Faisal Halim Terus BerSIU, Safawi Tenang Buat Kerja, Haqimi Debut Gol

Malaysia mencatatkan kemenangan selesa 4-0 hasil dua jaringan Faisal Halim selepas gol pembukaan Sergio Aguero, Haqimi Azim jaringkan gol dalam debut dan Safawi Rasid diam-diam ubi berisi, tenang mencipta bantuan gol.

Malaysia turun untuk perlawanan kedua Piala AFF 2022 dan merupakan perlawanan pertama di laman sendiri di mana Stadium Nasional Bukit Jalil Kuala Lumpur menjadi medan pertarungan menentang Laos.

Rekod pertemuan merekodkan Malaysia dan Laos telah bertemu sebanyak 17 kali di mana Malaysia menang 11 kali dan Laos hanya menang sekali 1-0 di Sukan SEA tahun 1997.

Dalam saingan Piala AFF Malaysia belum pernah tewas kepada Laos dalam 7 pertemuan dengan 5 menang dan 2 seri.

Malaysia mencatatkan kemenangan tipis ke atas Myanmar pada perlawanan pertama dan Laos pula terbungkang teruk apabila dibelasah Vietnam dengan jaringan 6 gol tanpa balas.

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon mahu para pemainnya bukan sahaja mengutip tiga mata malah menghasilkan jaringan yang besar dalam perlawanan ini.

Kim Pan Gon nyata berani dan percaya dengan 23 pemain yang dibawanya apabila membuat rombakan skuad besar-besaran untuk menentang Laos ini yang rata-rata dibarisi pemain bawah 23 tahun.

Lapan pertukaran dilakukan Kim Pan Gon dengan mengekalkan Muhammad Safawi Rasid, Mohamad Faisal Abdul Halim dan Sharul Nazeem Zulpakar dari kesebelasan utama menentang Myanmar.

Pada minit ke-6, Faisal Halim telah bertukar menjadi Vinicius Jr menggelecek pemain Laos dan memotong masuk dari sebelah kiri ke dalam kotak penalti namun rembatannya meliar.

Selepas 20 minit ternyata Harimau Malaya menguasai permainan namun Laos bermain dengan baik dan penuh disiplin menyukar penembusan dari Faisal Halim dan rakan-rakan.`

Dengan rombakan besar dan skuad yang rata-ratanya muka baru keserasian ternya menjadi musuh utama Malaysia untuk melakukan gerakan dengan lancar.

Safawi Rasid membuat percubaan kedua terbaik Harimau Malaya selepas 22 minit permainan dengan satu rembatan lemah, pilihan lain Safawi adalah melorongkan bola kepada Faisal Halim namun memilih untuk merembat.

Memasuki setengah jam permainan Malaysia akhirnya berada dihadapan dengan gerakan yang direncakan oleh Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi yang mencari Mohd Nor Hakim Hassan kiri.

Mohd Nor Hakim Hassan menerobos masuk ke kotak Laos lalu membuat hantaran rendah ke depan gawang Laos yang segera disambar oleh Sergio Fabian Ezequiel Aguero.

Sergio Aguero melepaskan peluang terbaik menggandakan kedudukan apabila memilih membuat lambungan dari jarak dekat ketika langsung tidak dikawal.

Laos membuat dua pertukaran awal pada minit ke-36 bagi mengubah rentak permainan sebagaimana dilakukan oleh Perancis. Sepakan percuma Mukhairi Ajmal ditepis keluar Keo-oudone Souvannasangso.

Dihujung babak pertama, Laos hampir menjaringkan gol sendiri namun penjaga gol mereka, Keo-oudone Souvannasangso berjaya menepis keluar dan rembatan deras dari Safawi Rasid pula menyusul namun dihadang.

Sharul Nazeem Zulpakar dan Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi ditukar sebaik separuh masa kedua bermula dengan Lee Andrew Tuck dan Brendan Gan masuk memperkasakan bahagian tengah yang mampu menghasilkan hantaran akhir lebih padu.

