Champions League 2019/20: Chelsea 0-3 FC Bayern Munich

Saingan peringkat kumpulan Champions League 2019/20 telah pun tamat dan kejohanan teragung di Eropah ini kembali bersambung di peringkat kalah mati.

Chelsea turun berdepan Bayern Munich di halaman mereka sendiri Stanford Bridge untuk perlawanan pertama pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah.

Peringkat kalah mati ini menemukan 16 pasukan terbaik yang menjadi juara kumpulan dan naib juara kumpulan.

Chelsea menurunkanΒ  Willy Caballero sebagai penjaga gol utama mereka, Kepa akan berada di tepi padang membantu Lampard sebagai pengurus kedua pasukan Chelsea.

Bayern menyerang kubu Chelsea bertubi-tubi dari kiri ke kanan padang namun tidak berjaya menjaringkan sebarang gol. Pada minit ke 15 rembatan padu dari Lewandowski terkena tepat dibahagian dada Caballero. Merah juga muka dia menahan sakit.

Pada minit ke-34 gawang Chelsea hampir dibolosi tetapi mujur saja tandukan bijak dari Muller hanya terkena palang gol mereka. Di hujung babak pertama Alonso juga hampir saja menewaskan Neuer hasil dari rembatan padu beliau.

Tidak banyak yang boleh diperkatakan tentang aksi di babak pertama perlawanan selain dari aksi saling berbalas serangan antara kedua pasukan ini yang masih gagal menjaringkan gol.

Selain dari babak serang menyerang, aksi Mason Mount jatuh tersepak kaki sendiri adalah aksi paling menarik untuk babak pertama perlawanan ini dengan tamat separuh masa terikat tanpa jaringan.

Bermula babak kedua perlawanan pasukan Bayern tidak menunggu lama untuk menjaringkan gol pertama mereka hasil permainan satu dua antara Gnabri dan Lewandowski yang disudahi oleh Gnabri pada minit ke-51 perlawanan.

Selang tiga minit selepas itu gandingan dua pemain ini sekali lagi merobek gawang Chelsea untuk kedudukan 2-0. Gnabri menerima hantaran dari Lewandowski dan menolak bola ke sudut kiri gawang Chelsea untuk menjaringkan gol ke dua beliau.

Gnabri telah menjaringkan enam gol dalam saingan Liga Juara-Juara musim ini dan kesemua gol itu dijaringkan di london.

Bayern menambah duka Chelsea dengan menjaringkan gol ketiga mereka pada minit ke-76 hasil dari larian kencang Alphonso Davies yang menewaskan dua pertahanan Chelsea lalu melereng bola yang cantik untuk disudahi oleh Lewandowski.

Lewandowski telah menjaringkan 11 gol dalam enam perlawanan di kejohanan Champions League musim ini. Dan yang paling banyak beliau capai dalam satu musim Champions League sepanjang kariernya.

Derita Chelsea nampaknya berpanjangan apabila mereka harus menghabiskan baki 10 minit perlawanan dengan kekurangan seorang pemain apabila Marcos Alonso di buang padang.

Perlawanan berakhir dengan Kemenangan Bayern tiga gol berbalas kosong. Dan Bayern akan menjadi tuan rumah untuk perlawanan kedua pusingan 16 menentang Chelsea di halaman mereka sendiri nanti dengan berbekalkan 3 gol dari tempat lawan.

Senarai pemain utama Chelsea

Willy Caballero, Cesar Azpilicueta, Andreas Christensen, Antonio Rudiger, Reece James, Jorginho, Mateo Kovacic, Marcos Alonso, Mason Mount, Ross Barkley, Olivier Giroud.

Pemain simpanan Chelsea

Kepa Arrizabalaga, Kurt Zouma, Emerson, Billy Gilmour, Tammy Abraham, Willian, Pedro.

Senarai pemain utama Bayern Munich

Manuel Neuer, Alphonso Davies, David Alaba, Jerome Boateng, Benjamin Pavard, Thiago Alcantara, Joshua Kimmich, Kingsley Coman, Thomas Muller, Serge Gnabry, Robert Lewandowski.

Pemain simpanan Bayern Munich

Sven Ulreich, Alvaro Odriozola, Lucas Hernandez, Philippe Coutinho, Leon Goretzka, Corentin Tolisso, Joshua Zirkzee.

BACA:Β  Liverpool Tiada Masalah Untuk Kalah, Berada Dalam Landasan Terbaik Ke UEL