Premier League 2019/20: Manchester United 3-0 Watford

Manchester United menanti kunjungan Watford di Old Trafford dalam misi mencari tiga mata untuk merebut slot ke Champions League.

Pada awal perlawanan Watford lebih dominan dan Setan Merah dengan perlahan-lahan menyerap asakan dengan tenang.

Aaron Wan Bissaka melepaskan peluang yang sedap terhidang dan terbuka, tanpa dikawal dan penjaga baru sahaj mahu kembali ke posisi Bisaka nyata tidak berbisa.

Tenyata bisa Wan Bissaka hanya pada nama sahaja, rembatan yang dibuat Bissaka pergi ke jaring tepi berbanding ke dalam gawang. Satu kerugian yang besar.

Selepas itu Manchester United menguasai perlawanan namun percubaan banyak berakhir dengan rembatan kelangit terutamanya daripada Anthony Martial dan Daniel James.

Pada minit ke-40 Manchester United mendapat sebaik-baik peluang yang amat diidamkan dalam perlawanan bola sepak iaitu sepakan penalti.

Bruno Fernandes telah dijatuhkan oleh penjaga gol Watford, Ben Foster dan tanpa rasa melekit pengadil menghadiahkan sepakan penalti.

Tiada masalah untuk Bruno Fernandes meletakkan bola dengan mudah ke dalam gawang dengan satu perlakuan aneh dengan meloncat sebelum menyepak.

Troy Deeney telah menjaringkan penyamaan hasil sepakan percuma namun gol tersebut telah dibatalkan Video Assistant Referee(VAR).

Bola telah terkena tangan Will Hughes sebelum bola masuk. VAR teknologi yang sungguh adil.

Ketika perlawanan separuh masa hampir tamat Bruno Fernandes hampir saja menggandakan kedudukan melalui satu sungkitan tetapi bola sedikit tersasar.

Anthony Martial menggandakan kedudukan pada minit ke-58 dengan satu gol lob yang sungguh manis dan indah.

Dengan jaringan ini Martial telah menjaringkan tiga gol dalam tiga perlawanan untuk Setan Merah. Makin boleh diharap.

Kali terakhir Martial menjaringkan tiga gol dalam tiga perlawanan berturut-turut adalah pada 2017.

Pada minit ke-67 Harry Maguire hampir saja menjaringkan gol lagi namun sundulannya tersasar banyak bukan sedikit.

Mason Greenwood menjaringkan gol ketiga melalui satu gerakan solo dari tengah sebelum bermain satu dua dengan Bruno Fernandes.

Bola yang dikembalikan oleh Bruno Fernandes disudahkan oleh Greenwood dengan satu rembatan padu ke penjuru kiri gawang.

Ini merupakan gol ke-11 Mason Greenwood untuk Manchester United dalam semua kejohanan musim ini.

Pada minit ke-83, Odion Ighalo hampir menjaringkan gol pertama beliau untuk Manchester United tetapi sayang percubaan Ighalo terkena tiang.

Tahith Chong juga menonjol dalam perlawanan dengan satu percubaan menarik yang sedikit tersasar. Kalau masuk manis jugak gol tu.

Manchester United menamatkan perlawanan ini dengan jaringan 3-0 dan mengutip tiga mata dan kembali ke tangga kelima.

Setan Merah kini hanya tiga mata dibelakang Chelsea.

Manchester United (4-2-3-1): De Gea 6; Wan-Bissaka 6, Lindelof 6, Maguire 6, Shaw 6; Matic 6, Fred 6 (McTominay 78mins); Greenwood 7 (Chong 78mins 6), Fernandes 7.5, James 8; Martial 6.5 (Ighalo 78mins 6). Not used: Romero, Bailly, Mata, Williams.

Watford (4-2-3-1): Foster 5.5; Dawson 5.5, Kabasele 6, Cathcart 6; Masina 6; Hughes 6, Capoue 6; Pereyra 5.5 (Sarr 68mins) 6, Doucoure 6.5, Deulofeu 6; Deeney 6 (Welbeck 75mins 6). Not used: Gomes, Mariappa, Cleverley, Chalobah, Gray.

BACA:  Ramalan Keputusan Barclay Premier League - Matchday 1