FA Cup 2021/22: Liverpool 2-1 Norwich City

Skuad kendalian Dean Smith berkunjung ke Anfield hari ini untuk beraksi bertemu Liverpool di pusingan kelima saingan FA Cup.

Norwich berjaya mara ke pusingan kelima saingan FA Cup musim ini selepas kejayaan mereka menewaskan Wolverhampton Wanderers 1-0 pada awal bulan lalu.

Sementara Liverpool pula, mereka berjaya mara ke pusingan kelima saingan FA Cup musim ini selepas kejayaan menewaskan Cardiff City 3-1 bulan lalu.

Jurgen Klopp menurunkan barisan pemain dari skuad simpanan beliau kecuali Alisson Becker dan Jordan Henderson.

Liverpool jelas sekali mahu mencatatkan kemenangan dalam perlawanan ini, kerana mereka pada musim ini sedang dalam usaha mahu memburu gelaran treble.

Lima minit pertama perlawanan berlangsung seimbang dengan kedua-dua pasukan saling cuba mencipta gerakan untuk melancarkan serangan.

Tiada percubaan merbahaya yang berjaya dilakukan oleh kedua-dua pasukan dengan mereka nampak lebih berhati-hati dalam melakukan sebarang gerakan.

Pada minit ke-8, Curtis Jones hampir sahaja membuka tirai jaringan untuk Liverpool, namun sayangnya bola lencong rembatan beliau sekadar terkena palang.

10 minit perlawanan berlangsung, Liverpool sepertinya sudah mula mendominasi permainan dengan mereka lebih kerap melancarkan serangan ke kubu Norwich.

20 minit perlawanan berlangsung, kedua-dua pasukan kembali pamer aksi permainan berhati-hati dan turut sesekali melancarkan serangan.

Norwich beberapa kali berjaya melancarkan serangan, namun mereka masih gagal mencipta gerakan yang betul-betul merbahaya.

Liverpool masih dalam usaha mereka memburu gol awal, namun sayangnya jentera serangan The Reds masih gagal untuk merobek gawang gol Norwich.

Pada minit ke-27 permainan, Liverpool berjaya membuka tirai jaringan mereka menerusi Takumi Minamino yang bijak menyempurnakan umpanan cantik dari Divock Origi.

Kostas Tsimikas melambungkan bola cantik ke dalam kotak penalti menemui Origi yang kemudiannya menolak bola ke arah Minamino.

Minamino kemudiannya terus melepaskan rembatan padu untuk menewaskan Tim Krul seterusnya membantu Liverpool untuk mendahului permainan 1-0.

30 minit perlawanan berlangsung, Norwich beberapa kali mencuba untuk menguji Alisson Becker namun malangnya kesemua percubaan mereka berjaya dipatahkan oleh barisan pertahanan Liverpool.

Liverpool nampak agak dominan dengan mereka lebih kerap memegang bola serta beberapa kali mencipta gerakan bahaya untuk menguji gawang Norwich.

Pada minit ke-38 permainan, Takumi Minamino berjaya menggandakan kedudukan untuk Liverpool mendahului perlawanan 2-0.

Hasil dari sudut sepakan penjuru, bola sampai tepat ke arah Minamino yang tidak dikawal, bintang kebangsaan Jepun itu kemudiannya melepaskan rembatan padu menerjah jaring gawang gol Norwich.

Gol yang cukup cantik dan menakjubkan dari Takumi Minamino untuk membantu Liverpool mendahului perlawanan dengan keputusan 2-0.

Liverpool hilang penguasaan bola pada lima minit terakhir permainan, dengan Norwich berjaya melancarkan beberapa siri serangan ke kubu pasukan tuan rumah.

Perlawanan kemudiannya kembali seimbang namun aksi babak pertama berakhir dengan Liverpool mendahului Norwich 2-0.

Norwich memulakan aksi babak kedua dengan aksi yang lebih aggressive dengan mereka berjaya melancarkan beberapa percubaan merbahaya menguji gawang gol Liverpool.

55 perlawanan berlangsung, Liverpool nampak tak konsisten dan terlalu mudah hilang bola serta meletakkan gawang gol mereka dalam situasi bahaya.

Norwich berjaya melancarkan beberapa siri serangan namun masih gagal untuk mencipta serangan yang betul-betul merbahaya.

65 minit perlawanan berlangsung, kedua-dua pasukan masih mengekalkan aksi serang menyerang, namun tiada serangan betul-betul merbahaya yang berjaya dihasilkan.

70 minit perlawanan berlangsung, Liverpool berjaya mendominasi semula permainan, dengan mereka beberapa kali melancarkan serangan menguji gawang gol Norwich.

Pada minit ke-76, selepas melancarkan beberapa siri serangan, Norwich City akhirnya berjaya merobek gawang Liverpool untuk ubah kedudukan menjadi 2-1.

Josh Sargent melorongkan bola mencari Lukas Rupp yang kemudiannya melepaskan rembatan padu dari jauh untuk menewaskan Alisson Becker.

Gol tersebut berpotensi untuk menjadi gol semangat Norwich, dalam usaha mereka untuk melakukan comeback seterusnya menewaskan Liverpool dalam perlawanan ini.

10 minit terakhir Norwich nampak lebih merbahaya dengan mereka kerap melancarkan serangan ke kubu Liverpool, dalam usaha mencari gol penyamaan.

Alisson Becker beraksi cemerlang dalam memastikan gawang gol beliau tidak dibolosi lagi, seterusnya memastikan Liverpool mara ke peringkat suku akhir.

Pengadil perlawanan membunyikan wisel penamat, seterusnya mengesahkan kemenangan 2-1 berpihak kepada Liverpool.

Skuad kendalian Jurgen Klopp itu akan beraksi di pentas suku akhir saingan FA Cup, seterusnya menghidupkan peluang untuk mereka memburu gelaran treble pada musim ini.

LIVERPOOL (4-3-3): Alisson 6.5; Milner 7, Konate 7, Gomez 7, Tsimikas 7; Oxlade-Chamberlain 6, Henderson 7.5 (Morton 61min, 6), Jones 7 (Elliott 46, 7); Minamino 8, Origi 6 (Mane 84), Jota 6 (Diaz 84).

Penjaring: Minamino 27, 39.

Kad Kuning: Jota, Henderson.

Pengurus: Jurgen Klopp 7.

NORWICH CITY (4-3-3): Krul 6; Byram 6, Zimmermann 6, Gibson 6, Giannoulis 6; Rupp 7 (McLean 77), Normann 7 (Gilmour 61, 6), Lees-Melou 6; Placheta 6 (Sargent 46, 6), Pukki 6 (Dowell 61, 6), Rashica 7 (Rowe 61, 6).

Penjaring: Rupp 76.

Kad Kuning: Byram, Sargent, Dowell.

Pengurus: Dean Smith 6.5.

Pengadil: Martin Atkinson 7.

Kehadiran Penonton: 52,231.

BACA:  Mark Gretton Sudah Mencacah Tattoo Kejuaraan Liverpool Musim Ini Sejak Januari Lalu