertama perlawanan tetapi mereka tidak mendapat satu pun percubaan tepat ke arah gol dalam separuh masa pertama perlawanan ini.

Masuk babak kedua perlawanan pasukan Barcelona berjaya menyamakan kedudukan hasil dari jaringan Antonio Griezman pada minit ke-57 hasil hantaran kemas dari Nelson Semedo.

Griezman telah menjaringkan 24 gol dalam sepanjang karier beliau di Champions League dan telah menyamai rekod Luis Suarez, Paul Scholes, Gonzalo Higuain dan Luis Figo.

Sayang sekali apabila Vidal dilayangkan kad kuning kedua dan dibuang padang pada penghujung minit permainan kerana membantah keputusan pengadil.

Perlawanan berakhir dengan keputusan seri 1-1. Barcelona akan menanti kunjungan Napoli ke Now Camp dengan berbekalkan 1 gol dari tempat lawan.

Senarai Pemain Utama Napoli

David Ospina, Di Lorenzo, Konstantinos Manolas, Maksimovic, Mario Rui, Fabian Ruiz, Diego Demme, Piotr Zielinski, Jose Callejon, Dries Mertens, Lorenzo Insigne.

Pemain simpanan Napoli

Alex Meret, Sebastiano Luperto, Elseid Hysaj, Allan, Eljif Elmas, Matteo Politano, Arek Milik.

Senarai pemain utama Barcelona

Marc Andre Ter Stegen, Junior Firpo, Gerard Pique, Samuel Umtiti, Nelson Semedo, Ivan Rakitic, Sergio Busquets, Frenkie De Jong, Arturo Vidal, Lionel Messi, Antonio Griezman.

Pemain simpanan Barcelona

Neto, Clement Lenglet, Ronald Araujo, Sergio Akieme, Arthur, Riqui Puig, Ansu Fati.

BACA:  UCL 2022/23: Rangers Lunyai Dibelasah Liverpool 7-1, Salah Hatrik 6 Minit