Premier League 2019/20: Liverpool 3-2 West Ham Untied

Liverpool turun dalam perlawanan Premier League minggu yang ke-27 dalam misi seperti biasa la kan, menang, menang, menang dan menang. Menang Menang Ayam Makan Malam.

Bermain di Anfield sudah pasti sesuatu yang sukar buat pasukan lawan, malah ada yang menganggap Anfield seperti neraka.

West Ham United yang bertamu kali ini merupakan lawan yang liat untuk ditundukkan dan Liverpool senang menyantuni tetamu.

Georginio Wijnaldum membuka jaringan pada minit ke-9 apabila tenang menyundul masuk hantaran lintang yang sentiasa padu Trent Alexander-Arnold.

Namun jaringan itu tidak bertahan lama, tiga minit kemudian Issa Diop menyamakan kedudukan juga melalui tandukan. Sedap hantaran Robert Snodgrass disundul masuk.

Virgil van Dijk hampir meletakkan Liverpool kembali di hadapan tetapi sayang tandukannya yang berpunca daripada sepakan penjuru itu terkena palang.

Liverpool tidak panik lalu melancarkan serangan bertali arus untuk menambah gol namun tidak kunjung tiba hingga tamat separuh masa pertama.

Pablo Fornals meletakkan pasukan pelawat di depan pada minit ke-54 dengan satu penyudah bijak memanfaatkan hantaran rendah Declan Rice.

Pada minit ke-68 Mohamed Salah menjaringkan gol penyamaan dengan satu rembatan leret yang membuatkan Lukasz Fabianski bertelur.

Satu situasi yang tidak mahu dialami oleh penjaga gol. Bola melalui antara dua kaki yang juga digelar nutmeg.

Sadio Mane pada minit ke-81, Sadio Mane melengkapkan malam kebangkitan Luverpool dengan gol ketiga. Trent Alexander-Arnold sekali lagi mencipta bantuan gol.

Sadio Mane menjaringkan gol keempat perlawanan tetapi Video Assistant Referee(VAR) yang adil telah membatalkan jaringan itu kerana offside.

Kemenangan ini bermakna Liverpool telah menyamai rekod 18 perlawanan berturut-turut yang dicatatkan Manchester City daripada Ogos hingga Disember 2017.

Kali terakhir Liverpool kehilangan mata ketika seri 1-1 menentang Manchester United pada Oktober 2019. Satu-satunya pasukan yang mampu mencuri mata Liverpool setakat ini.

Satu kebangkitan yang padu ditunjukkan Liverpool seiring dengan gelaran pasukan penakluk dunia yang tidak boleh dibawa berbincang. Liverpool power!

—-

—-

Susunan Pemain:

Liverpool (4-3-3): Alisson 6; Alexander-Arnold 8, Gomez 5.5, Van Dijk 6.5, Robertson 7.5; Fabinho 6, Wijnaldum 6.5, Keita 5.5 (Oxlade-Chamberlain 57 6); Salah 6.5, Firmino 6, Mane 6

Pemain simpanan: Adrian, Lovren, Minamino, Lallana, Origi, Matip

West Ham (4-4-2): Fabianski 5.5; Ngakia 6, Diop 5.5, Ogbonna 6, Cresswell 6; Snodgrass 6.5, Rice 6, Noble 7, Soucek 5.5 (Fornais 48 6.5); Anderson 6.5 (Haller 63 6), Antonio 6.5

Pemain simpanan: Randolph, Balbuena, Zabaleta, Lanzini, Bowen

BACA:  Premier League 2019/20: Chelsea 2-1 Tottenham Hotspur