FA Mengenakan Pertuduhan Kepada Chelsea Dan Leicester City Kerana Bergocoh

The Football Association (FA) telah mengemukakan pertuduhan kepada dua pasukan Premier League Chelsea dan Leicester kerana telah bergocoh dalam perlawanan beberapa hari lalu dan Chelsea menang 2-1.

Pertuduhan ke atas Chelsea dan Leicester City dilakukan atas kesalahan bergaduh ketika masa kecederaan selepas pemain Leicester City, Ricardo Pereira melakukan terjahan ke atas Ben Chilwell.

Kerana terjahan itu para pemain dan staff kedua-dua pasukan masuk ke tempat kejadian secara beramai-ramai dan mula berbalah.

Kini kedua-dua pasukan Chelsea dan Leicester City bakal berdepan denda kerana telah melanggar peraturan.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh FA telah menyebut:

“Chelsea FC dan Leicester City FC kedua-duanya telah dituduh melanggar Peraturan E20.1 ketika perlawanan Liga Perdana Inggeris pada hari Selasa, 18 Mei 2021
—-

“Dikatakan bahawa kedua-dua kelab gagal memastikan pemain mereka dan / atau pegawai kelab mengawal diri mereka dengan teratur dan / atau menahan diri dari tingkah laku provokatif pada minit ke-93.
—-
“Chelsea FC dan Leicester City FC keduanya memiliki waktu hingga Selasa, 25 Mei 2021 untuk memberikan respon masing-masing.”

Itu merupakan pertuduhan yang dilakukan oleh FA, Leicester City dan Chelsea kini perlu menjawab pertuduhan ini untuk membela diri masing-masing sebelum hukuman dijatuhkan.

Melanggar Peraturan E20.1 Premier League ini bermakan pihak yang dituduh telah melakukan salahlaku, siasatan akan dilakukan dan pihak yang dituduh perlu mengemukan bukti untuk membela diri.

Chelsea dan Leicester Bergocoh

Para pemain Chelsea dan Leicester City telah terlibat dalam satu pertengkaran yang agak besar selepas tamat aksi pertemuan antara kedua-dua pasukan itu awal pagi tadi.

Selepas tewas 0-1 kepada Leicester City dalam aksi perlawanan akhir Piala FA di Wembley kemarin, The Blues sekali lagi dipertemukan dengan The Foxes pada minggu ini untuk aksi saingan liga.

Chelsea berjaya menewaskan Leicester City di Stamford Bridge dengan keputusan 2-1 awal pagi tadi, namun telah berlaku insiden pergaduhan yang melibatkan para pemain dari kedua-dua pasukan.

Ketika perlawanan sudah masuk ke masa kecederaan, Chelsea yang ketika itu sedang mendahului permainan dengan keputusan 2-1 berasa tidak senang melihat terjahan keras yang dilakukan oleh Ricardo Pereira.

Para pemain the blues jelas bengang melihat terjahan yang melampau dari pemain full-back Leicester City itu dan mereka berkerumun di situ untuk meluahkan rasa tidak puas hati masing-masing.

Pada masa sama, beberapa orang pemain Leicester turut berada di situ untuk mempertahankan rakan sepasukan mereka, ia termasuk para pemain yang berada di bangku simpanan seperti Daniel Amartey.

Amartey sememangnya pemain yang paling dibenci di Stamford Bridge ketika ini kerana perbuatan biadap yang beliau lakukan ketika aksi perlawanan akhir Piala FA kemarin.

Ketika skuad Leicester sedang meraikan kejayaan mereka menjuarai Piala FA di dalam bilik persalinan, Amartey telah mencampakkan panji Chelsea ke lantai sambil membuat muka tidak bersalah.

Tindakan beliau mengundang kemarahan penyokong dan para pemain Chelsea sendiri dengan anak-anak buah Tuchel dalam perlawanan ini seolah melepaskan dendam terhadap bintang Leicester itu.

Para pemain Chelsea yang awalnya tidak berpuas hati dengan Pereira, terus mula menyerang Amartey sebaik mereka melihat pemain kebangsaan Ghana itu menghampiri.

Pereira yang melakukan terjahan keras ke atas pemain Chelsea dibiarkan begitu sahaja sebaliknya Amartey telah dikerumun dengan seorang demi seorang pemain Chelsea memaki hamun beliau.

Thiago Silva jelas antara yang paling bengang dengan Amartey dengan beliau menjadi pemain Chelsea yang paling ke depan untuk memaki bintang Leicester City itu.

Edouard Mendy kemudiannya tampil untuk menenangkan rakan sepasukannya dan memisahkan mereka yang seolah singa lapar mahu membaham Amartey.

Insiden itu walau agak panas, namun ia disenangi oleh para penyokong yang merasakan pemain Chelsea menunjukkan rasa cinta mereka terhadap kelab dan melindungi maruah kelab.

Amartey tentu menyesal dengan tindakan yang beliau lakukan dan beliau seharusnya mengucapkan terima kasih kepada Mendy yang melindungi dirinya dari makan penampar Thiago.

Chelsea cemerlang menamatkan perlawanan dengan keputusan 2-1 seterusnya mengukuhkan kedudukan mereka di kelompok empat teratas dalam saingan liga.

Selepas berjaya menghidupkan harapan mereka untuk mara ke saingan liga Juara-Juara musim hadapan, luka kekalahan mereka dalam perlawanan akhir Piala FA sedikit terubat.

Sementara Leicester pula ketika ini diambang bahaya dengan mereka bakal dipintas oleh Liverpool seandainya sang penakluk dunia itu berjaya mencatatkan kemenangan dalam dua perlawanan terakhir mereka.

Apa yang lebih teruk lagi Leicester sama sekali tidak boleh keciciran mata sambil mengharapkan Liverpool tergelincir dalam dua perlawanan terakhir mereka.

Skuad kendalian Brendan Rodgers itu harus mencatatkan kemenangan bertemu Tottenham Hotspur dalam aksi perlawanan terakhir mereka selepas ini.

BACA:  Conte: Anda Perlukan Tuah Untuk Menangi Liga Juara-Juara Eropah