Premier League 2019/20: Chelsea 2-1 Tottenham Hotspur

Dua pasukan kota London, Chelsea dan Tottenham Hotspur turun dalam misi merebut tempat ke-4 yang merupakan slot untuk ke Champions League.

Kedudukan Chelsea semakin rapuh apabila semakin rapat dikejar pasukan ditangga kelima, keenam dan ketujuh dengan begitu rapat sekali.

Hanya kemenangan sahaja yang mampu menyedapkan Chelsea untuk terus berada ditempat ke-4. Spurs kini semakin tenat dengan krisis kecederaan dan kepenatan.

Mourinho mengaku bahawa mereka kini berada dalam masalah yang besar berhubung tahap kecergasan pemain dengan senarai panjang pemain yang cedera malah ada yang mati.

“Kau boleh lihat Lucas Moura betul-betul mati, Steven Bergwijn, betul-betul mati, Giovani Lo Celso, mati.”

Dengan barisan pemain yang tempang Jose Mourinho telah memilih formula lamanya sit deep dengan memarkir bas dipadang untuk beroleh sekurang-kurangnya satu mata.

Namun taktikal bertahan yang extreme daripada Mourinho itu hanya sempat bertahan untuk 15 minit sahaja apabila gawang Spurs rabak.

Olivier Giroud telah berjaya menwaskan
Toby Alderweireld namun Hugo Lloris datang menyelamat.

Ross Barkley menyambung dengan satu percubaan menghentam kerangka gawang sebelum Giroud meletakkan bola ke gawang hasil bola muntah.

Pasa separuh masa kedua, Marcus Alonso menggandakan kedudukan dengan satu rembatan padu dari luar kotak penalti.

Video Assistant Referee(VAR) mencetuskan kontroversi apabila tidak melayangkan kad merah selepas Lo Celso membuat satu terjahan ganas.

Antonio Rudiger mengubat kedukaan Spurs dengan jaringan sendiri pada penghujunh perlawanan.

Chelsea (3-4-2-1): Caballero 7; Azpilicueta 7, Christensen 6, Rudiger 7; James 6, Jorginho 7, Kovacic 6, Marcos Alonso 7.5; Barkley 6.5 (Willian 77, 6), Mount 7.5; Giroud 7 (Abraham 72, 6).

Subs not used: Arrizabalaga, Loftus-Cheek, Zouma, Emerson Palmieri, Gilmour.

Tottenham Hotspur (3-5-2): Lloris 6; Davinson Sanchez 6, Alderweireld 6, Vertonghen 6; Tanganga 6, Ndombele 3 (Lamela 62, 5), Winks 5, Davies 5; Lo Celso 4, Lucas Moura 5; Bergwijn 5 (Alli 78, 6).

Subs not used: Gazzaniga, Dier, Skipp, Fernandes.

BACA:  Premier League 2019/20: Manchester United 3-0 Watford