Fakta Membabi Buta King Zlatan

Jodoh Zlatan Ibrahimovic dan Manchester United akhirnya kembali bertaut, Zlatan disahkan telah menawarkan kontrak baru selama setahun kepada Manchester United untuk saingan musim 2017/18.

Berita kepulangan Manchester United bersama Zlatan telah pun diumumkan secara rasmi oleh Manchester United melalui Laman Twitter mereka pada bulan lalu.

Sebelum ini Manchester United telah dilepaskan oleh Zlatan dengan cara yang baik dan penuh beradat ekoran kecederaan ligamen lutut yang dialami Zlatan merupakan punca perpisahan ini terjadi.

Give Up Pun Mengalah Dengan Zlatan!

Kontrak pemain berusia 35 tahun itu telah ditandatangan selama setahun bagi musim 2016/2017 dengan pilihan sambungan kontrak untuk musim kedua, tetapi semua itu tidak menjadi kenyataan ekoran kecederaan yang dialami Zlatan.

Tidak lama lagi, King Zlatan akan kembali daripada kecederaannya. Mari kita baca sedikit fakta mengenai Zlatan.

Fakta Membabi Buta King Zlatan

1.Sewaktu Zlatan berumur 10 tahun. Zlatan memutuskan ingin hidup bersendirian. Ibubapanya terpaksa berpindah ke rumah lain.

2. Zlatan telah hilang terunanya sebelum ibubapanya ‘bersama’ untuk cuba menghasilkan beliau.

3. Suatu hari, Zlatan melakukan ujian pengesan penipuan di satu mesin. Malangnya mesin tersebut akhirnya keliru mana satu yang betul, mana satu yang salah.

Zlatan Adalah Orang Yang Sebenarnya Mencipta Bra

4. Semasa Zlatan masa muda, ibubapanya kerap tidur di bilik Zlatan jika mereka ketakutan.

5. Apabila Zlatan melawat rumah anda. Serta merta anda akan menjadi tetamu.

6. Suatu hari, Zlatan melanggar lampu merah. Polis telah menghentikan kenderaan beliau. Tak mengejutkan, Zlatan yang telah menyaman polis tersebut.

7. Zlatan yang membantu jururawat semasa beliau dilahirkan.

8. Apabila Alexander Graham Bell mencipta telefon, beliau terkejut lalu pengsa kerana telah menerima panggilan telefon daripada Zlatan sebanyak 3 kali.

9. Oksigen memerlukan Zlatan untuk meneruskan kelangsungan hidupnya.

10. Sangat mustahil penyakit serangan jantung akan menyerang Zlatan. Penyakit mana yang bodoh sangat sehingga berani menyerang Zlatan.

Semua Pemain Menyanjung Trofi.Tetapi Untuk Kes Zlatan, Trofi Yang Menyanjung Zlatan

11. Semasa di sekolah dahulu, guru-guru yang akan mengangkat tangan jika ini bercakap dengan Zlatan.

12. Suatu hari, Zlatan telah tertinggal persekolahan selama dua hari berturut-turut. Tidak lama kemudian, dua hari tersebut, terus dinamakan sebagai Sabtu dan Ahad.

13. Pada suatu hari, Zlatan telah lambat tiba ke sekolah. Natijahnya, murid lain yang berada di sekolah tersebut yang didenda.

14. Baca boleh, percaya jangannnnnnn.

Zlatan Ibrahimovic Memakai Jersi Nombor 10

Manchester United juga telah menyerahkan jersi nombor 10 kepada Zlatan

Statistik Zlatan Bersama Manchester United

1. Penjaring terbanyak Manchester United dalam semua kejohanan dengan 28 gol.

Premier League -17 gol
Europa League – 5 go
League CUp – 4
FA Cup – 1
Community Shield – 1

2. Zlatan mempunyai 46 penampilan dengan 41 kali bermula sebagai kesebelasan utama dan bermain selama 3847 minit.

BACA:  Zlatan Menganjing Arsenal