Liverpool Tiada Masalah Untuk Kalah, Berada Dalam Landasan Terbaik Ke UEL

Sifar On Target sasaran kita, mungkin itu yang disemai dalam jiwa pemain-pemain Liverpool dalam perlawanan ini.

Liverpool memastikan diri mereka tiada masalah untuk kalah dalam perlawanan menentang Napoli. Itu ternyata bukan tugas sukar untuk pasukan yang datang ke Itali seperti untuk bersiar-siar.

Sebaik sahaja keluar senarai Line up, penyokong Liverpool terus menyatakan keoptimisan mereka untuk menang perlawanan ini selepas penat seharian mentertawakan Manchester United yang seri.

Bagi mereka, Napoli ini hanyalah penyeri. Mereka lupa agaknya Carlo Ancelotti bukan calang-calang pengurus.

Kening Ziana Zainnya itu memang digeruni lawan. Beliau dengan tenang mengarahkan para pemainnya untuk bermain biasa-biasa sahaja.

Bermula sahaja wisel, Sadio Mane menunjukkan aksi menggelecek tanpa arahnya di dalam padang. Mohamed Salah masih mencari rentak beliau selepas peristiwa diundi dalam pilihanraya presiden dan puskas.

Mohamed Salah antara yang dipersalahkan

Namun Napoli ternyata bukan tandingan Liverpool. Mereka lebih banyak melancarkan ancaman ke kubu lawan.

Liverpool mulai resah dengan beberapa perancangan licik oleh Napoli. Pengadil pun tercunga-cungap nak kejar bola kerana pemain Napoli laju sangat, mengingatkan kita kepada Watson Nyambek satu ketika dahulu.

Carlo Ancelotti kelihatan kecewa dengan lawan mereka yang seolah-olah tak tahu cara main bola sepak. Banyak sepak tak kena. Ni main bola ke main telur, kata Ancelotti di tepi padang.

Ancelotti memasukkan senjata rahsianya Dries Mertens. Lalu penyokong Liverpool mulai resah dan ada yang terus keluar stadium, ambik grab terus ke lapangan terbang.

Jurgen Klopp memasukkan Fabinho kerana bagi beliau membawa balik 1 mata itu satu kejayaan besar. Tetapi pada masa kecederaan Lorenzo Insigne memastikan Liverpool kempunan seperti emak Pekan yang kempunan telur ikan tembakul.

Inilah jaringan yang meruntun jiwa jutaan penyokong Liverpool. Insigne hanya meluncur sahaja untuk menjaringkan gol.

https://twitter.com/GOLAZOHDTV/status/1047590368273989644

Lorenzo Insigne menunjukkan isyarat menyembelih leher ayam selepas menjaringkan gol itu.

Paling memalukan Liverpool melakukan 100 hantaran tak tepat dan juga tidak melakukan sebarang percubaan tepat ke arah gol sepanjang 90 minit.

Klopp merayu untuk meminta at least 1 on target, namun tak diendahkan pemainnya

Entah apa tujuan mereka ke Itali pun saya tak tahu. Mungkin mereka mahu bertemu Encik Jimie agaknya. Bala apa yang menimpa Liverpool ni pun tak tahulah.

Dalam dalam UCL ini adalah kali terakhir mereka berjaya menjayakan kempen sifar on target.

Shafiq Firmino jelas sekali kecewa digelakkan oleh Rahim Martial. Lalu Shafiq menyatakan yang pasukannya lebih power. Rahim Martial berkata:

“Power menda? Tengok ni”

Mereka berdua terus bergaduh sampai pukul 6 pagi sampailah mamak menghalau mereka untuk buat kerja cleaning.

Jika Manchester United 4 perlawanan tak menang, Liverpool apa kurangnya:

Ini juga kekalahan Liverpool yang pertama di bawah Klopp dalam pusingan peringkat kumpulan UCL.

Pundit perlawanan yang bekas pemain Liverpool, Steve McManaman mendapati pasukan Liverpool banyak tertidur dalam padang. Bahasa kias untuk makan gaji buta.

Mungkin Menteri Sokan Liverpool selepas ini perlu memanggil Klopp untuk mengurangkan perbelanjaan pasukan selepas pergi ke Itali tanpa sebarang on target.

Kekalahan Liverpool ini meletakkan mereka dalam landasan terbaik untuk mara ke pusingan kalah mati Europa League.

BACA:  Premier League 2019/20: Liverpool 0-0 Everton