Sedih Osihhem Diejek Napoli, Kerajaan Nigeria Mahu Guna Kaedah Diplomatik Tuntut Keadilan

Kerajaan Nigeria kini terbabit secara langsung dalam persengketaan di antara Victor Osimhen dan Napoli berkaitan hantaran video di media sosial yang memalukan.

Penyerang itu berpotensi meninggalkan Napoli selepas isu video tersebut menjadi semakin panas – Napoli didakwa sengaja mengejek Osimhen setelah pemain itu gagal menyempurnakan sepakan penalti.

Satu lagi hantaran video oleh Napoli turut menyamakan Osihen dengan buah kelapa dan pengkritik mendakwa video tersebut turut mempunyai unsur perkauman.

Napoli menegaskan mereka tidak pernah berniat mengejek Osimhen namun kekal tanpa permohonan maaf.

Penyerang itu turut telah memadam semua foto dirinya dengan jersi Napoli di akaun Instagram peribadinya, selain enggan meraikan jaringan dalam perlawanan menentang Udinese pada Rabu lalu.

Isu berkaitan Osimhen turut mendapat perhatian kerajaan Nigeria melalui Menteri Sukan negara itu, Senator John Ewan Wnoh yang berkata beliau sedang cuba menghubungi pemain itu untuk menunjukkan sokongan pihak kerajaan.

Melalui satu kenyataan pada Jumaat lalu, menteri itu berkata: “Pada hujung minggu ini perkembangan terbaru dari Naples berkaitan penyerang Victor Osimhen membuatkan saya sedih.

“Kementerian saya berusaha menghubungi Osimhen untuk memahami masalah yang dihadapinya, dan untuk mendapatkan fakta sebenar kejadian.

“Saya turut telah menghubungi Menteri Hal Ehwal Luar Negara, pihak kedutaan Nigeria di Itali dan kedutaan Itali untuk membantu.

“Kita akan menggunakan kawadah diplomatik untuk berhadapan isu ini dengan Itali.

“Di bawah pentadbiran ini, kami komited untuk memastikan setiap atlet negara ini [di luar] dihormati sebagaimana yang sepatutnya dan mereka tidak akan dibiarkan tanpa dibela, diperlakukan secara diskriminasi, atau ejekan yang tidak adil sekaligus merosakkan karier mereka.”

Pengurus Napoli Rudi Garcia juga dikatakan mempunyai hubungan keruh dengan penjaring utama Napoli musim lalu itu, dan nama pemain itu turut digugurkan daripada skuad menentang Leece pada malam ini.

Ini bermakna ini adalah kali pertama nama Osimhen tidak berada di dalam kesebelasan utama Napoli pada musim ini.

Pemain berusia 24 tahun itu sehingga kini enggan memberikan komen mengenai situasi yang sedang dihadapinya, tetapi jelas tidak gembira dengan cara dirinya diperlakukan oleh Napoli.

Osimhen turut dilaporkan tidak gembira dengan kegagalan kelab untuk memohon maaf setelah membantu kelab itu menamatkan penantian 33 tahun kejuaraan Serie A pada musim lalu.

BACA:  Newcastle Kemuka Bidaan £82 Juta Untuk Bintang Napoli