First Touch Lukaku Membuatkan Pemain Napoli Ketawa

First Touch atau sentuhan pertama dari pemain penyerang Inter Milan, Romelu Lukaku menyaksikan pemain Napoli yang berada di bangku simpanan pecah perut ketawa melihat aksi itu.

Romelu Lukaku sememangnya terkenal dengan sentuhan pertama yang tidak boleh bawa bincang yang menyaksikannya dengan mudah boleh melepaskan peluang keemasan.

Kadang-kala apabila nasib menyebelahinya, sentuhan pertama Romelu Lukaku boleh menghasilkan jaringan yang tak diduga lawan.

Inter Milan telah menghadirkan Napoli kekalahan pertama mereka musim ini dengan kemenangan 1-0 di San Siro dan menamatkan rentetan 11 perlawanan mereka

Tandukan Edin Dzeko daripada hantaran lintang Federico Dimarco pada separuh masa kedua adalah perbezaan apabila Inter melangkah ke empat teratas dan Napoli terlepas peluang menjarakkan kedudukan kepada 8 mata kepada AC Milan.

Walau bagaimanapun, di sebalik keadaan yang tegang, terdapat satu detik lawak ringan sepanjang 90 minit itu.

Penyerang Inter itu mengalami mimpi ngeri kempen 2022/23 dan hanya bermain lima perlawanan liga musim ini selepas mengalami beberapa siri kecederaan.

Bagaimanapun, dia diberi tempat permulaan dalam perlawanan menentang Napoli, bermain selama 64 minit.

Walaupun dia gembira dapat mengelak kecederaan pada malam itu, dia tidak mengelak daripada diejek oleh pemain bangku simpanan Napoli.

Pada minit ke-34, bola telah dihantar ke kaki Lukaku tetapi dia hanya boleh mencucuk kaki bola terus keluar dari permainan ketika dia cuba mengawalnya. Tidak dapat lari daripada fakta bahawa ia adalah sentuhan yang sangat buruk.

Walaupun cuba menahan diri dari ketawa itulah yang dilakukan oleh pemain di bangku simpanan Napoli – termasuk Giovanni Simeone – ketika kamera menyorot ke arah mereka sambil ketawa.

Romelu Lukaku sebelum ini menyatakan bahawa dia mahu terus kekal di Inter Milan dan mencari jalan untuk melakukannya walaupun Thomas Tuchel tidak lagi bersama Chelsea.

“Saya berharap untuk kekal di Inter juga pada masa hadapan. Saya mahu terus di sini kerana saya suka kelab ini, kami akan bercakap dengan Chelsea untuk mencari penyelesaian.”

“Todd Boehly memutuskan untuk membenarkan saya pergi selepas saya memberitahunya perkara sebenar tentang hubungan saya dengan Tuchel.”

Piala Dunia 2022 pasti menjadi mimpi ngeri buat Lukaku yang menjadi antara punca utama Belgium gagal lepas peringkat kumpulan disamping krisis dalam pasukan yang dicetuskan oleh Kevin De Bruyne.

Dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan, Lukaku masuk menggantikan Dries Mertens. Impak segera tampak dengan kehadiran Lukaku membawa petanda positif kecuali jaringan gol. Lukaku dengan mudah boleh menjaringkan hatrik dari 5 peluang terbaik yang dimiliki tapi Lukaku tetap Lukaku.

Kegagalan pertama itu menjadi pemula kepada kesilapannya pada babak kedua yang mengerikan bagi mana-mana pemain dalam perlawanan getir.

Tidak lama selepas dia menanduk melepasi palang dari jarak enam ela dengan gol ternganga – walaupun gol, jaringan itu tidak akan dikira kerana hantaran lintang Kevin De Bruyne telah keluar dari permainan.

Pemain berusia 29 tahun itu kemudian melakukan percubaan meliar dari jarak empat ela apabila bola tiba-tiba datang kepadanya dengan pantas.

Kemudian kesilapan terbesar datang dari hantaran lintang Thorgan Hazard yang menghantar ke tiang jauh menemui lagi Lukaku dari jarak tiga ela ketika gawang terbuka.

Namun Lukaku memilih untuk mengawal dahulu bola dengan dada dan tidak terus melakukan first timer, sentuhan pertamanya telah memberi peluang kepada Croatia menutup ruang.

Ternyata segalanya bagus buat Lukaku dalam perlawanan ini sebagai seorang penyerang dari segala aspek kecuali yang terpenting iaitu penyudah.

BACA:  Agak Gila Cara Lukaku Meraikan Kejuaraan Inter Milan