Menarik percaturan Kim Pan Gon apabila meletakkan Brendan Gan beraksi sebagai bek tengah.

Laos dilihat berani untuk menyerang walaupun gagal untuk menghadirkan sebarang bahaya di maan gerakan-gerakan Laos mudah dipatahkan.

Pada minit ke-65, Faisal Halim menggandakan kedudukan dengan satu sundulan penuh bersahaja menyempurnakan hantaran jauh lagi cantik dari Safawi Rasid.

Tiga minit berselang, Faisal Halim menjaringkan gol ketiga Harimau Malaya juga melalui tandukan kali ini satu sundulan kilas dilakukan selepas menyambut hantaran cantik Mohd Nor Hakim Hassan.

Sejurus kemudian Faisal Halim dikeluarkan dan pemain muda berusia 19 tahun dari Kuala Lumpur City FC, Muhammad Haqimi Azim Rosli masuk.

Lee Tuck cuba menjadi Diego Armando Maradona apabila menjaringkan gol dengan tangan namun tiada gol tetapi kad kuning yang hadir.

Bertali arus serangan Malaysia menyusul dengan percubaan deras Lee Tuck dan juga tandukan dari David Rowley yang tersasar.

Hanya tujuh minit diperlukan Muhammad Haqimi Azim Rosli untuk mencetak gol dalam debutnya dengan satu half voli yang padu.

Safawi Rasid melambungkan bola ke kotak ditanduk Muhammad Haqimi Azim Rosli ke atas sebelum pantas menyambar untuk melepaskan rembatan.

Malaysia terus ghairah mencari gol dan impak negatif hadir di mana seperti semua pemain cuba untuk mencetak nama selaku penjaring.

Safawi Rasid datang lagi dengan satu hantaran silang jahat gagal disudahkan Muhammad Haqimi Azim Rosli dengan satu tandukan tersasar.

Stuart John Wilkin masuk menggantikan Sergio Aguero menjaringkan gol kelima selepas merembat deras tolakan Muhammad Haqimi Azim Rosli.

Misi Kim Pan Gon untuk mencari jaringan besar nyata mencapai sasaran walaupun gol hadir di lewat permainan.

Laos tidak mahu pulang tangan kosong dengan dua percubaan berbahaya yang memaksa Muhammad Rahadiazli Rahalim yang berehat sepanjang perlawanan kembali bertugas.

Kemenangan kedua Harimau Malaya yang akan berdepan ujian sebenar menentang Vietnam dalam perlawanan seterusnya pada 27 November 2022.

Kesebelasan utama Malaysia: Muhammad Rahadiazli Rahalim, Quentin Cheng Jiun-ho, Sharul Nazeem Zulpakar, Nur Shamie Iszuan Amin,Mohamed, Muhammad Fazly Mazlan, Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi, David William Rowley, Mohd Nor Hakim Hassan, Mohamad Faisal Abdul Halim, Sergio Fabian Ezequiel Aguero, Muhammad Safawi Rasid.

Pemain Simpanan: Kalamullah Al-hafiz Mat Rowi, Ahmad Syihan Hazmi, Dominic Tan, Muhammad Azam Azmi Murad, Ahmad Khuzaimi Piee, Aliff Haiqal Lokman Hakim Lau, Ruventhiran A/l Vengadesan, Lee Andrew Tuck, Darren Lok, Stuart John Wilkin, Brendan Gan, Muhammad Haqimi Azim Rosli.

Kesebelasan utama Laos: Keo-oudone Souvannasangso, Phoutthavong Sangvilay, At Viengkham, Anantaza Siphongphan, Nalongsit Chanthalangsy, Anousone Xaypanya, Sukaphon Vongchiengkham, Phithack Kongmathilath, Manolom Phetphakdy, Ekkamai Ratxachak, Chony Waenpaseuth

BACA:Β  Kesebelasan Utama Thailand vs Malaysia